Cerpen: Kebahagian Yang Dinanti


“Apa?!!”
Semuanya terkejut mendengar berita itu. Tambahan lagi, seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 50 tahun itu turut rebah kerana terkejut dengan berita yang baru disampaikan itu.
“Ibu! Ibu! Bangun ibu” panggil Zaril sambil menampar lembut pipi Puan Hannah berkali-kali. Zaril pantas bangkit dan mencekik seorang gadis. “Kau? Tak guna!! Kau lah penyebabnya. Baik kau keluar dari sini, sebelum aku panggil polis.” Zaril terus kembali kearah Puan Hannah. Gadis itu sambil teresak-esak keluar dari rumah banglo itu.
…………………………………………………………………………………………………………………………
Ziana membuang pandangan ke arah laut yang terbentang luas. Menghirup udara segar yang dikurniakan oleh Allah, ciptaan Allah yang sunguh indah. Ziana berjalan-jalan di persisiran pantai sambil memegang buku lukisannya. Itulah rutin Ziana, sentiasa dengan buku lukisannya itu. Kemana saja Ziana pergi, buku lukisannya itu tak pernah lekang dari dia.

Ziana memerhati keadaan sekeliling, dipenuhi dengan pelancong-pelancong dari negara-negara lain, termasuk dirinya juga. Sudah lama Ziana berada di negara orang, lari ke negara lain kerana ingin membina hidup baru. Sudah hampir dua tahun Ziana berada di Korea. Luka yang dialaminya itu lantas memaksa dirinya berada di sini. Bukan niat untuk lari dari masalah, hanya untuk membina hidup baru setelah semua orang membenci dirinya.

Ziana duduk di kerusi yang disediakan di kawasan pantai itu. Buku lukisan yang dipegangnya itu diletakkan di atas riba.
……………………………………………………………………………………………………………………….
“Baguslah keputusan kau tarik balik saman kau terhadap Dhia. Dengar juga kata aku ya? Ingat kau tak buat apa yang aku suruh. Dhia tak bersalah. Kau yang bersalah sebenarnya. Apa hak kau nak saman Dhia sedangkan kau yang buat salah. Sedangkan kau yang menconteng arang ke muka aku! Aku menyesal ada anak macam kau. Dasar anak tak guna.” Ujar Puan Hannah. Ziana hanya mendiamkan diri sahaja. Yang turut berada di situ hanya diam sambil memandang muka Ziana dengan pandangan yang menyampah.

“Kak, kita orang rasa jijik tengok muka akak. Akak tak pernah berubah dari dulu kan? Perkara yang berlaku dulu memang dah terbukti akak yang bersalah! Akak bersalah pada ibu, abah, Aril dengan semuanya. Sampaikan dengan cikgu dan kawan baik akak sekali? Perempuan jenis apa akak ni?” Zaril melontarkan kata-kata yang terbuku di dalam hatinya.

“Cikgu harap, Ziana jauhkan diri dari Iman. Cikgu tak nak Iman berkawan dengan Ziana!” Kedengaran tegas amaran Cikgu Sorfina

“Jom Bu, kita balik. Hei, dengar sini Ziana Binti Zamil. Mulai hari ini, aku….Zaril Bin Zamil, merangkap semua yang berada di sini, tak nak tengok muka kau lagi sampai bila-bila. Ingat tu!!” Zaril terus beredar dari situ diikuti yang lain.

“Allah…” terduduk Ziana mendengar butir bicara dari ahli keluarganya. Ziana memandang mereka dengan perasaan yang sakit. Sedih, hatinya terluka. Seorang wanita yang lebih mesra digelar Ummi memandang sayu ke arah Ziana. Hatinya juga turut sedih tengok keadaan Ziana. Ummi mengusap bahu Ziana lembut. “Bangun sayang, kita balik nak.” Ziana masih lagi menangis di situ. “Ummi…baliklah dulu dengan Linda. Nanti Ziana balik” Ujar Ziana dalam tangisan. Ziana bangun dari situ menyapu air mata yang basah di pipinya itu. “Ziana okey, Ummi balik lah dulu. Linda..” panggil Ziana. Linda menghampiri Umminya dan Ziana. “Linda bawaklah Ummi pulang ke rumah” Linda hanya turuti tanpa banyak bicara. “Ziana nak kemana?” Tanya Ummi lembut sambil matanya memandang seraut wajah yang manis.”Ziana nak ke Gallery. Tak apa, Ummi jangan risau. Ziana okay.” Ziana terus melangkah ke arah kereta diparkir.

Ziana memandu kereta sambil air matanya tak henti-henti mengalir. “Ziana tak salah, Dhia yang salah. Kenapa semua tak nak percaya Ziana?” Ziana berkata-kata sambil menangis teresak-esak. Kemudian, kedengaran telefon bimbit berdering. Ziana ingin menekan punat menjawab tetapi tidak semena-sema, Telefon bimbit yang berada di genggamannya terjatuh. Tangan kirinya meraba-raba di bawah untuk mencari telefon bimbitnya. Tiba-tiba, lampu terang meyuluh ke arah keretanya dan Ziana tidak dapat mengawal lalu....dum!!
…………………………………………………………………………………………………………………………
Bunyi guruh yang kuat menyedarkan Ziana ke alam realiti. Ziana menyapu lembut pipinya, mengelap air matanya yang mengalir. Ziana mendongak memandang ke langit yang sudah mula gelap. Tandanya akan hujan selepas ini. Dengan berat, Ziana bangun dan pulang ke rumahnya.
……………………………………………………………………………………………………………………………
Ummi hanya berdiam sahaja dari tadi. Tak tahu apa yang hendak diperkatakan kepada keluarga Encik Zamil. Semuanya datang ke rumah Ummi untuk bertanyakan tentang Ziana.

“Akak, saya tahu akak mesti tahu Ziana ada kat mana sekarang ni. Saya nak jumpa dia kak. Saya nak peluk dia, cium dia. Nak minta maaf pada dia. Akak tahu tak Ziana ada kat mana sekarang ni?” Puan Hannah menangis tersedu-sedan. Rasa bersalah terhadap anaknya sendiri semakin menggunung, sesal kerana tidak pernah beri peluang untuk anaknya berterus terang.

“Ziana dah dua tahun tinggalkan Malaysia.” Semua yang mendengar terkejut dengan berita itu. “Dia kemana mak cik? Kami nak jumpa dia.” Rintih Zaril.

“Ziana tak beritahu pun pada saya yang kemana dia pergi. Dia hanya tinggalkan surat sahaja sebelum dia pergi.”

“Ummi! Ummi! Kak Ziana ada hantar e-mail pada Lin….” Terdiam Linda apabila lihat rumah dipenuhi dengan keluarga Ziana. Puan Hannah yang mendengar jeritan Linda tadi terus menerpa ke arah Linda. “Ziana ada kat mana nak?” Linda diam seribu bahasa.
……………………………………………………………………………………………………………………………
Ziana sedang menunggu di lapangan terbang. Menunggu ketibaan Ummi dan Linda. Ziana menghantar e-mail kepada Linda memaklumkan dimana menghilangnya Ziana selama ini. Skrin di dinding ditatap dengan penuh rasa gembira, menunjukkan kapal terbang dari Malaysia telah mendarat dengan selamat. Perasaan ingin berjumpa dengan Ummi dan Linda semakin membuak-buak. Ziana memandang ke arah pintu. Tidak lama kemudian, muncul wajah wanita yang amat dirinduinya itu dan Linda. Pantas Ziana berlari mendapatkan ke arah mereka. Pantas Ziana memeluk Ummi. Lama, melepaskan rindu yang terbuku di hati. Kemudian Ziana memeluk Linda pula.

“Ziana sayang…” suara itu.

Ziana melepaskan pelukannya. Ziana memusingkan badannya kebelakang. Alangkah terkejutnya dia, melihat keluarganya, bersama guru kesayangannya yang turut berada di situ. Pantas Puan Hannah berlari memeluk Ziana. Lama, Ziana diam tidak berganjak.

“Maafkan ibu sayang.” Ziana bagai tersedar dari mimpi. Dia menolak tubuh Puan Hannah. Ziana memandang Ummi meminta penjelasan. “Apa ni Ummi?” soal Ziana.

“Mereka datang sini nak jumpa Ziana sayang.” Ujar Ummi. “Tak, Ziana tak nak jumpa mereka.” Ziana menjerit. Semua orang memandang mereka dengan pandangan yang hairan. “Bukan ke ini yang sayang nak?” ujar Ummi lagi. Memujuk agar Ziana dapat menerima kehadiran mereka semua ini. “Tak, itu dulu…bukan sekarang.” Beritahu Ziana sambil memicit-micit kepalanya. Puan Hannah menangis apabila Ziana tidak mahu berjumpa dengannya dan tidak lama kemudian, Ziana rebah.
“Ziana!!”
……………………………………………………………………………………………………………………………..
Ziana membuka matanya perlahan-lahan. Melihat suasana sekeliling, dia mengucap syukur kerana berada di rumahnya. “Ziana..” Ziana menoleh apabila merasakan tangannya dipegang oleh seseorang. “Syukurlah, Ziana dah sedar. Ummi risau tadi.” Jelas Ummi sambil megusap lembut tangan Ziana.

Ziana gagahkan untuk senyum walaupun merasakan sakit sangat di kepala. “Ziana dah okey, Ummi jangan risau.” Beritahu Ziana sambil cuba untuk bangun. “Eh, Ziana nak kemana ni? Ziana tu baru je lepas sedar.” Pesan Ummi. “Ziana dah sedar, Ummi jangan risau.” Ujar Ziana. Ummi hanya gelengkan kepalanya. Degil. “Ummi, tengok kaki Ziana dah sembuh. Ziana dah boleh berjalan balik.” Adu Ziana manja. “Ya, sayang. Ummi tahu. Ummi bersyukur sangat.” Ucap Ummi.

“Ummi, tadi Ziana bermimpi yang Ziana jumpa keluarga Ziana dekat lapangan terbang. Mereka datang sini nak cari Ziana. Ziana tak nak jumpa mereka. Ziana tak nak. Nasib baik itu semua mimpi.” Beritahu Ziana.

Ummi yang mendengarnya turut berasa sedih. Sedih setelah apa yang pernah dilalui oleh Ziana. Ummi tahu begitu sukar Ziana hendak terima keputusan ini setelah apa yang berlaku dulu. “Sayang..sayang tak bermimpi, mereka ada di sini. Nak jumpa dengan Ziana.” Penjelasan Ummi membuatkan Ziana tersedar. Ziana teringat sewaktu di lapangan terbang tadi.

Ziana menggelengkan kepalanya tak henti-henti. “Tak…Ziana tak nak.” Ujar Ziana sambil menangis. Puan Hannah yang berada di luar mendengar dengan jelas apa yang Ziana katakan. “Ziana….dia tu ibu Ziana. Keluarga Ziana, Ziana kena hormat. Walau apa pun yang terjadi mereka tu darah daging Ziana.”

“Tak, Ziana tak boleh terima. Selama ni, Ziana yang tanggung penderitaan. Mereka pernah tahu pasal Ziana? tiga tahun, tiga tahun Ziana menderita. tiga tahun Ziana ingin berjumpa dengan mereka. Nak peluk mereka, tapi…apa yang Ziana dapat? Hanya cacian, makian, herdikan. Selama ni, yang banyak menjadi tulang belakang Ziana ialah Ummi. Ummi banyak tolong Ziana, Ummi sanggup membantu Ziana walaupun Ziana orang luar. Selama dua bulan Ziana terlantar di hospital, pernah mereka jenguk Ziana? Pernah mereka ingin bertanyakan khabar tentang Ziana? Tak, sebab Ziana ni jijik kan? Jahat, anak yang tak guna. Dua bulan Ziana di hospital, lumpuh. Dua bulan tu juga Ziana teringin nak mereka jenguk Ziana. Hanya Iman, Ummi dengan Linda yang banyak tolong Ziana. Beri kata semangat pada Ziana untuk teruskan hidup walaupun Ziana disahkan lumpuh. Mereka? Walaupun Ziana melarang Iman supaya datang melawat Ziana sebab Ziana takut Ziana dimarahi, ditampar, dicaci. Ziana takut, Ziana tak kuat…Ziana tak kuat…isk….isk….isk.” Rintihan Ziana. Ummi diam seribu bahasa.
Terduduk Puan Hannah mendengarnya, Enzik Zamil mengusap lembut bahu isterinya itu. Encik Zamil juga turut mengalirkan air mata mendengar rintihan anaknya itu.
……………………………………………………………………………………………………………………............
Ziana duduk di kerusi yang telah tersedia di halaman rumahnya. Rumahnya yang menghadap lautan, menjadi hobi Ziana untuk melukis suasana lautan itu. Ziana ralit melukis sehinggakan tidak sedar, kerusi di sebelahnya ditarik. “Ehem..” Ziana menoleh.

“Apa awak buat kat sini?” Ziana hairan, bagaimana Iman turut berada di situ. Di Korea? Setelah lama dia meninggalkan semua untuk membina hidup baru. “Bukan ke ibu saya juga turut berada di sini?” Soal Iman kembali sambil mempamerkan senyumannya. Ziana tersenyum melihat Iman, walaupun sudah dua tahun dia meninggalkan Iman tanpa berita. Iman masih mengingatinya.

“Saya tahu saya kacak, jangan pandang sampai macam tu sekali” Ujar Iman. Ziana terus menunduk, malu. Iman menegakkan posisi badannya. “Awak, saya tahu apa yang awak pernah lalui sebelum ini. Saya ada di sisi awak sebelum ni. Saya tahu semuanya. Dan saya tahu kenapa awak buat keputusan untuk menjauhkan diri awak dari semua, dari Ummi dan saya? Sebab awak tak nak ibu saya tahu pasal awak kan? Ibu dah pun tahu semuanya. Dhia ada datang menjelaskan semuanya. Sebab tu ibu saya dan keluarga awak berada di sini. Nak memohon maaf apa yang pernah terjadi dahulu. Mereka betul-betul menyesal apa yang terjadi dulu. Mereka datang sini bukan nak menyakiti perasaan awak.” Jelas Iman.

Ziana diam tak berkutik. “Tapi…” “Tapi apa? Mereka tu keluarga awak, keluarga kandung awak. Awak patut beri peluang kedua untuk mereka.” Jelas Iman lagi. “Peluang kedua? Tapi mereka pernah bagi saya peluang kedua? Pernah bagi saya peluang untuk menjelaskan semuanya?” Jelas Ziana dengan nada tegas. “Inilah masanya untuk awak dan semua bersatu. Kalau awak masih bersikap macam ni, perkara takkan selesai sampai bila-bila.”
 “Saya takut…” “Tak, awak tak perlu takut. Mereka betul-betul sayangkan awak. Masa awak terlantar di hospital. Saya nampak ibu awak masih sayangkan awak. Semua barang pemberian awak, gambar awak, ibu awak masih simpan. Tak pernah saya nampak pemberian awak tu ibu awak buang. Sebab apa? Sebab kasih sayang seorang ibu takkan pernah padam. Walau macam mana sekalipun, kasih sayang antara ibu dan anak utuh.” Menitik satu-persatu air mata Ziana. Sungguh, dia merindui ibunya. Merindui keluarganya. Tapi dek kenangan silam membuatkan dia berasa khuatir.

Terasa sentuhan lembut di bahu Ziana membuatkan Ziana menoleh memandang gerangan yang menyentuh bahunya itu. “Ibu….” Pantas Ziana memeluk ibunya erat. Menangis teresak-esak di bahu ibunya. Puan Hannah juga turut menangis teresak-esak. “Abah..” Encik Zamil terus memeluk anak daranya itu dengan erat sekali. “Akak…Aril minta maaf. Aril salah menilai akak. Akak tak pernah buat perkara tu. Akak difitnah…dan kami semua percaya apa yang Dhia katakana. Maafkan kami kak.” Pinta Zaril sambil memeluk kakaknya itu.

Iman tersenyum melihat kebahagian keluarga Ziana. Ziana nampak Iman tersenyum ke arahnya. Ziana menghampiri Puan Sorfina merangkap ibu Iman. “Maafkan Ziana cikgu, Ziana….” “Shhh, Ziana tak salah. Kami yang salah sebab percaya bulat-bulat tanpa usul periksa.” Pantas Puan Sorfina menarik Ziana ke dalam dakapannya.
………………………………………………………………………………………………………………………….
Tersenyum Ziana memandang laut pada waktu malam. Angin sepoi-sepoi yang nyaman, tambahan lagi dengan cuaca di Korea yang sejuk membuatkan Ziana berpeluk tubuh. “Alhamdulillah, Ummi suka tengok Ziana macam ni. Mahu juga Ziana dengar pujukan Iman ya? Kalau Ummi pujuk bukannya nak dengar kan?” Ujar Ummi. Ziana hanya senyum. “Mari masuk nak? Mereka semua tunggu kat dalam.” Ziana membuntuti langkah Ummi.

“Ibu dengan ibu Iman dah bercadang nak…..” Ibu tidak menghabiskan katanya. “Nak?” Soal Ziana. “Nak satukan Iman dengan Ziana.” Beritahu Puan Sorfina. Terbuntang mata Iman dan Ziana. “Ibu cakap apa tadi? Iman tak salah dengar kan?” Soal Iman lagi. Puan Hannah dan Puan Sorfina menggelengkan kepalanya. Ziana diam. “Ziana setuju?” Tanya Puan Sorfina. Semua mata memandangnya. Ziana senyum apabila disoal begitu. “Kalau diam tu, maknanya setuju lah tu.” Usik Encik Zamil.

“Haih, tak sabar la pula nak berjabat tangan abah ni.” Seloroh Iman. Gamat satu rumah itu dengan ketawa masing-masing.


Comments

Popular posts from this blog

Hai

Cerpen: Jangan Menangis Lagi, Sayang.

Cerpen: Izinkan Aku