Cerpen: Takdir Cinta
Qaireena diam tidak
berkutik. Permintaan Puan Laili dan Qaisara amat berat untuk dia terima.
Qaireena mengeluh, memikirkan nasibnya sekiranya menerima permintaan mama. Ah,
Qaireena seolah-olah ingin lari dari semua ini.
"Boleh kan Reen
terima permintaan Sara? Mama bukan apa, ini permintaan Sara. Dia yang beria
sangat nak kahwinkan Reena dengan Zaril." Ujar Puan Laili.
"Tapi, ma...kenapa
mesti Reen?" Soal Qaireena. Qaireena masih buntu, kenapa harus dia yang
berkahwin dengan Zaril sedangkan Zaril sudah mempunyai Qaisara. Apa semua ni?
Apa yang berlaku? Puan Laili mengenggam tangan Qaireena seolah-olah memberi
kekuatan untuk membongkarkan segalanya.
"Ini permintaan
terakhir Sara. Dia yang nak Reen kahwin dengan Zaril setelah dia meninggal
dunia. Reen...Sara dah meninggal dunia seminggu yang lepas. Sara meninggal
lepas bersalinkan anak sulung mereka." Puan Laili terus sebak memikirkan
cucunya itu yang kematian ibunya. Qaireena yang dengar penjelasan Puan Laili
terus terpempan. Terkejut, kenapa baru hari ni mamanya memberitahu perkara
seperti ini.
"Kenapa mama tak
pernah beritahu pada Reen sebelum ni?"
"Kemana Reen menghilang
sayang? Setahu Reen menyepi. Mama dah cuba call Reen tapi tak dapat. Adakah
sebab Reen marah pada mama sebab mengahwinkan Sara dengan Zaril sampai Reen
bertindak menjauhkan diri dari kami semua?" Soal Puan Laili sambil
berlinangan air mata.
Qaireena terkedu. Salah
dia juga, terlampau ikutkan perasaan sehingga orang sekelilingnya diabaikan.
Sehinggakan Qaisara meninggal dunia pun susah untuk Puan Laili memaklumkan
kepadanya. "Maafkan Reen sebab Reen menyepi dari semua. Reen buat semua ni
sebab..." Qaireena sebak, dia tidak dapat nak meneruskan bicaranya lagi.
Hatinya masih dipagut dengan kekecewaan setelah Qaisara berkahwin dengan Zaril.
Lelaki yang Qaireena mencintai sepenuh hati.
"Sebab nak rawat
kekecewaan Reen tu?"
Puan Laili mengusap
ubun-ubun anaknya itu. Kasihnya tidak pernah berbahagi antara Qaireena dan
Qaisara. "Mama tahu sayang kecewa tapi sayang kena ingat juga. Mama risau
sangat bila Reen menyepi langsung tak dengar khabar berita. Mama tanya Hannah
pun dia tak tahu kat mana Reen berada."
"Maafkan
Reen.."
Puan Laili senyum, pipi
Qaireena diusap lembut. "Boleh sayang terima permintaan Sara?"
"Err..."
******
Hannah tidak berkelip
memandang wajah sahabatnya itu. Beberapa kemudian, satu pelukan yang bersatu
antara Qaireena dan Hannah. "Ya Allah Reen. Mana kau pergi selama ni? Kau
tahu tak semua orang cari kau?"
"Aku tahu.."
"Habis tu? Kenapa kau
buat perangai macam ni? Aku tahu kau kecewa tapi jangan sampai mama kau call
pun kau tak berangkat." Merah muka Hannah kerana marah dengan sikap
Qaireena. Degil, tak pernah kalau buat orang sekelilingnya risau.
"Maaf, aku
terlampau ikutkan perasaan sampai kakak aku meninggal pun aku tak tahu."
Qaireena mula menangis. Lantas Hannah mengusap bahu Qaireena bagi meredakan
kesedihannya yang melanda.
"Sudahlah, benda
dah lepas. Cuma aku kesian dengan kakak kau. Dia teringin sangat nak jumpa
kau."
"Aku dah buat
keputusan. Aku setuju dengan permintaan kakak aku."
Hannah senyum,
bersyukur kerana setuju dengan permintaan Qaisara. Ya Allah, Kau tabahkan hati
sahabatku ini, Kau berilah kebahagiaan kepada dia Ya Allah. Semoga apa yang dia
lakukan ini mampu mengembirakan orang lain Ya Allah.
******
Qaireena memandang
biliknya itu. Sepi, walaupun katil sudah berhias lawa untuk pengantin tetapi
Qaireena berasakan tidak gembira. Qaireena bangun dan menuju ke bilik air untuk
membersihkan diri.
Daun pintu ditolak lembut
dari luar. Zaril melangkah masuk ke bilik itu. Lihat Qaireena tiada di dalam
bilik itu. Kedengaran air dari dalam bilik air menandakan Qaireena tengah
mandi. Zaril merebahkan tubuhnya di atas katil. Barangkali keletihan sepanjang
majlis pernikahan mereka tadi. Zaril terpandang ke arah gambar perkahwinannya
dengan Qaisara. Lantas dia mengambil gambar itu.
"Kenapa sayang
tinggalkan abang? Abang sayangkan Sara sangat-sangat. Demi Sara, demi anak kita
abang setuju dengan permintaan Sara walaupun abang tak gembira dengan semua
ini. Maafkan abang kalau abang tak mampu nak membahagiakan Qaireena." Ujar
Zaril dalam sebak. Air mata lelakinya jatuh kerana rindukan arwah isterinya
itu. Qaireena yang sedang mandi itu dengar dengan jelas bicara Zaril. Qaireena
menggigit bibir, sedih apabila orang yang dicintainya selama ini mencintai
orang lain.
Qaireena melangkah
keluar dari bilik mandi sambil lengkap berpakaian baju tidur. Rambutnya yang
basah dilapkan dengan tuala. Zaril yang sedang melayan perasaan itu terkejut
apabila Qaireena sudah berdiri di sebelahnya.
"Err...kalau Reen
nak tidur kat sini. Reen tidurlah atas katil. Abang tidur kat sofa malam
ni." Ujar Zaril sambil mengambil bantal dan comforter untuk dijadikan
selimut. "Err, baik abang." Jawab Qaireena.
Zaril meletakkan bantal
dan comforter di atas sofa manakala Qaireena sudah pun merebah badannya di atas
tilam yang empuk itu. "Sebelum abang lupa. Ini...ada surat untuk
Reen." Zaril menghulurkan surat kepada Qaireena. Qaireena mengerutkan
dahinya. "Surat dari arwah Sara. Dia pesan suruh beri pada Reen bila Reen
dah jadi isteri abang." Qaireena sambut huluran surat itu.
Zaril sudah pun
melangkah ke arah sofa. "Err, abang. Reen minta maaf sebab abang terpaksa
terima Reen sebagai isteri abang." Ujar Qiareena. Sesungguhnya Qaireena
berasa takut sekiranya Zaril tidak dapat menerima kenyataan yang dia kena
berkahwin dengan Qaireena. "Abang faham. Cuma kita dua dah terikat dengan
permintaan arwah Sara. Abang tak salahkan Reen. Reen jangan risau. Selamat malam,
assalamualaikum." Lantas Zaril memejamkan matanya.
******
Qaireena terjaga dari
tidur apabila kedengaran azan subuh. Qaireena pantas membersihkan diri. Setelah
dia selesai mandi, Qaireena masih lihat Zaril masih lena diulit mimpi.
Perlahan-lahan Qaireena menghampiri Zaril.
"Abang...bangun.
Dah subuh."
"Dah subuh? Kejap
sayang. Abang nak mandi dulu." Ujar Zaril. Terkejut Qaireena apabila Zaril
memanggilnya 'sayang'. "Sayang?" Zaril yang masih dalam keadaan mata
tertutup pantas membuka mata. Terkejut Zaril kerana Qaireena yang berada di
hadapan dia, bukan Qaisara.
"Maaf, abang tak
sengaja." Pantas Zaril bangun dan berlalu ke bilik air. Qaireena yang
terkejut itu hanya memandang sepi ke arah bilik air itu. 'Bertuah akak dapat
seorang suami yang tulus mencintainya'
Setelah Zaril selesai
mandi, dia lihat sejadah sudah siap dibentangkan oleh isterinya.
"Berjemaah?" Soal Qaireena. Zaril hanya menganggukkan kepalanya
berkali. Zaril sudah bersedia untuk solat. Allahuakbar.
Usai solat, Zaril sudah
melangkah keluar dari bilik. Qaireena masih lagi berteleku di sejadah. Tiada
tanda-tanda ingin keluar dari bilik. Surat yang dikirim oleh arwah Qaisara
digenggam erat.
Assalamualikum,
Reen, jika surat ni
berada di tangan Reen bermakna akak dah tiada di dunia ini. Akak minta maaf
jika selama ni akak banyak buat Reen sedih. Akak minta maaf kalau pilihan akak
untuk jadikan Abang Zaril sebagai suami akak telah membuatkan Reen sedih.
Sejujurnya akak tak pernah tahu pun Reen menyimpan perasaan terhadap Abang Zaril.
Sehingga lah akak terbaca diari Reen. Maafkan akak sayang. Akak teringin sangat
nak jumpa dengan Reen. Akak rindu Reen. Akak janji akan serahkan balik Abang
Zaril pada Reen. Itu janji akak.
Qaisara
Qaireena mengelap tubir
matanya yang berair. Dia menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya.
Qaireena terus melangkah keluar dari bilik. Qaireena lihat Zaril sedang
menontong televisyen. Qaireena pantas mengatur langkah ke dapur.
"Assalamualaikum,
ma." Pantas Puan Laili menoleh memandang anaknya itu. Sebaris senyuman
dihadiahkan buat Qaireena. "Waalaukumusalam, dah bangun? Mari tolong mama
hidangkan sarapan kat meja." Ujar Puan Laili. Qaireena pantas mengambil
hidangan tersebut dan hidang di atas meja. Teko yang berisi air kopi sudah
tersedia.
"Pergi panggil si
Zaril tu. Mesti dia lapar tu." Qaireena teragak-agak untuk memanggil
Zaril. Perasaan segan masih ada dalam dirinya. Qaireena menghampiri Zaril yang
sedang leka menonton televisyen itu. Bahu Zaril disentuh lembut.
"Abang..mari makan." Zaril terus bangun dan melangkah ke arah meja
makan.
Qaireena menuangkan air
kopi ke dalam cawan Zaril. Kemudian, dia turut melabuhkan punggungnya di sisi
Zaril. "Zaril cuti sampai bila?" Puan Laili memulakan bicara setelah
semua ahli keluarga dalam rumah itu senyap.
"Lusa."
"Kenapa tak ambil
cuti lama sikit?"
"Tak dapat ma,
kerja bertimbun."
"Tak apa, mama
faham."
"Ma..Zaril akan
bawa Reen pindah ke rumah Zaril."
"Bila?"
"Kalau boleh malam
ni Zaril nak balik ke rumah Zaril."
"Hmm, nampak
gayanya kena berpisahlah dengan cucu kesayangan mama." Ujar Puan Laili.
Zaril yang dengar hanya senyum hambar. Qaireena pula diam seribu bahasa.
******
Qaireena sudah
menyediakan sarapan pagi untuk Zaril. Qaireena menggalas tanggungjawab sebagai
seorang isteri setelah berpindah ke rumah Zaril sebulan yang lalu. Lagi tepat,
rumah Zaril dan arwah Qaisara.
"Reen."
Suara lelaki itu yang
mampu membuat Qaireena terawang-awang.
"Hmm?"
"I need you."
Terpana Qaireena mendengarnya. Apa maksud 'I need you' tu? Adakah Zaril sudah
boleh menerima dia?
"Reen?"
Panggil Zaril lagi. Mungkin lelaki itu sedar yang Qaireena sudah mengelamun
panjang.
"Hah?"
Zaril tersenyum melihat
gelagat Qaireena. Salah satu sisi Qaireena yang dia tahu Qaireena seorang yang
manja dan berpewatakan kebudak-budakkan.
"Abang perlukan
Reen bekerja balik di syarikat abang." Oh, jadi yang dimaksudkan oleh
Zaril tadi adalah perihal kerja? Qaireena mengeluh.
"Kenapa
mengeluh?"
"Tak ada
apa."
"So, bila nak mula
bekerja?"
"Tapi, Daniel
macam mana? Siapa nak jaga dia?"
"Pasal Daniel Reen
jangan risau. Mama sedia untuk menjaga Daniel apabila waktu kita tengah
bekerja. Lagipun, mama yang menawarkan diri untuk menjaga Daniel. Rindu
katanya." Ujar Zaril sambil memandang wajah isterinya itu.
"Tapi..."
"No excuse.
Syarikat abang memerlukan arkitek yang bekerjaya macam Reen. Lagipun Reen
bukannya dah berhenti cuma Reen yang menghilangkan diri selama sembilan bulan
ni." Perkataan 'menghilangkan' sengaja ditekan.
"Tak payah nak
muncungkan mulut tu. Mari duduk sini sarapan sama-sama." Qaireena terus
duduk dan mengisikan nasi goreng ke dalam pinggan Zaril. Zaril terus menyuapkan
nasi goreng ke dalam mulutnya. "Emm, sedap." Puji Zaril. Qaireena
yang dengar sudah kembang kempis dengar pujian dari Zaril.
Qaireena akui Zaril
seorang lelaki yang baik. Walaupun sepanjang seminggu mereka sudah diikat
dengan tali pernikahan, Zaril tidak pernah menengking mahupun memarahi dia.
"Abang, kenapa
abang nak Reen kerja balik?"
"Sebab syarikat
abang perlukan Reen." Zaril berhenti menyuap suapan nasinya itu. 'Dan,
abang perlukan Reen' Hanya itu balasan Zaril dalam hatinya.
Bukannya Zaril tidak
tahu bahawa Qaireena ada menyimpan perasaan terhadapnya. Dia tahu itu, dan
Zaril yakin perasaan itu semakin menebal untuk Zaril setelah mereka bernikah,
dan Zaril juga pernah menyimpan perasaan yang mendalam terhadap Qaireena.
Teringat kembali perbualan antara Zaril dengan arwah Qaisara.
"Abang."
"Ya, sayang. Ada
apa?"
"Kalau Sara
meninggal ketika melahirkan anak kita. Sara nak...abang bernikah dengan Reen
boleh?"
"Apa yang sayang
cuba sampaikan ni? Abang takkan kahwin dengan sesiapa. Dan abang tak nak Sara
cakap pasal mati. Abang tak suka."
"Kalau Sara tak
ada nanti. Abang kena juga kahwin sebab anak kita perlukan seorang mama."
Ucap Qaisara sambil menggenggam tangan Zaril. Zaril turut membalas genggaman
itu. "Dan, abang juga perlukan seorang isteri."
"Sara kan isteri
abang. Itu sudah cukup."
Qaisara tersenyum,
memang kasih sayang sudah dicurahkan buat insan yang sedang duduk di sebelahnya
itu. Suaminya itu, Zaril.
"Abang. Abang
tahu..tak pasal Qaireena? Sara nak sangat jumpa dia. Nak minta maaf kat dia
sebab merampas abang dari dia."
Terpempan Zaril
mendengarnya, merampas Zaril dari Qaireena? Zaril mencintai Qaisara bukan Reen
. "Abang tak faham apa yang Sara cuba sampaikan pasal ini. Sara rampas
abang dari Qaireena? Abang tak pernah cintakan Reen."
"Abang tipu."
"Tak, abang tak
tipu."
"Tak tipu?
Bukankah Reen yang kerja satu bumbung dengan abang? Bukankah Reen
yang selalu menemani abang ketika abang sibuk di site. Bukankah abang
banyak menghabiskan masa bersama Reen dulu? Dan secara tidak
langsung cinta telah berputik antara kalian. Tapi abang menafikan semua itu.
Abang menafikan sebab abang pernah nampak Reen bersama lelaki lain. Masa
tu abang nampak mereka mesra sekali tetapi abang pernah beri peluang pada Reen
untuk menjelaskan semua itu? Dan dengan perasaan marah abang dan cemburu abang
itu. Abang menerima pelawaan mama untuk satukan kita dengan tujuan nak buang
perasaan marah dan cemburu terhadap Reen. Abang terima pun nak sakitkan hati
Reen. Abang tak ingat semua tu? Dan Sara yakin abang masih sayangkan
Reen."
"Sara..itu dulu.
Sekarang perasaan abang hanya untuk Sara seorang sahaja. Reen dah lama abang
buang dalam hati abang. Abang hanya sayangkan sayang. Terlalu sayang."
Ucap tulus dari Zaril. Ya, memang Zaril mencintai Qaisara setelah mereka
bernikah.
Tapi sebagai seorang
kakak. Tetap rasa bersalah terhadap Qaireena. Walaupun dia tahu, Qaireena pernah
menyimpan perasaan terhadap suaminya itu. Selepas mereka dinikahkan. Qaireena
menghilangkan diri untuk merawat kekecewaan di dalam hati. Sejujurnya, Qaisara
ingin sangat nak berjumpa dengan Qaireena. Tapi dia tahu, Qaireena takkan
pulang. Mungkin masih marah padanya?
******
Zaril memerhati dari
balik pintu pejabat Qaireena. Qaireena yang sedang tekun menyiapkan tugasnya
sebagai seorang arkitek. Tidak terucap rasanya apabila Qaireena sudi bekerja di
syarikatnya. Itu salah satu peluang untuk memperbaiki hubungan mereka.
"Reen, jom
temankan saya lunch?" Zaril menolak pintu bilik pejabat isterinya itu.
Qaireena mendongak dah melihat gerangan yang berdiri di muka pintu. "Tapi,
saya ada banyak kerja lagi lah Encik Zaril?"
Di pejabat kenalah
ber'encik-encik, lebih formal. "No, masa lunch kena juga lunch. No excuse.
Jom?" Ajak Zaril lagi. Suka dia melihat penampilan baru isterinya itu
setelah berbulan-bulan menghilangkan diri. Sebelum ini, tidak ada sehelai
selendang yang melekat di kepalanya mahupun tudung. Sekarang semuanya dah
berubah. Mungkin mahu menjaga auratnya itu untuk dia, si suami.
Qaireena mendengus.
Sejak akhir-akhir ini, Zaril selalu membuat hidupnya terumbang-ambing.
"Tak baik marah pada suami. Jom, abang dah lapar ni." Qaireena yang mendengar
lantas mengambil tas tangan dan beredar dari pejabat itu.
Suasana sunyi antara
mereka berdua membuatkan Qaireena bertambah bosan. Dikerling sedikit wajah
Zaril yang kacak pada pandangan matanya. Zaril yang sedang sibuk memandu itu
perasaan pandangan isterinya itu. Rasa hendak mengusik pula si isterinya
itu.
"Abang tahu abang
ni handsome."
"Hah?"
"Janganlah
terkejut sangat. Abang cuma cakap abang ni handsome."
"Perasan."
"Ya ke? Kalau tak
handsome takkan lah orang sebelah ni asyik jeling-jeling je tengok muka abang.
Kan?"
Qaireena menggigit
bibir. Rupanya dari tadi Zaril perasaan semua itu. Ahh, Zaril Hazwan suka
membuat mukanya menjadi merah.
******
Hari ini, Qaireena
menghabiskan masa bersama Hannah dan Ikmal. Rasa sudah lama tidak berjumpa
dengan mereka. "Kau sekarang bahagia?" Tanya Hannah ketika Ikmal
meminta kebenaran untuk ke tandas.
"Macam tu
la."
"Aku yakin, kau
akan bahagia dengan Zaril." Ucap Hannah. Qaireena senyum, Hannah sudah
tahu semuanya yang berlaku dalam hidupnya. Tidak lama kemudian, Ikmal
menghampiri mereka berdua. "Jom, kita pergi makan aiskrim nak? Ikmal
belanja." Qaireena hanya senyum mendengarnya. Ikmal selalu sangat belanja
aiskrim sekiranya bersama dengannya. Kadang-kadang Qaireena perasan sikap Ikmal
yang seolah-olah cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi, dia butakan semua itu.
Mungkin kerana Ikmal terlalu muda darinya membuatkan dia tidak perasan semua
itu.
Ikmal memang muda dari
Qaireena dan Hannah. Muda 5 tahun dari mereka. Ikmal sepupu Hannah. Perkenalan
tidak diduga apabila kereta Qaireena rosak di tengah jalan ketika ingin hadir
sesi temu duga di syarikat Zaril. Dan Ikmal datang untuk menghantar Qaireena ke
syarikat itu. Dan tanpa diduga, dari situ jugalah. Tercipta satu perasaan
antara Qaireena dengan Zaril dan antara Ikmal dengan Qaireena.
Ikmal sedar antara dia
dengan Qaireena jauh berbeza. Tambahan lagi, Qaireena hanya menganggap Ikmal
sebagai seorang adik.
"Sekejap je lah
ya? Sebabnya Kak Reen nak balik. Nak jumpa Daniel." Ujar Qaireena sambil bibirnya
menguntum senyum. Teringat tentang anak buahnya itu dan juga merangkap anak
tirinya. Rindu sangat.
"Okay,"
Cemburukah dia?
Bohonglah kalau dia tidak berasa cemburu. Tambah lagi setelah Qaireena pulang
dari Istanbul dan memberi tamparan yang besar setelah bersetuju untuk berkahwin
dengan Zaril. Hakikatnya memang Ikmal rasa sakit, tetapi hatinya disabarkan
juga. Kerana Ikmal tahu antara Qaireena dengan dirinya tidak lebih sebagai
seorang kakak dan juga adik. Dan Ikmal berharap Qaireena akan sentiasa bahagia
dengan lelaki yang telah berjaya bertakhta di hati Qaireena.
******
Zaril memerhati saja
perlakuan Qaireena yang sedang menukarkan lampin anaknya itu. Terbit perasaan
sayang dalam hatinya. Qaireena tidak sedar yang Zaril sedang leka memerhati dirinya.
"Hmm, anak mama
dah wangi." Ucap Qaireena sambil mencium pipi Daniel yang berusia 6 bulan
itu. Pipinya yang agak tembam menyebabkan sesiapa sahaja yang melihat pasti
merasa geram melihatnya.
Zaril masih leka
memerhati. Sejujurnya, hatinya sudah terpaut pada Qaireena yang pandai
menguruskan urusan Daniel, yang pandai menjaga Daniel, yang pandai menjaga
makan minumnya.
Qaireena yang sudah
selesai menguruskan Daniel terus berundur untuk keluar dari bilik itu.
Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila memandang susuk tubuh yang sedar
bersandar di balik pintu itu. Lantas menghampiri Zaril lalu menyalam tangan
Zaril. Dan seperti kebiasaan Zaril akan mengusap lembut kepalanya itu. Qaireena
rasa terbuai dengan usapan itu.
Apabila Qaireena sudah
menyalam tangan suaminya itu dia mahu turun untuk menyediakan air buat
suaminya. "Abang nak air?" Tanya Qaireena. Mata Zaril tak lari dari
pandang wajah Qaireena yang berjaya sekali lagi menggetarkan nalurinya.
"Boleh juga."
"Lambat abang
balik malam ni? Banyak klient?" Soal Qaireena. Memang sudah dimaklumkan.
Zaril telah memberitahu bahawa dia akan pulang lewat sikit kerana kesibukan di
tempat kerja dan juga untuk berjumpa klient. Zaril mengangguk, padahal
banyak menghabiskan masa pergi ke Parkson untuk mencari hadiah buat ulang tahun
kelahiran isterinya itu.
Qaireena terus
berpusing. Baru hendak memulakan langkah tiba-tiba lengannya dipegang kejap
oleh Zaril. Pantas dia menghadap Zaril.
"Kenapa?"
Zaril hanya senyum dah
mendekatkan lagi tubuhnya dengan tubuh Qaireena. Aroma bau perfume yang
Qaireena pakai sudah membuat dia tergoda. Zaril menyeluk tangannya ke dalam
poker seluar slacknya itu. Qaireena hanya memerhati saja tingkah laku Zaril.
Sudah berbahang wajahnya kerana keadaan mereka sekarang yang terlalu rapat.
Zaril mengeluarkan
loket yang terletak kemas dalam kotak. "Ini hadiah untuk Reen sebab hari
ini hari lahir Reen." Ucap Zaril. Qaireena sudah bergelinangan dengan air
mata.
"Dan, hadiah untuk
sayang sebab hadir dalam hidup abang. Hadiah untuk sayang yang sanggup jaga
Daniel." Ujar Zaril lagi sambil merantaikan lolet itu di leher jinjang
isterinya itu. Zaril terus membuka loket yang berbentuk hati itu dan lagi
sekali membuat
Qaireena terkedu.
Gambar dia dan Zaril sewaktu akad nikah dan juga gambar Daniel di sebelah.
Qaireena pandang wajah
kacak suaminya itu dengan air mata yang mula mengalir. "I love you sayang.
Abang sayangkan sayang sejak sayang menjadi isteri abang dan abang telah lama
sayang dan cintakan Reen sewaktu abang belum berkahwin dengan Sara lagi. Cuma
dulu.. abang tersilap caturan." Zaril mengakui memang perasaan sayang
masih ada. Dan Zaril juga tidak pernah menyesal berkahwin dengan Qaisara ketika
dulu.
Qaireena yang mendengar
pantas memeluk suaminya itu. Menangis di dada bidang suaminya itu dengan
perasaan gembira. Zaril pantas mencempung tubuh isterinya itu dan membawa ke
bilik mereka.
******
Hari-hari demi hari,
jelas terpancar riak kegembiraan di wajah Zaril dan Qaireena. Bahagia dengan
takdir cinta mereka. Bahagia dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah.
Hari ni Zaril
outstation kerana ingin menguruskan tender syarikatnya itu. Seminggu Zaril
berjauhan dengan Qaireena dan juga Daniel. Qaireena senyum sahaja apabila
melihat tarikh di kalendar. Hari lahir suaminya.
Qaireena berfikir
hadiah apa yang hendak dibeli buat suaminya itu. Qaireena tidak membawa Daniel
kerana dia meninggalkan Daniel di rumah mamanya. Mamanya ingin benar berjumpa
dengan cucu kesayangannya itu. Rindu, maklumlah cucu sulung katakan.
Qaireena masuk dari
satu kedai ke satu kedai. Buntu untuk memilih hadiah apa yang sesuai buat suami
tercinta. Qaireena berhenti di kedai jam tangan jenama polo itu. Sedang leka
membelek jam tangan jenama polo itu. Dia telanggar dengan seorang lelaki yang
baru keluar dari kedai itu.
"Maaf."
"Eh? Kak Reen buat
apa kat sini? Dah lama tak jumpa akak. Dah nak dekat dua bulan."
Qaireena sangkakan
lelaki yang dilanggar olehnya tadi orang asing rupanya Ikmal. "Haah, dah
lama tak jumpa dengan Ikmal dan juga Hannah. Hannah sihat? Akak sibuk sekarang
ni. Kerja bertimbun." Qaireena senyum memandang Ikmal.
Ikmal yang pandang
sudah tidak tahan hatinya melihat senyuman itu."Buat apa kat sini?"
Soal Ikmal lagi.
"Buat kek."
"Ceh, loyar buruk
pula dah."
"Hahaha, akak tengah
cari hadiah untuk Abang Zaril. Hmm, Ikmal ada cadangan?" Qaireena cuba
untuk meminta pertongan dari Ikmal. Ikmal kab lelaki dan pasti Ikmal tahu apa
yang sesuai untuk dijadikan hadiah untuk seorang lelaki.
"Hmm, ada dan
kebetulan akak berada di tempat yang betul. Jom masuk." Ajak Ikmal.
Qaireena senyum dan melangkah masuk ke kedai jam itu. Sudah terbayang wajah
suaminya itu. Pasti gembira wajah suaminya nanti. Tanpa disedari oleh Qaireena
dan Ikmal, ada mata yang memerhati.
******
Zaril hanya diam seribu
bahasa apabila sudah sampai di rumah. Tidak pula dia menonton televisyen malah
memandang televisyen yang gelap dengan perasaan marah, cemburu dan semuanya.
Terbayang wajah Qaireena ketika masuk ke kedai jam itu dengan muka yang
gembira. Buat apa Qaireena di situ? Membelikan sesuatu untuk lelaki itu?
Terbit perasaan marah
yang meluap-luap dalam dirinya. Zaril ingat, lelaki itu jugalah yang bersama
dengan Qaireena ketika dulu. Lelaki itu jugalah yang membuatkan dia menerima
cadangan Puan Laili untuk bernikah dengan Qaisara.
Wajah Zaril sudah
memerah. Cadang ke Parkson sebab ingin membeli bunga buat si isterinya yang
seminggu sudah tidak berjumpa. Tetapi lain pula yang dia dapat pada tengah hari
tadi.
Qaireena memerhati
kereta Audi sudah terpatkir di kawasan rumahnya itu. Bibirnya mengukir
senyuman. Pantas kaki melangkah masuk ke dalam. Lihat Zaril sedang duduk di
sofa yang berada di ruang tamu itu.
Qaireena menyuakan
tangannya untuk bersalam tetapi yang memeranjatkan Qaireena ialah salaman itu tidah
disambut.
"Dari mana
tadi?" Dingin sekali soalan yang diajukan oleh Zaril.
"Baru balik dari
pejabat." Qaireena tidak memberitahu selepas pulang dari pejabat ke mana
yang dia pergi. Ingin membuat suprise untuk suami.
"Pejabat ke atau
berfoya dengan lelaki lain?"
Berderau muka Qaireena
mendengar suaminya berkata begitu. "Apa abang cakapkan ni? Berfoya
apa?" Qaireena sudah merasakan api kemarahan sudah memmuncak di wajah
suaminya itu.
"Tak berfoya kau
kata? Haaa? Yang kau berkepit dengan jantan mana entah dekat Parkson tu apa
benda?" Zaril menengking Qaireena. Geram, apabila Qaireena cuba
menafikan.
Air mata Qaireena sudah
mula bertakung. Qaireena cuba menggenggam tangan suaminya namun Zaril lebih
pantas menepis.
"Abang dah salah
faham ni. Tadi kami kebetulan je berjumpa. Bukannya ada apa pun. Lagipun Ikmal
tu.."
"Sudah, kau ingat
aku nak percaya! Siap masuk kedai sama-sama. Eh Qaireena, kau ni tak ubah
perangai macam dulu kan? Oh, agaknya dialah lelaki yang bersama dengan kau
waktu dulu kan? Yang berkepit sepanjang masa kan? Dan disebabkan perangai kau
tu lah, aku terima pelawaan mama untuk berkahwin dengan Sara! Perempuan tak
guna!"
Sepantas itu juga,
tamparan hinggap di wajah Zaril. Zaril terpempam. Lantas mengatur langkah ke
bilik. Qaireena sudah menangis di ruang tamu itu.
"Sampai hati
abang.." Qaireena memandang wajah Zaril yang masam mencuka itu. Zaril
sedang membimbit luggage menuruni tangga. Qaireena terus berlari mendapatkan
Zaril. "Abang nak pergi mana? Jangan tinggalkan Reen bang."
Zaril tidak peduli
esakan isterinya itu, dia menolak tubuh Qaireena dan berlalu meninggalkan rumah
itu. Qaireena menangis tidak henti-henti memikirkan nasibnya ini.
******
Zaril menghabiskan masa
di rumah keluarganya. Apabila keluarganya bertanya perihal Qaireena. Alasannya
Qaireena sedang outstation.
Datin Mariam sudah
dapat menghidu rumah tangga anaknya itu. Sudah seminggu Zaril di situ tanpa
Qaireena di sisi. Daniel pula bergilir-gilir di bawah jagaan Puan Laili ataupun
Puan Mariam.
Datin Mariam
menghampiri anak tunggalnya itu. "Ril..ada masalah ke?" Teguran Datin
Mariam menyedarkan Zaril yang sedang mengelamun. Zaril geleng. Menafikan
masalah yang melanda dalam rumah tangga mereka.
"Lama juga Reen
outstation ya? Dah seminggu. Ril tak rindu ke?" Zaril diam, Datin
Mariam berkata begitu kerana ingin melihat reaksi anaknya itu. Datin
Mariam mengusap lembut lengan anaknya itu. "Mama rasa, Ril ada
masalah. Betul kan?"
"Mana ada.
Anggapan mama je tu."
"Ya? Kalau anggapan
mama je. Kenapa mama tengok Ril ni asyik termenung je sejak datang sini. Ril
bergaduh dengan Reen ke?"
Diam seribu bahasa.
Zaril langsung tak bercakap. Datin Mariam masih ingin mengorek isi hati
ananknya itu. "Dalam rumah tangga, persefahaman dan berbincang itu penting
dalam keluarga. Apatah lagi, kalau keluarga sedang dilanda masalah, itu lagi
penting. Perkara tak akan selesai sekiranya tidak berbincang dengan elok.
Seeloknya kita bawa berbincang berbanding menuduh tanpa usul periksa. Bukankah
itu lebih baik?"
Zaril diam. Tidak tahu
mahu berkata apa. Zaril mengeluh memikirkan pasal Qaireena. Sejujurnya dia
rindu pada isterinya. Rindu nak menatap wajah isterinya. Rindu nak makan
masakan isterinya. Rindu nak pergi bekerja bersama-sama. Rindu sangat-sangat.
Tapi, apabila teringat peristiwa seminggu yang lepas. Hatinya menjadi tawar.
Kata-kata mama tadi
banyak menyedarkan dirinya. Bukan dia tidak tahu isterinya itu sentiasa
menghantar mesej dan menelefon dirinya. Tetapi dia langsung tidak balas
panggilan dan mesej isterinya itu.
"Reen..."
"Kenapa dengan
Reen?" Lembut sekali suara Datin Mariam.
"Ril nampak Reen
dengan lelaki lain."
"Mungkin itu kawan
Reen. Kita mana tahu."
"Tak, kalau kawan
takkan mesra semacam je."
"Ril dah tanya dia
siapa lelaki itu?"
"Tak, tak payah
tanya pun Ril tahu. Ril kenal lelaki itu. Lelaki itulah yang selalu dengan Reen
waktu dulu. Dan sebab itulah Ril setuju pelawaan mama Sara untuk berkahwin
dengan Sara."
"Astaghfirullah-al-azim,
apa yang Ril cakapkan ni? Ril sepatutnya berbincang perkara ini dengan Reen.
Bukan melarikan diri tanpa bawa berbincang. Mama tak rasa Reen buat macam tu
pada Ril. Kalau Reen tak sayangkan Ril, tak cintakan Ril. Dia takkan sanggup
terima amanat terakhir arwah Sara. Ril lupa ke, Reen sampai menghilangkan diri
sepanjang Ril dengan Sara berkahwin. Ril lupa? Itu jelas menunjukkan betapa dia
sayangkan Ril. Dia tak sanggup tengok Ril bahagia dengan kakaknya
sendiri."
Zaril terkedu. Jadi
selama ini Qaireena menghilangkan diri disebabkan keputusan dirinya untuk
berkahwin dengan arwah Qaisara? Qaireena menghilangkan diri kerana ingin
mengubat luka di hatinya?
"Tapi ma, lelaki
itu.."
"Ril cuba
berfikiran matang sikit. Mungkin itu kawan Reen. Mungkin kawan baik Reen masa
Reen belajar kat Istanbul dulu. Jadi bila lelaki itu balik ke sini mungkin nak
sangat jumpa dengan Reen dan kebetulan Ril nampak mereka. Kita tak tahu sayang.
Itu pentingnya berbincang dulu bukannya buat keputusan macam ni. Kalau macam
ni, akibatnya tak berkesudahan lah hubungan Ril dengan Reen. Baliklah Ril.
Berbincang apa yang patut. Mama yakin Reen menantu yang baik. Isteri yang baik
untuk Ril. Mama takut Ril akan kehilangan Reen."
******
Sepi. Rumahnya kini
sunyi sepi, gelap gelita. Seolah-olah Qaireena sudah melarikan diri. Pantas
Zaril mencari Qaireena dia setiap tempat. Sampaikan di bilik, kelibat Qaireena
langsung tidak kelihatan. 'Mama takut Ril akan kehilangan Reen'
Ayat itu
terngiang-ngiang di telinganya. Zaril pantas keluar dari rumah untuk mencari
isterinya. Telefon bimbit tidak lekang di tangannya. Berkali-kali nombor
isterinya itu di dail tapi tidak berangkat juga. Zaril berhenti di Taman Botani
itu. Ingin mencari isterinya. Mana tahu Qaireena ada di situ.
Sudah puas Zaril
mencari. Tidak juga jumpa kelibat Qaireena. "Mana sayang pergi? Jangan
tinggalkan abang" rintih Zaril. Dalam keadaan Zaril sedang bersedih itu,
dia terlanggar dengan orang di depannya. Sepasang pasangan lelaki dan
perempuan.
Terkejut Zaril
memandang lelaki yang dilanggarnya itu. Ya, dia kenal lelaki itu. Lelaki yang
bersama dengan isterinya itu di Parkson dulu. Mata Zaril beralih ke arah
sebelah lelaki itu, seorang perempuan.
Ikmal dengan Hannah
juga tidak sangka dapat berjumpa dengan Zaril di situ. Mata Ikmal sudah mula
merah akibat marah dengan perlakuan Zaril terhadap Qaireena.
"Kau..."
Ikmal hanya diam.
Membiarkan ayat seterusnya yang bakal keluar dari mulut Zaril.
"Disebabkan kau
lah, aku kehilangan Reen sekarang ni. Semuanya kau punya pasal."
Sepantas itu juga
tumbukan hinggap di pipi kiri Zaril. Hannah nyata terkejut dengan perlakuan
Ikmal. "Mal, kenapa tumbuk ni?"
"Mal tumbuk dia ni
sebab nak bagi pengajaran sikit. Isteri punyalah baik, tapi boleh pula tuduh
isteri dia curang. Kalau tak kerana dia ni suami Kak Reen. Dah lama dah, Mal
bunuh je. Suami apa macam ni? Tinggalkan Kak Reen macam tu tanpa berbincang.
Dibiar je Kak Reen macam tu sampai Kak Reen terlantar sakit di hospital.
Dibiarkan je Kak Reen yang setiap kali solat berdoa agar suaminya pulang. Suami
apa macam ni!"
Kak Reen? Terlantar
sakit? Ikmal ni lebih muda dari dia? Zaril terkejut sekali. "Mana Reen?
Dia di hospital mana?"
******
Zaril melangkah di wad
yang ditempatkan untuk isterinya. Qaireena sedang tidur. Perlahan-lahan Zaril
menapak kaki ke katil itu. Tangannya mengusap lembut wajah isterinya itu.
Sempat lagi Zaril memberi kucupan di dahi Qaireena. Zaril terus duduk di situ
untuk menanti Qaireena sedar dari tidur. Teringat kembali perbualan dia di
antara Ikmal dan Hannah.
"Kita orang datang
ke rumah nak jumpa dengan Reen. Bila kita orang tengok terkejut tengok muka dia
yang pucat sangat. Tak lama lepas itu, dia terus pengsan. Jadi kita orang bawa
dia ke hospital. Doktor cakap tubuh badan dia lemah, tak ada tenaga. Sebab itu
Reen pengsan. Hannah dah cuba call Zaril menggunakan telefon Reen tapi tak
berangkat." Ujar Hannah yang sedang memerhati manusia-manusia yang sedang
beriadah di taman itu.
"Maafkan
abang..sebab abaikan Reen"
"Abang dah salah
anggap. Memang betul saya dengan Kak Reen bersama di Parkson tapi itu secara
kebetulan. Lagipun Kak Reen waktu tu nak cari hadiah hari lahir untuk abang.
Disebabkan Kak Reen tak mahir sangat bab-bab hadiah. Dia mintak pendapat Mal.
Dan..."
Ikmal diam, memberi
kekuatan dalam dirinya untuk meluahkan perasaannya. Zaril mengangkat kening
seolah bertanyakan 'kenapa'
"....memang Mal
pernah menyimpan perasaan pada Kak Reen. Tapi Mal tahu perasaan Mal hanya
bertepuk sebelah tangan. Lagipun, kami berdua jauh beza dari segi umur. Kak
Reen pun hanya anggap Mal sebagai seorang adik tak lebih dari itu."
"Reen tahu pasal
perasaan Mal?"
"Tahu, Mal pernah
meluahkan tapi Kak Reen tolak kerana dia hanya cintakan seorang lelaki yang dah
lama bertakhta di dalam hati dia."
"Siapa?"
"Abang lah
orangnya. Sebab tu, bila Kak Reen tahu abang nak kahwin dengan Kak Sara, Kak
Reen menghilangkan diri. Sebab nak ubat kekecewaan dalam hatinya. Dan ingin
melupakan terus kenangan pasal abang."
"Maafkan
abang." Zaril sedih memikirkan isterinya itu. Betul kata Datin Mariam,
Qaireena seorang isteri yang baik untuknya, seorang menantu yang baik untuk
Datin Mariam.
"Tak mengapa,
semua orang pernah melakukan kesilapan. By the way, congratulation abang."
Ikmal menepuk-nepuk bahu Zaril.
"Tahniah atas
apa?"
"Tahniah sebab
abang bakal jadi seorang papa."
Zaril sudah berkaca.
Tidak tahu mahu menggambarkan apa perasaannya itu apabila isterinya disahkan
mengandung. Disahkan mengandung zuriatnya.
"Abang?"
Zaril tersedar dari
lamunan. Pantas dia menggenggam tangan isterinya. "Sayang, maafkan abang.
Maafkan abang sebab abang dah lukakan hati Reen untuk kali kedua."
Qaireena juga tidak sangka dapat berjumpa dengan Zaril di sini.
"Maafkan Reen juga
sebab gagal menjadi isteri yang baik."
"Tak, sayang tak
salah. Abang yang salah. Abang tak beri peluang pada Reen untuk menjelaskan
semuanya. Abang minta maaf sangat."
Qaireena bangkit dari
pembaringan dan bersandar di kepala katil. Qaireena menyapu lembut air mata
suaminya itu. "Dah lah abang. Tak malu lah tengok suami Reen ni menangis.
Macam budak kecil." Zaril ketawa mendengar isterinya berkata begitu.
Lantas tubuh isterinaya didakap erat.
"Terima kasih
sayang. Terima kasih berikan abang zuriat." Ucap Zaril sambil mengucup
dahi Qaireena lama. Qaireena senyum dan balas pelukan Zaril.
******
5 tahun kemudian...
"Daniel!!!!!!"
Jeritan lantang oleh seorang papa. Zaril tidak menang tangan nak menguruskan
rumahnya. Tambahan lagi, Daniel dah menginjak 5 tahun dan dah mula nakal.
"Kemaskan mainan ni. Jangan sepahkan. Papa banyak kerja nak buat."
Daniel yang sememangnya
takut dengan Zaril pantas mengemas barang mainannya. "Papa, asyik nak
marah je. Ni bukan Daniel punya, ni Dania punya." Dengan nada yang merajuk
dan tangannya ligat mengemas barang permainan. Qaireena yang memerhati hanya
ketawa melihat anak beranak itu. Qaireena sedang menyusukan anak kecilnya itu.
Zaril menghampiri
Qaireena yang sedang menyusukan Damia. Damia anak kedua Zaril dengan Qaireena.
"Sayang cepatlah habis pantang, abang tak larat nak kemas rumah."
Qaireena ketawa mendengar Zaril berkata begitu. "Abang ni. Baru
sikit je tu. Itu pun dah mengeluh."
Zaril memerhati anaknya
yang sedang menyusu. "Terima kasih sayang sebab hadir dalam hidup abang.
Terima kasih sebab memberikan abang dua orang puteri untuk abang. Abang bersyukur
dengan takdir cinta kita berdua. Abang bersyukur dengan ketentuan Illahi."
Ucap Zaril sambil mencium pipi Qaireena.
"Papa...tengok
Dania sepahkan balik. Penatlah macam ni." Kata Daniel lantas mengundang
ketawa Zaril dan Qaireena. Mudah-mudahan rumah tangga mereka berkekalan hingga
ke hujung nyawa.
Comments
Post a Comment