Hai, This is me. Cha Asf. I'm going to share with you guys with my short stories in here. Saya bukanlah seorang penulis yang baik, tetapi saya mencuba untuk menulis. sedikit demi sedikit. Wish me a good luck. I'm so excited. Hihihihi
Prolog Semua mata memandang Ira. Ira senyap seribu bahasa. "Kenapa Ira? Senyap je saya tengok?" Genggaman Ira makin kuat, Ira memerlukan kekuatan untuk berbicara tentang hal ini. Dirinya takut akan penerimaan semua. "Ira?" Ira memandang. "Ira nak cakap pasal Nisa boleh?" Semua diam, Puan Atirah, Puan Maria merangkap cikgu mereka sewaktu sekolah, Imran dan juga Darwish. "Kenapa dengan dia?" Suara Puan Atirah sudah mula berubah nada. "Ira...Ira nak minta maaf." ...
Seorang wanita yang sedang mengalunkan Surah Al Fatihah dan membacakan doa pada penghuni kubur itu. Selepas itu, dia menyiramkan air di atas kubur itu. Puan Nadia bangun meninggalkan kawasan perkuburan itu. Berjalan menghampiri kereta yang diparkir di luar sana. Mata sambil melilau mencari anak terunanya. "Ibu, dah selesai?" Soal Imran "Ibu dah selesai. Jom balik." Imran angguk lantas masuk ke dalam kereta. Puan Nadia masih berada di luar kereta sambil matanya melihat kawasan kubur yang baru dia melawat tadi. "Ibu? Kenapa tak nak masuk?" Imran panggil Puan Nadia sambil membuka pintu untuk ibunya. "Ya, ibu nak masuk lah ni." Puan Nadia masuk ke dalam perut kereta. Laju sahaja kereta meluncur pergi meninggal kawasan perkuburan itu. Imran sesekali memerhati Puan Nadia yang banyak mendiamkan diri selepas pulang dari kubur tadi. "Ibu, kenapa diam je? Selalunya ibu mesti cerita tentang anak-anak murid ibu pada Im." ...
Comments
Post a Comment