Posts

Cerpen: Izinkan Aku

Daun-daun yang berguguran di atas tanah itu disapu dan dikumpulkan di satu tempat untuk dibakar. Peluh yang sudah membasahi wajah dilap dengan kain yang terletak di tengkuk. Sesekali mata memerhati rumah kampung yang masih lagi sunyi itu. "Ibu tak bangun lagi kot." Bisik hati Acik, pagi tadi sarapan pagi sudah siap dimasak dan disediakan di atas meja. Sekejap lagi, mahu menyediakan makanan untuk tengah hari. "Apa yang kau buat tu ha ? Sapu aje lah, tak perlu nak termenung sangat lah." Suara ibu menjerit mengejutkan Acik. Acik mengurut dada, sememangnya terkejut dengan jerkahan ibu. Daun-daun yang sudah dikumpulkan terus dibakar. Acik meletakkan penyapu lidi di dalam stor dan terus melangkah masuk ke dalam rumah. " Ha , kau ada duit tak? Bagi aku pinjam duit kau. Aku nak keluar lepas ni." Acik diam memandang ibunya. Henda dikatakan tidak, nanti kena jerkahannya, tetapi buat masa sekarang memang Acik tiada duit nak diberi pada ibunya. " Err...

Cerpen: Kembali

Dengan perlahan menapak ke arah jejaka itu. Berharap dapat berborak dengan jejaka itu buat seketika. Sudah lama tidak menatap wajah itu. "Amir?" Amir menoleh, dipandang dengan senyuman. Memandang dari atas hingga ke bawah. Mati senyumannya. "Kau kenapa Meera?" "Kenapa apa?" Meera mula membelek dirinya. Apa yang tak kena? Kenapa Amir pandang macam tu. Rasanya dirinya itu berpakaian elok sahaja. "Kau nampak lain." Amir berjeda. Ya, Meera nampak lain sebab sudah bertudung. Meera senyum dalam hati. Tak sangka Amir terkejut sampai macam tu sekali. "Biasa je Amir. Kau kenapa suruh aku datang sini?" Meera memandang mata Amir. Tidak lama kemudian Meera melarikan pandangannya kerana malu.   Amir bangkit dari duduk. Dia menjemput Meera untuk duduk menghadapnya. "Aku nak cakap something dengan kau ni. Senang cerita aku ada suprise untuk kau." Mata Meera dipandang. Dalam hati Amir tidak sabar nak khabarkan berita gembira....