Cerpen: Kembali


Dengan perlahan menapak ke arah jejaka itu. Berharap dapat berborak dengan jejaka itu buat seketika. Sudah lama tidak menatap wajah itu.
"Amir?"
Amir menoleh, dipandang dengan senyuman. Memandang dari atas hingga ke bawah. Mati senyumannya.
"Kau kenapa Meera?"
"Kenapa apa?" Meera mula membelek dirinya. Apa yang tak kena? Kenapa Amir pandang macam tu. Rasanya dirinya itu berpakaian elok sahaja.
"Kau nampak lain." Amir berjeda. Ya, Meera nampak lain sebab sudah bertudung. Meera senyum dalam hati. Tak sangka Amir terkejut sampai macam tu sekali.
"Biasa je Amir. Kau kenapa suruh aku datang sini?" Meera memandang mata Amir. Tidak lama kemudian Meera melarikan pandangannya kerana malu. 
Amir bangkit dari duduk. Dia menjemput Meera untuk duduk menghadapnya. "Aku nak cakap something dengan kau ni. Senang cerita aku ada suprise untuk kau." Mata Meera dipandang. Dalam hati Amir tidak sabar nak khabarkan berita gembira.
Amir berjeda. Mengambil masa terlebih dahulu. "Aku dapat tawaran sambung master di United Kingdom."
Meera terkejut tetapi kemudian Meera senyum. Tidak sangka Amir berpeluang untuk melanjutkan pelajarannya di luar negara. "Alhamdulillah Amir. Kau dapat jugak akhirnya. Tahniah Amir."
Amir senyum. Itu baru satu berita, ada lagi berita yang dia ingin sampaikan. Tidak sabar nak berkongsi dengan Meera.
"Ada lagi satu berita."
"Apa dia?"
"Hujung minggu ni aku bertunang."
Meera terkejut. Terdiam, tidak tahu mahu berkata apa apa melainkan terkejut.
"Dengan siapa?" Meera gigit bibirnya. Sedih sebab jejaka idamannya sudah mahu bertunang dengan gadis pilihan.
"Leen. Kau kenalkan Leen? Kawan aku masa aku kecil dulu." Ujar Amir sambil senyuman di bibir.
Meera diam. Mana mungkin dia lupa tentang Leen. Sama sama pernah bergaduh kerana sukakan Amir. Dan kerana itu, sampai sekarang Leen dengan Meera tidak berbaik. Bila ingatkan balik rasa malu pun ada. Bergaduh sebabkan lelaki. Nasib baik perkara itu tidak sampai ke pengetahuan Amir.
"Ya, kenal."
"So, nanti aku postkan kad kahwin okey? Aku kena balik ni, nak pergi ambil Leen. Assalamualaikum Meera." Amir bangkit meninggalkan Meera keseorangan.
*****
5 tahun Kemudian
Meera sedang mencari cari kertas projeknya itu. Kelam kabut Meera mencari, sudahlah bangun lambat. Kertas projeknya pula hilang entah kemana. 
"Meera!!!" Jerit Puan Aimi. "Ya kejap mama." Meera masih kelam kabut mencari kertas projeknya itu. Puan Aimi yang masih sibuk menyediakan sarapan untuk seisi keluarganya. Meera yang kesibukan sedang kelam kabut menuruni tangga.
"Haaa itu dia anak dara seorang ni. Asyik lambat aje setiap hari." Puan Aimi membebel dengan gelagat Meera.
Meera yang baru turun dari tingkat atas hanya tersenyum mendengar bebelan mamanya. Puan Aimi memang selalu akan membebel bila waktu pagi. "Mama setiap kali pagi je nak marah aje Meera. Meera bangun lambat tadi sebab sibuk siapkan drawing plan malam tadi. Tu yang kelam kabut. Papa mana?" Meera mengambil tempat di hadapan Puan Aimi. Memandang juadah di atas meja.
"Papa kamu tu dah pergi ke pejabat dah pun. Katanya banyak kerja nak uruskan." Kata Puan Aimi sambil tangannya menceduk nasi goreng untuk anaknya. Meera ambil pinggan yang berisi nasi goreng itu dah menyuapkan ke mulut.
"Meeraaa..." Meera mendongak memandang mamanya. Meera menghantar isyarat mengangkat matanya. “Meera ni dah bertunang dengan Raykal setahun. Bilanya kau orang berdua nak berbincang nak buat majlis ni? Jangan lama-lama sangat ikat hubungan kamu berdua dengan pertunangan. Dalam masa bertunang ni macam-macam boleh jadi.” Nasihat Puan Aimi sambil memandang anaknya yang sedang makan itu. Meera diam, ya sudah setahun dia bertunang tetapi dia orang masih belum lagi berbincang apa-apa. Raykal yang sibuk dengan kerja. Meera yang juga sibuk dengan site visit dan sebagainya menyebabkan hubungan mereka dibiarkan macam itu sahaja.
“Nanti Meera bincang dengan Raykal.” Meera sudah pun selesai  bersarapan. Beg tangannya dicapai, file holder yang terletak di sebelah kerusinya juga diambil. Hari ini meeting mengenai projek yang Meera sedang uruskan sekarang.
“Ingat pesan mama ni Meera. Bincang cepat-cepat dengan Raykal.”
“Okey ma, Meera pergi dulu.” Meera menyalam tangan Puan Aimi. Laju sahaja kaki Meera melangkah ke kereta. Nanti kalau lambat kena marah pula dengan majikan. Sepanjang perjalanan ke pejabat Meera, hatinya tidak pernah berhenti memikirkan hal pertunangannya itu. Betul juga kata Puan Aimi, sampai bila nak bertunang. Setahun bertunang tetapi langsung tiada masa hendak berbincang mengenai perkahwinan mereka. Disebabkan kedua-dua pihak terlampau sibuk, kuburkan sahaja permintaan kedua-dua ahli keluarga. Meera mengeluh. Debuk
Kereta Meera membrek secara mengejut. Meera takut, tadi dengar macam terlanggar sesuatu. Manusia ke? Ke kucing? Tangan Meera di stereng terketa-ketar. Itulah, bawa kereta berangan, sekarang siapa susah. Kutuk Meera dalam hati. Meera keluar dari kereta, perlahan-lahan melangkah ke muka kereta. Terdapat seorang lelaki yang terduduk di atas jalan tar sambil menggosok sikunya.
Meera tidak tahu nak buat apa, nak hulurkan tangan bukan mahram akhirnya, Meera membongkokkan badannya dan menegur lelaki itu. “Maafkan saya encik. Saya bawa kereta tak tengok betul-betul.”
Lelaki itu masih lagi diam dan cuba untuk bangun. Apabila badan lelaki itu sudah tegak berdiri, Meera pun turut berdiri sama.
“Maafkan saya, Encik.”
Lelaki itu senyum, Meera terpaku seketika melihat senyuman itu. Pada Meera, dia macam pernah nampak senyuman itu. Dari atas sampai ke bawah Meera melihat lelaki itu. Berkemeja, tangan kanan pula memegang blazer. Wajah lelaki itu susah Meera nak lihat sebab lelaki itu memakai kaca mata hitam, sama macam Meera. Wajah lelaki itu bersih, kumis meliar di wajah lelaki itu seperti Aeril Zafrel gayanya. Gaya lelaki itu nampak kemas pada pandangan matanya.
“Ehem, err…kenapa pandang saya macam tu sekali?”
Meera yang tersedar akan kesilapannya yang merenung lelaki itu tertunduk.
“Maaf, tak sengaja.”
Lelaki itu ketawa kecil, kelakar pun ada melihat gelagat gadis yang berada di depan matanya itu.
“Saya, betul-betul minta maaf. Saya tak sengaja terlanggar awak.”
Lelaki itu senyum. Meera hanya diam sahaja, lelaki ini tidak habis-habis senyum sahaja.
“Tak apa, lagipun saya pun salah juga sebab tak tengok kiri dan kanan.”
“Awak tak cedera ke? Sebab tadi dengar macam kuat juga saya langgar awak.”
“No, saya okey je. Tak apa, jangan risau.” Lelaki itu senyum. Salah dia juga, jalan tak tengok kiri kanan, hendak cepat sangat sampai ke pejabat itu yang dilanggar. Keretanya pula buat hal masa macam ni. Nasib baik keretanya rosak tidak jauh ke pejabatnya, jadi terus buat keputusan jalan kaki saja ke pejabat. Tapi, tak pasal-pasal kena langgar pula hari ni. Entah kenapa, bila terpandangkan gadis di depan matanya ini membuatkan dia teringat pada seseorang.
“Betul ke awak okey ni, saya tak percaya lah. Kejap ya.” Meera lantas menuju ke keretanya. Pintu di sebelah penumpang dibuka. Meera mengambil beg tangannya dan keluarkan ber dompetnya. Meera kembali menapak ke arah lelaki yang masih lagi berdiri di depan itu. Beg dompet dibuka, duit not 50 dihulurkan kepada lelaki itu.
“Ini duit untuk awak ke klinik.”
“Eh, tak perlu. Saya okey saja. Jangan risau.”
“Tapi saya tetap risau. Dahlah saya langgar awak, awak ambillah ini. Awak kena pergi klinik.” Meera masih lagi mengasak lelaki itu agar menerima duitnya itu. Akhirnya, lelaki itu mengalah juga. Duit itu diambil.
“Terima kasih.”
Meera senyum, mujur lelaki itu mahu menerima wang yang Meera beri.
“Sama-sama, okeylah. Saya dah lambat sangat nak pergi kerja ini. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Meera lantas bergegas ke arah keretanya. Dah lambat sangat dah ni, sikit lagi mesti kena marah.
Err…cik?”
Meera menoleh. “Ya, kenapa?” Hairan juga Meera, lelaki itu nak apa lagi ni. Aku dah lambat ni.
“Nama cik?”
“Oh, nama saya Meera. Maafkan saya, saya dah lambat.”
Masuk saja ke dalam perut kereta, Meera terus pecut kereta dengan laju sekali.
“Meera? Meera Maisara?”
*****
Tercungap-cungap Meera apabila tiba di bilik pejabatnya, mujurlah majikannya masuk lambat hari ini. Mesyuarat juga akan mula lambat lagi kerana majikan ada hal yang perlu diuruskan dahulu. Meera bersandar pada kerusinya, penatnya masih tidak hilang. Matanya memandang suasana di luar tingkap pejabatnya itu. Teringat pula pertemuannya dengan lelaki tadi. Senyumannya persis Amir. Amir cinta pertamanya ketika melanjutkan pelajaran di Universiti dahulu. Sampaikan bergaduh dengan Leen berebutkan Amir.
“Malunya perangai masa belajar dulu. Berebutkan lelaki. Huh.”
Tetapi Amir tidak ada perasaan pada Meera, ketika Amir jatuh cinta dengan Lisa. Agaknya, mereka berdua sekarang mesti dah bahagia dengan anak semua.
Move on Meera. Kau tu dah ada Raykal.”
Raykal? Teringat pula pesanan Puan Aimi menyuruh mereka berdua berbincang untuk majlis perkahwinannya itu. iPhone dicapai, ikon whastapp dibuka.
Awak, tengah hari ni lunch sekali jom? Ada benda nak bincang dengan awak.
Satu minit, dua minit, tiga minit. Whatsappnya itu tidak pula direply oleh Raykal. Padahal tadi tertera di atas yang Raykal sedang online. Mungkin Raykal terlampau sibuk, sehingga tidak sempat untuk membalas Whatsapp Meera. Mereka berdua bertunang atas dasar pilihan keluarga. Ketika itu, Meera yang baru sahaja menamatkan pengajian sarjananya. Tanpa banyak kata, Meera terpaksa juga menerima.
Kiranya, sekarang dah setahun mereka berdua bertunang. Tapi itulah, dua-dua sibuk sampaikan tak ada masa nak bincang untuk hal mereka. Raykal dengan Meera selalulah juga berjumpa tetapi selalunya makan tengah hari saja. Kalau nak keluar berdua, menonton wayang macam pasangan yang lain itu, memang tak adalah. Sebab sibuk sangat dengan kerja. Kerja, kerja, kerja.
Tapi, sudah sebulan Raykal dengan Meera tidak berjumpa. Meera tahu Raykal sibuk dan Meera juga sibuk. Maka tak adalah Meera nak bising macam sesetengah perempuan di luar sana yang marah kalau tunang tidak langsung bertanya khabar. Meera lebih suka hubungan mereka biasa sahaja ketika bertunang, tidak mahu berlebih-lebih. Itu prinsip Meera dan Raykal pula setuju. Sekarang, patutnya mereka berdua sudah kena fikirkan hal mereka dengan serius. Sampai bila nak ikat hubungan mereka dengan pertunangan saja. Nanti, ada juga masalah yang lain pula datang. iPhone Meera berbunyi. Lantas dicapai dan dibuka.
Okey, kita lunch dekat Old Town White Coffee ya? Sorry, lambat balas. Busy J
Meera senyum, balas juga Raykal. Ingatkan tak ingat dah tunangnya. Meera ralit pula melayan whatsapp dengan Raykal sampaikan tidak sedar kawannya sudah masuk ke dalam bilik pejabatnya itu. Umairah senyum, memandang Meera. Tengah asyik bercinta katakan. “Meera.”
Meera memandang Umairah yang sudah pun duduk di kerusi depannya itu. Tersengih Meera memandang Umairah. Mesti Umairah nampak yang Meera sedang senyum saja sepanjang berbalas-balas whatsapp dengan Raykal. “Tunang kau tak busy pula hari ni?” Tanya Umairah
Busy lah, mana boleh tak busy.”
“Dah tu, mahu pula berbalas-balas mesej?” Umairah sengih, sengaja nak kenakan Meera. Mana tidaknya, dulu Meera selalu bising pada dia yang Raykal ni jenis susah nak balas mesej.
“Eh, aku tunang dia. Mestilah dia kena layankan juga aku whatsapp dia.”
“Apa-apa aje lah Meera. Bos dah sampai tu, dia kata lagi setengah jam mesyuarat bermula. Sebab tu aku datang sini, nak bagitahu kau. Tapi orang tu tengah asyik bercinta katakan. Langsung tak perasan kawannya yang dah ketuk pintu berkali-kali tadi.”
Meera ketawa kecil. Ada-ada saja si Umairah ini. “Eleh, orang tu lebih kurang juga. Dah ada suami,  mesti asyik balas mesej juga. Tak payah nak kata aku, kau pun sama makcik.”
Umairah dan Meera ketawa. Umairah lah satu-satunya sahabat baik nya sejak dia melangkahkan kaki ke pejabat ini dulu.dengan staf lain pun Meera rapat, tetapi dengan Umairah sajalah yang boleh layan perangai gila-gila Meera tu. Mungkin sebab mereka berdua sebaya, jadi itu yang membuatkan mereka rapat tu.
“Dahlah jom, dekat nak mesyuarat dah ni.” Meera bangun, semua pelan lukisan yang dibawa tadi diambil dan menapak ke arah bilik mesyuarat bersama Umairah. Tiba sahaja ke bilik mesyuarat. Meera terus menyiapkan apa yang patut untuk mesyuarat selepas ini. Lima belas minit kemudian, bilik pejabat mula dipenuhi dengan beberapa staf dan juga Tuan Idris merangkap majikan di syarikat ini. Meera senyum kepada Tuan Idris yang sedang menghampirinya.
Kemudian, ada seorang lelaki yang agak maskulin masuk ke ruang mesyuarat itu. Lantas Tuan Idris memperkenalkan lelaki itu. “Okey semua, sebelum kita mulakan mesyuarat. Saya nak perkenalkan anak saudara saya juga merangkap ketua Interior Designer di syarikat ini, Amir Ilman.” Semua yang berada di situ bangun dan bersalam dengan Amir.
Amir Ilman? Meera pantas mengangkat mukanya dan memandang lelaki itu. Amir, lelaki yang pernah Meera dambakan sewaktu belajar di Universiti dahulu. Alangkah terkejutnya Meera, lelaki yang dipanggil Amir Ilman itu lelaki yang dia terlanggar ketika pagi tadi. Penampilan yang sangat berbeza berbanding di zaman Universiti dahulu.
“Encik Amir ini akan ambil alih syarikat ini nanti. Jadi Amir, Welcome to the A Inter.Co”
Meera masih lagi tergamam, dia mula tersedar apabila namanya dipanggil. “Oh ya, Amir. Kenalkan ini Meera Maisara pereka dalaman yang paling terbaik di syarikat ini. Meera, kenalkan Amir Ilman.” Amir senyum memandang Meera, Amir pun terkejut sebenarnya. Tidak sangka, gadis yang melanggar dia pagi tadi ialah Meera. Jadi betullah tekaan Amir pagi tadi apabila merasakan nama Meera sama.
“Amir Ilman.” Amir memperkenalkan dirinya.
“Meera Maisara.”
“Okey, mari mulakan mesyuarat. So, Meera awak boleh mulakan.” Ujar Tuan Idris dan terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebalahan dengan Amir.
Sepanjang mesyuarat itu berlangsung, Amir tidak langsung lepas pandang Meera yang sedang melakukan pembentangan di hadapan. Penampilan juga banyak dah berubah lepas 5 tahun. Penampiilan Meera lebih bergaya berbanding ketika di zaman belajar dulu dan nampak lebih manis dan cantik. Meera pula sepanjang pembentangan itu, dia berasa gugup. Dari ekor mata Meera, dia dapat rasakan yang Amir asyik memandangnya sahaja.
So, any suggestion?” Tanya Meera pada staf-staf yang lain. Meera memandang satu persatu staf yang berada di dalam bilik mesyuarat itu. apabila matanya memandang Amir. Meera terus melarikan pandangan matanya. Semua staf gelengkan kepala dan termasuk juga Tuan Idris dan Amir Ilman.
“Nampak gayanya idea awak ini semua bagus. Tapi nanti apa-apa awak berurusan dengan Amir ya Meera?” Meera tidak tahu mahu beriak bagaimana, akhirnya dia menganggukkan kepalanya sahaja. “Jadi, mesyuarat dah tamat. Saya keluar dulu.” Apabila Tuan Idris keluar sahaja dari bilik mesyuarat itu, semua staf yang lain turt mengemaskan barang dan beredar dari bilik mesyuarat itu. Meera pun turut mengemas barang-barangnya. Tetapi apabila kakinya melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu. namanya dipanggil oleh Amir. Nak tak nak, Meera terpaksa memberhentikan langkah dan memandang Amir.
Yes, kenapa? Encik Amir nak apa-apa?”
No need panggil saya Encik. Just Amir. So…dah lama tak dengar cerita tentang Meera. Where have you been before this?”
Meera senyum, matanya memandang Amir. Lelaki ini masih lagi kacak malah penampilannya menambahkan lagi kekacakkannya itu.
“Saya sentiasa ada di sini sahaja. Tidak ke mana-mana.”
But, kenapa dalam lima tahun ni senyap saja. Langsung tak contact each other.”
Aku tak contact sebab aku tak nak ganggu hubungan kau dengan Leen pulak nanti. Kutuk Meera dalam hati. Meera dah lima tahun menyepi tanpa berita itu atas sebab tidak mahu terhegeh pada yang tidak akan menjadi miliknya. Jadi lebih baik menyepi dan move on. Move on? Agak payah juga Meera nak move on, sebab terlampau sukakan sangat si Amir masa belajar dulu.
Sebab itu, lepas tamatnya pengajian sarjananya, Meera terima saja lamaran keluarga Raykal. Dan sekarang Meera dah ada Raykal, jadi tidak perlu fikirkan tentang Amir. Meera pandang balik wajah Amir itu sambil berkata sebelum berlalu keluar dari bilik mesyuarat itu.
“Saya tak contact awak sebab masa tu awak belajar di luar negara, jadi saya tahu awak mesti sibuk sepanjang berada di sana. Sama juga dengan saya, sibuk sambung belajar balik jadi mungkin itu yang jadi penghalang sebab kenapa saya dah lama tak contact awak. Emm…maafkan saya, saya ada urusan kerja di luar. Jadi saya keluar dulu.”
*****
Amir baru sahaja masuk ke dalam bilik pejabatnya yang baru. Memerhati suasana ruang biliknya itu yang sungguh kemas. Amir duduk di atas kerusi, memikirkan tentang Meera. Tidak sangka selepas lima tahun, Amir boleh bertemu balik dengan Meera. Satu pejabat rupanya, dah lama tidak tahu tentang khabar berita tentang Meera. Semasa zaman belajarnya dulu, boleh tahan juga rapatnya Meera dengan Amir. Tapi itulah, lepas sahaja Amir bagitahu yang dia akan bertunang dengan Leen, Meera terus senyap. Malah, masa hari Amir akan bertolak ke United Kingdom pun Meera tidak berjumpa dengannya buat kali terakhir. Amir tahu sebab apa Meera menyepikan diri.
Amir yang ketika itu, baru sahaja pulang dari berjumpa dengan Meera di Café Coffee itu. Melihat suasana rumah sewa bujangnya itu sepi, tiada rakan serumah lalu Amir terus memnbaringkan diri di atas sofa. Matanya dipejamkan. Terdengar bunyi bising di dapur, Amir malas nak ambil tahu. Adam, rakan serumah Amir menghampiri sofa yang Amir baring itu.
“Mir, aku ada buat breakfast ni. Makan jom?”
Mata Amir dibuka sekejap, kemudian ditutup lagi sekali. “Tak apalah Adam, aku dah makan tadi. Aku baru balik dari CafĂ© Coffee ni.” Adam ketika itu sedang menyeduk nasi goreng ke dalam pinggan. Adam seorang lelaki yang sememangnya pandai masak. Agaknya masa di rumah keluarga dulu Adam memang rajin tolong ibunya memasak gamkanya. Pinggan yang berisi nasi goreng itu dibawa ke sofa dan duduk di situ.
“Lah, ya ke? Aku ingatkan kau kemana lah tadi.”
“Tak adalah, aku tadi pergi jumpa Meera jap. Bagitahu dekat dia yang aku nak bertolak ke UK nanti.”
Adam diam sambil menikmati makannya.
“Amir, kau tak bagitahu dia pasal kau nak bertunang?”
“Aku bagitahu tadi. Asal?”
“Meera okey ke? Muka dia macam mana waktu kau bagitahu dia kau nak bertunang dengan Leen?”
“Apahal kau tanya pasal muka dia segala. Meera macam tu aje lah. Asal kau?”
“Ya lah, takkan kau tak tau Meera tu sukakan kat kau dulu. Kau tak tau ke yang Meera pernah bergaduh dengan Leen sebab berebutkan kau. Kasanova juga kau kan kat Universiti.”
Amir diam, matanya dibuka. Meera sukakan dia? Sungguh Amir tidak tahu langsung hal ini. Bila masa pula Meera bergaduh dengan Leen? Kalau betul bergaduh mesti akan sampai ke telinga dia juga. “Kau ni biar betul Adam.”
“Aku cakap betul lah ni. Sebab tu aku tanya kau Meera okey ke bila kau dah nak bertunang ni.”
Ingatan terus lesap apabila staf di syarikat bapa saudaranya itu mengetuk pintu biliknya. Amir terus membetulkan duduknya dan mengarahkan staf itu masuk. Staf itu masuk dan menguntum senyum pada Amir. Amir juga turut balas senyuman, apabila selesai beberapa hal dengan staf tadi. Staf itu meminta diri. Amir pula terus kembali dengan tugasan barunya di syarikat baru.
Meera sibuk dengan drawing yang perlu dia siapkan. Lepas makan tengah hari nanti, dia akan terus untuk bertemu dengan client. Banyak sangat kerja yang kena siapkan. Umairah yang sebentar tadi dari pantry terus datang ke bilik Meera. Terdengar pintu dikuak dari luar, Meera malas nak angkat kepala sebab dia tahu siapa yang masuk bilik dia tu.
“Yes, Puan Umairah. Ada apa yang boleh saya tolong?” Meera bertanya tetapi kepalanya masih lagi memandang kerjanya itu. Umairah mengekek ketawa sebab Meera belum pandang dia lagi sudah tahu yang Umairah yang masuk ke biliknya.
“Kau ni kan? Bela saka kea pa? Tak tengok aku lagi dah tahu aku yang masuk.”
“Siapa tak kenal Puan Umairah. Ada apa ni?”
“Nak bergosip boleh?”
Meera mengangkat mukanya memandang Umairah yang terangkat-angkat keningnya. Meera senyum sahaja memandang Umairah, perangai macam budak-budak walaupun sudah pun berkahwin. Matanya kembalik kepada kerjanya ini. “Kau tak ada kerja ke? Aku banyak kerja ni.”
“Ada, tapi aku nak gossip dulu dengan kau. Boleh tak?”
Emm, apa dia Puan Umairah ku sayang?”
“Kau kenal ke Encik Amir Ilman tadi tu?” Meera terus memandang wajah Umairah yang berada di depannya itu. “Kenapa tanya macam tu?”
“Sebab aku tengok dari tadi masa mesyuarat, dia asyik pandang kau aje. Kau pula terus gugup time pembentangan.”
Meera mengeluh, Umairah ni cepat sangat tangkap reaksi dia. Mestilah gugup, lelaki yang pernah dia suka itu berada satu pejabat dengannya. Mana tak gugup masa pembentangan itu, tambah lagi si Amir asyik memandang saja Meera dari tadi.
“Mengeluh tu kenapa?”
Emm…aku kenal Encik Amir tu. Kawan masa di Universiti dulu.”
“Kawan aje ke? Nampak macam lebih dari kawan aje.”
Meera jegilkan matanya pada Umairah. Marah sebab tanyakan soalan macam itu. “Iyalah kawan. Kenapa? Dah lima tahun aku tak contact dengan dia, sebab tu aku gugup. Faham?”
Umairah anggukkan kepalanya sahaja, matanya hanya memandang sahaja di Meera ni. Malas nak tanya soalan lagi nanti kena marah pula dengan Meera. Meera ni kalau masuk hal peribadi memang susah sikit nak bercerita. Kadang-kadang saja dia mahu bercerita.
“Kenapa pandang macam tu?”
“Aku rasa, kau ni suka kat Encik Amir tu tak?”
Meera terus diam seribu Bahasa dengan soalan Umairah.
*****
Tepat jam 12 tengah hari, Raykal sudah pun bergerak keluar dari syarikatnya dan menuju ke keretanya. Dah lama tidak berjumpa dengan tunang tersayang, si Meera. Walaupun mereka berdua bertunang atas pilihan keluarga, tetapi Raykal terima dengan hati terbuka dan berjanji akan cuba menyayangi Meera. Raykal akui yang dia terlampau sibuk sehingga mengabaikan halnya dengan Meera. Mujur Meera jenis memahami sibuknya itu. Raykal sudah pun memberhentikan keretanya di hadapan tempat kerja Meera. Samsung Galaxy S7 Edge dicapai dan terus sahaja menelefon Meera.
Meera yang sedang sibuk menghadap kerjanya itu tidak sedar jam sudah menginjak waktu makan tengah hari. Bunyi deringan iPhonenya itu dicapai dan menjawab panggilan yanpa melihat nama yang tertera.
“Hello?”
“Meera, saya dah ada kat bawah ni. Jom lunch?”
Meera terus melihat nama pemanggil dan melihat jam yang tertera di atas. Ya Allah, lama sangat buat kerja samapi tak sedar.
Err, awak tunggu kejap. Saya kemas barang jap.”
“Okey.”
Kelam kabut Meera mengemas mejanya. Tidaklah Meera sangka Raykal sampai sanggup menjemputnya dari tempat kerjanya. Beg tangan dicapai, tangan kiri memegang iPhone. Meera memulas tombol pintu dan melangkah keluar dari biliknya. Apabila kakinya sudah hampir melangkah ke arah pintu lif, Amir pula muncul dari sebalik pintu lif itu. Terus terpaku sebentar kaki Meera apabila terserempak dengan Amir di lif.
“Nak pergi lunch ke?” Amir bertanya dengan nada lembut. Meera pula hanya anggukkan kepalanya sahaja, tidak mahu layan sangat layanan Amir. Meera tahu dia tidak boleh menyimpan apa-apa perasaan pada Amir lagi kerana Amir sudah pun bahagia dengan kehidupannya dan juga Meera yang sudah ada kehidupan sendiri.
Emm, kita pergi sekali boleh? Dah lama sebenarnya tak sembang dengan kau Meera.”
Err, saya dah berjanji dengan kawan nak lunch bersama. Jadi maafkan saya.” Meera terus sahaja melangkah masuk ke dalam lif, tetapi sebelum pintu lif sempat tutup. Ada tangan yang menghalang, Meera diam, malas nak bertekak dengan Amir. Dalam sehari sahaja buat hidupnya tidak keruan. “Kenapa?” Tidak bernada sahaja Meera bertanyakan kepada Amir.
Amir diam, tangannya masih lagi menahan pintu lif itu. Amir tahu Meera nak mengelak darinya, mungkin kerana apa yang telah terjadi 5 tahun lepas. Lepas Amir memberitahu pada Meera yang Amir akan bertunang terus Meera menyepikan diri. Perlahan Amir menggelengkan kepalanya dan menarik tangannya dari menahan pintu lif itu.
*****
Raykal hanya dengar sahaja apa Meera cakapkan, malas nak membantah. Sesekali hanya anggukkan kepalanya sahaja memberi isyarat tentang semuanya Meera cakapkan. “Raykal! Cuba serius sikit.” Marah Meera sambil memandang mata Raykal. Langsung tidak bersuara.
“Serius lah ni.”
“Habis tu, senyap aje.”
“Ya, dengar lah ni. Mama pun dah bising dah sebab tak fikir tentang kita berdua. So, bila Meera dah cakap tentang hal ini. Nanti Raykal bawa  family Raykal datang ke rumah. Kita berbincang tau.”
Meera senyum, sangkanya Raykal tidak mengambil serius tentang hal mereka berdua. Meera sambung balik makan sambil matanya meliar pandang suasana Old Town itu. Tiba-tiba, matanya terpandang pada seraut wajah yang juga sedang memandangnya. Raykal yang sedang menikmati makanannya itu bersuara.
“Lagi dua minggu boleh?”
Meera yang ralit memandang di suatu sudut itu menarik perhatian Raykal. Raykal juga turut memandang ke arah yang Meera pandang itu, ternampak seorang lelaki yang sedang berbual dengan kawannya mungkin. “Siapa tu?” Raykal bertanya, curiga juga Raykal tiba-tiba sahaja Meera pandang lelaki itu macam nak telan sahaja pun ada. Meera yang tersedar itu, terus meminta maaf.
Ops, sorry. Tak ada apa, tak kenal pun orang tu. Mengelamun tadi. So awak cakap apa tadi?”
Raykal hanya gelengkan kepalanya, Meera ni selalu sahaja mengelamun. “Saya tanya ni, lagi dua minggu okey ke kalau saya datang bawa family kita berbincang?” Meera angguk dan senyum apabila mendengar pertanyaan Raykal. “Okey aje. Saya tak kisah, lagi cepat lagi bagus.” Raykal gelak. “Macam tak sabar aje nak kahwin ni.” Merah padam muka Meera apabila diusik begitu oleh Raykal.
Jeda. Raykal bersuara lagi. “Sebab…minggu depan seminggu saya ada kerja di luar. Jadi itu sebab saya nak berbincang lagi dua minggu.”
“Saya tahu awak sibuk. Saya tak kisah.”
I’m sorry.”
“Kenapa?” Meera angkat kepala memandang Raykal.
“Sebab hubungan kita ni tak macam pasangan lain. Saya ni yang terlampau sibuk dengan kerja sampaikan langsung tak bawa berbincang hal kita dua ni.”
Meera diam. Menghadam kata-kata Raykal sedalam-dalamnya. “Meera pun sibuk juga. Meera tak salahkan Raykal pun dalam hal kita ni, sebab Meera tahu Raykal sibuk pun untuk kesenangan kita berdua juga nanti. Kan?”
Raykal senyum, lega sebab Meera faham keadaan dia.
*****
Amir masih ralit membuat kerjanya walaupun sudah pagi buta. Kerjanya yang banyak dibawa ke rumah, banyak yang perlu disiapkan. Kertas bergulung-gulung di atas lantai, komputer riba yang masih dibuka, ditatap puas oleh Amir. Matanya langsung tak berkalih dari menghadap skrin komputer riba, beberapa pelan yang perlu disiapkan. Pintu bilik dikuak dari luar. Terjengul wajah Puan Maria melihat anaknya yang sibuk dengan kerja.
“Mir, tak tidur lagi?” Lembut pertanyaannya. Puan Maria melangkah ke katil dan duduk di birai katil menghadap anaknya.
Amir senyum, matanya masih lagi tidak lari dari skrin komputer itu. “Banyak kerja lah ibu. Ini pun banyak lagi tak siap.”
“Memang lah banyak kerja tapi janganlah langsung tak tidur. Ni dah pukul berapa dah ni.” Mata Puan Maria merenung ke arah jam di dinding yang menunjukkan jam pukul 3 pagi. Amir ni langsung tidak mahu berehat sekejap. Asyik sibuk dengan kerjanya sahaja. Tadi pun Puan Maria hendak ke dapur tetapi apabila perasan bilik anaknya yang masih lagi terang, itu yang djenguk sekejap ke bilik anaknya itu.
Mata Amir masih lagi ralit memandang kerjanya. Puan Maria hanya geleng kepala melihat anaknya itu. Langsung tidak dengar kata, malas nak panjangkan cerita. Puan Maria terus melangkah keluar dari bilik anaknya itu. Amir menutup mulut apabila menguap. Mengantuk sangat tu, sampaikan tak henti-henti menguap. Amir saja nak merehatkan mindanya, software AutoCad ditutup sekejap. Merenung suasana bilik, gelap sahaja hanya cahaya dari komputer ribanya sahaja kelihatan.
Mata Amir tiba-tiba menangkap sebingkai gambar Amir dengan Leen ketika waktu pertunangan mereka dahulu. Siapa sangka, Amir dan Leen yang dari awal lagi bertunang akhirnya tidak bersatu. Amir teringat kata-kata Leen yang pernah katakan pada Amir ketika Amir baru balik untuk cuti semester dahulu 3 tahun yang lepas.
Leen hanya menunduk dari tadi. Tidak mahu bertembung mata dengan Amir. Terasa bersalah sangat pada Amir kerana melukakan perasaan Amir ketika itu.
“Leen nak cakap apa? Dah lima minit menunggu Leen untuk bercakap ni. Cakap aje lah apa yang Leen nak cakap.” Lembut sekali Amir bertanya, dengan pandangan yang lembut diberikan untuk Leen.
“Leen, err…Leen nak minta maaf.”
“Minta maaf? Untuk apa?”
Leen menggenggam erat tangannya itu memberi kekuatan  kepada diri sendiri untuk berterus terang dengan Amir. “Sebab Leen…Leen nak putuskan pertunangan kita berdua ni.”
Amir terus memandang Leen tidak berkelip. “Kenapa Leen minta putus tunang ni? Leen jangan main-main.” Nada serius Amir mula kedengaran. Amir meraup mukanya, bagai tidak percaya Leen tiba-tiba sahaja minta untuk putus.
Leen beranikan diri untuk memandang Amir. “Please Amir, Leen nak putus.”
“Tapi, atas sebab apa? Tiba-tiba aje ni.”
“Leen, Leen dah ada orang lain.”
Amir tidak dapat menerima kenyataan Leen, perasaan marah mula membuak dalam diri. “Leen, Leen tahu kan Amir memang sayangkan Leen. Tolong jangan buat macam ni, Amir tak nampak atas sebab apa kita dua kena putus. Apa yang Leen nak, Amir cuba dapatkan untuk Leen. Tapi kenapa Leen boleh kata Leen dah ada orang lain? Habis tu selama ini, perhatian Amir pada Leen tak cukup lah sampai Leen boleh ada orang lain?”
“Leen minta maaf, sebab lelaki itu satu tempat kerja dengan Leen. Jadi, kita orang berdua selalu berjumpa, lagipun Leen dah taka da perasaan sayang pada Amir lagi.”
Amir meraup rambutnya. Selekeh jadinya, kusut fikirannya dengan permintaan Leen. “Ke sebab Amir ni masih belajar lagi, di luar negara lagi tu. So, susah nak berjumpa, susah nak contact semua sampaikan Leen boleh cari pengganti. Macam tu? Amir belajar tinggi-tinggi ni pun sebab nak usahakan diri untuk dapatkan  kehidupan yang lebih baik lagi untuk kita berdua nanti. Tapi apa yang Leen dah buat ni? Leen tahu tak? Amir betul-betul kecewa dengan Leen. Dulu, Leen juga yang beria-ia nak bertunang dengan Amir. Amir ikutkan juga permintaan Leen walaupun ibu dengan ayah Amir tak berapa setuju. Sekarang, Leen nak minta putus?”
“Leen sedar Leen salah. Dulu terlampau ikutkan perasaan sangat sebab paksa Amir supaya bertunang dengan Leen. Tapi sekarang Leen dah tak ada perasaan sayang mahupun cinta pada Amir. Leen minta maaf, nanti Leen akan bincang dengan ibu dan ayah Amir.”
Leen terus meninggalkan Amir yang tengah kesedihan itu keseorangan. Amir diam sahaja memandang Leen berlalu pergi tanpa menoleh padanya.
*****
Meera melangkah ke bilik pejabatnya dengan tangannya kanannya membawa bungkusan plastik. Meera tidak sempat untuk bersarapan di rumah, jadi Meera hanya membeli sarapan untuknya dan makan di pejabat. Kalau tidak fikirkan Meera kena berurusan di luar hari ni, mungkin Meera akan bersarapan di rumah. Meera meletakkan barangnya di atas meja, dan terus melangkah keluar dari bilik untuk melangkah ke pantri. Malas mahu makan di dalam biliknya, nanti berbau satu bilik.
Meera melangkah ke pantri, tetapi apabila terdengar bunyi bising di dalam pantri. Meera melangkah dengan perlahan, hatinya risau. Setahunya hanya Meera seorang yang sampai awal ke pejabat hari ni. Gagahkan juga perasaan di dalam hati Meera, melangkah dengan perlahan. Meera terlihat susuk tubuh lelaki yang sedang membancuh air di pantri itu. Meera hanya berdiam diri di pintu, sehingga susuk tubuh itu pusing memandang meera.
“Ya Allah Meera, buat terkejut aje.”
Diam, Meera hairan awal pula Amir datang ke pejabat hari ni. Meera terus masuk ke dalam pantri, sudu dan garfu diambil dan duduk di meja. Amir yang masih lagi berdiri hanya berdiam diri melihat gelagat Meera. Tidak lama kemudian, Amir terus melabuhkan punggung di hadapan Meera. Meera yang masih lagi tengah fokuskan kepada makanannya tidak memandang Amir. Jeda.
Err…Meera?” Meera memandang Amir, tiga saat selepas itu Meera kembali dengan makanannya.
Err..sorry kalau menyibuk. Lelaki yang aku nampak masa minggu lepas tu, siapa?”
Terhenti suapan nasi ke dalam mulut Meera. Sudu dan garfu diletakkan dan memandang wajah Amir. “Kawan.” Sepatah sahaja jawapan Meera.
“Oh, okey. Emm, kenapa aku tengok kau sekarang dah lain? Macam mengelak dari aku aje.”
Meera mengeluh, memang Meera sengaja mahu mengelak diri dari Amir. Kerana bagi Meera tidak ada apa-apa yang boleh membuatkan Meera dan Amir rapat. Lagipun Amir mesti sudah berkahwin dengan Leen. Jadi memang patut pun Meera untuk menjauhkan diri dari Amir. “Okey, saya selama ini bukannya mengelak pun dengan awak, Encik Amir.”
See, sekarang berbahasa awak-saya. Sebelum ni bukan elok aje beraku-kau. Nampak sangatlah kau elak dari aku.”
Fine, no more saya-awak.” Meera bingkas bangun. Polisterin dan plastik dibuangkan ke dalam tong sampah. Sudu dan garfu dibasuh, Meera mahu terus keluar dari pantri, malas nak menghadap muka Amir lama-lama.
“Meera, please…bagitahu pada aku, apa yang aku pernah buat sampaikan kau mengelak dari aku.”
“Taka da apalah Mir. A…ku…Aku keluar dulu.”
Meera terus melangkah keluar dari pantri, dan menuju ke biliknya. Menghempaskan punggung di atas kerusi dan menyandarkan badannya. Amir Ilman, lelaki yang pernah buat Meera jatuh hati ketika dulu, lelaki yang hulurkan persahabatan dengannya, lelaki yang sentiasa melayan karenah Meera ketika dulu. Tetapi, apabila Amir membuat keputusan untuk bertunang dengan Leen menyebabkan Meera sedar siapa dirinya.
Dan sebab itu juga Meera cuba untuk mengelak dari Amir sejak 5 tahun yang lalu. Dan, ada sebab lain juga yang buat Meera betul-betul mahu jauhkan diri dari Amir. Sebab yang paling kukuh, apabila Leen sendiri bertemu dengan Meera dan meminta Meera suapaya jauhkan dari Amir. Sehingga sekarang, Meera memegang kata-kata leen.
“Aku dengan Amir nak bertunang tak lama lagi. Dan aku harap kau jauhkan diri dengan Amir. Kalau boleh, tak perlu nak berhubung dengan dia lagi.”
Itu sebab yang Amir tidak tahu sebab apa Meera menjauhkan diri dari Amir. Sebab Leen.
Ya.
*****
Kalau ikutkan memang Meera ingin tarik diri sahaja dari berjumpa dengan client. Tapi apabila majikannya sendiri, Tuan Idris mengarah Meera, Meera terpaksa ikutkan jua. Kalau ikutkan, sememangnya Meera tahu kena berjumpa dengan client hari ini. Tapi apabila tugasannya itu bukannya bersama dengan Umairah, tetapi dengan Amir membuatkan Meera rasa tidak bersemangat.
Di dalam kereta itu hanya senyap sahaja antara mereka berdua. Meera hanya membelek iPhone nya untuk melihat kerja-kerjanya. Amir yang memandu juga senyap sahaja, sesekali Amir ada juga mengerling ke arah Meera, tetapi Meera langsung tak mengangkat kepalanya dari membelek iPhone nya itu. Amir mahu memulakan perbualan dengan Meera, tapi dia takut Meera tidak selesa pula. Iyalah, Meera dah lain sangat selepas lima tahun.
“Meera, sekali-sekala kau datanglah melawat keluarga aku. Dulu kan, err..kau selalu datang jenguk keluarga aku.”
Meera berhentikan aktiviti dia itu. Diam, sambil cuba menghadam kata-kata Amir. “Apa dia? Kau cakap apa?”
Err..aku cakap sekali-sekala kau datanglah melawat keluarga aku. Dah lama kau tak jenguk keluarga aku, macam dulu.”
Macam dulu. Ya, dulu Meera boleh katakana memang selalu juga datang ke rumah keluarga Amir. Iyalah, dah berkawan rapat dengan Amir, jadi rumah keluarga Amir itu juga sudah menjadi rumah Meera juga. Tapi, itu dulu. Sejak Amir bertunang, Meera langsung tidak menjejaki kaki ke rumah keluarga Puan Maria.
Emm. Nanti kalau aku tak busy, aku melawat lah keluarga kau.”
Diam. Suasana kembali sunyi, dan kereta yang Amir pandu itu pun sudah pun sampai ke destinasi yang Meera dan Amir tuju itu. tanpa berlengah Meera dan Amir terus melangkah keluar dari perut kereta. Amir terus menyapa client nya itu yang baru sahaja melambaikan tangan ke arah mereka. Amir dan Meera pun menghampiri client itu.
Agak lama juga perbincangan dengan client itu. macam-macam dekorasi yang client itu mintak untuk mereka uruskan café baru itu. Meera sudah menjauh dari Amir. Amir pula sibuk dengan client itu, Meera hanya berjalan-jalan sekitar café itu dan memerhati setiap binaan cafe itu.Agak unik sebenarnya cara binaan untuk café itu, lebih kepada tema hipster kali ini. Iyalah, zaman dah moden. Itu yang orang muda sekarang terikut-ikut dengan trend terkini. Meera mengambil beberapa gambar di setiap sudut.
Tanpa Meera tersedar, dia terlanggar dengan seseorang yang membelakanginya ketika Meera mengambil gambar. Meera terus berpusing dan meminta maaf. “Maafkan saya, saya tidak sengaja terlanggar awak.”
No, it’s okay. Eh, Meera.”
Meera memandang Raykal yang tersenyum. Meera hairan, bukan ke sepatutnya Raykal ada kerja di luar selama seminggu. “Buat apa dekat sini? Bukan kerja dekat luar ke?”
Raykal senyum, mesti Meera akan rasa yang Raykal berbohong dengannya. Iyalah, kata seminggu ada kerja di luar. Ini apa, tiba-tiba muncul kat cafe ini pula. Dari wajah Meera sudah tahu yang Meera mesti terkejut ya amat.
“Kerja lah.”
Meera diam, masih lagi terkejut sebenarnya.
Actually, yang Raykal sibuk selama ini sebab nak siapkan cafe ini. Cafe ini milik kawan Raykal. Dia yang minta Raykal tolong untuk bangunkan cafe dia ini.”
“Habis tu, kata seminggu ada kerja dekat luar tu apa?”
Meera ni masih lagi bertanya. Mungkin rasa tidak percaya mungkin. “Inilah. Memang selama ni sibuk nak siapkan cafĂ© ini. Dan minggu ini lagilah sibuk, kalau ikutkan kawan Raykal suruh Raykal uruskan dekorasi dalaman ni semua, tapi Raykal tolak sebab kerja yang lain pun banyak lagi. So, Raykal bagi number syarikat Meera kerja. Kiranya, Raykal yang suruh kawan minta khidmat Meera. Iyalah, Meera kan pereka dalaman yang terbaik dalam syarikat Meera. Kan?” Raykal hanya senyum sahaja memandang Meera.
Dan Meera akhirnya senyum.
Amir yang baru sahaja selesai berbincang dengan Danial, client nya itu mula mencari kelibat Meera. Iyalah, dah lama juga Meera hilang entah kemana. Apabila kaki hendak melangkah, Meera dan seorang lelaki berjalan menghampiri Amir dan juga Danial.
Erk. Lelaki itu, yang Amir nampak masa Meera makan tengah hari bersamanya dulu.
Raykal memanggil Danial yang sibuk memandang skrin telefon bimbitnya. Ketika itu, Amir sememangnya berdiri d sebelah Danial. “Dani. Aku kenalkan pada kau, Meera. Tunang aku.” Danial hanya bertepuk tangan dan menepuk bahu Raykal mengucapkan tahniah. Amir hanya diam sahaja, sungguh Amir terkejut sebenarnya. ‘Kawan’ yang dikatakan oleh Meera itu sebenarnya ‘tunang’ Meera selama ini. Amir hanya memandang sahaja pada Meera seolah-olah minta penjelasan. Meera yang perasan dirinya dipandang Amir hanya diam. Meera rasa bersalah tidak memberitahu perkara yang sebenar pada Amir merangkap ‘kawan baiknya’ dulu.
Err…Raykal. Kenalkan ini..Errr..Amir kawan sekerja dan juga kawan baik masa Universiti dulu.”
Huluran tangan Raykal dihulurkan menanda ingin bersalam dengan Amir. Amir menyambut huluran itu, tetapi mulutnya masih diam. Terkejut mungkin.
“So, kawan baik Meera?”
“Ha’ah. Dulu masa belajar. So, kau orang dah bertunang berapa lama?” Mata Amir menjeling Meera seketika.
“Setahun dah. In Sha Allah, tidak lama lagi majlis kita orang.”
Amir ketika itu hanya senyum tawar sahaja mendengar jawapan Raykal. Entah kenapa, saat ini Amir merasakan dirinya tewas, kecewa, sedih dan semuanya. Meera sudah pun berpunya.
*****
Amir merenung siling biliknya itu. Matanya masih lagi tidak boleh hendak dipejamkan matanya. Mindanya ligat berfikir siang tadi. ‘Berita’ yang betul-betul mengejutkan dirinya. Amir kecewa sebenarnya, sebab Meera sudah pun berpunya dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Jujurnya, Amir sudah mula jatuh hati dengan Meera sewaktu Meera terlanggar dirinya ketika dulu.
Ketika itu, Amir memang tidak tahu yang Meera melangarnya. Apabila dirinya tahu Meera yang melanggarnya, makin bertambah perasaan cinta kepada Meera. Dulu, selepas Amir putus tunang dengan Leen. Hatinya tertutup rapat untuk mana-mana gadis. Tetapi, kini hatinya terbuka apabila bertemu kembali dengan Meera. Lima tahun tidak berjumpa dengan Meera, akhirnya berjumpa kembali di bawah satu bumbung di tempat kerja yang sama.
Meera yang sekarang dah lain. Banyak berubah dari dulu, sebab itu pertama kali melihat Meera di bahu jalan tempoh hari Amir sudah pun terpaut. Tetapi, apabila dirinya tahu Meera sudah pun bertunang, sedikit sebanyak perasaan untuk memiliki Meera terkubur.
*****
Meera hanya duduk di kerusi yang terletak di laman rumahnya. Ingatannya kembali kepada pertemuan keluarga Raykal di rumahnya siang tadi. Akhirnya, tarikh untuk melangsungkan majlis perkahwinan Meera dan juga Raykal telah pun ditetapkan. Hujung tahun ditetapkan untuk majlis perkahwinan mereka berdua. Meera mengeluh. Entah kenapa, hatinya tidak ceria.
Puan Aimi yang dari dalam hanya melihat anak daranya di sebalik langsir. Akhirnya, Puan Aimi melangkah keluar mendekati anak daranya itu. Bahu Meera diusap perlaha, Meera tidak pula terperanjat sebab Meera tahu mesti mamanya yang keluar.
“Anak mama ni, dari tadi diam aje. Kenapa?”
Puan Aimi sudah pun duduk di hadapan Meera. Tangan Meera digenggam dan diusap.
“Tak ada apa mama.”
“Mama perasan dari air muka Meera ni macam tak happy aje. Selalunya, bila dekat nak kahwin ini, mesti ceria semacam aje. Tapi mama tengok Meera tak happy. Kenapa Meera?”
Meera memandang Puan Aimi. Meera menghela nafas sebelum bicara.
“Kalau Meera cakap Meera rasa tak happy. Mama marah ke?”
“Tak happy dengan apa? Tak happy nak kahwin dengan Raykal? Macam tu?”
“Entahlah, Meera rasa tiba-tiba tak yakin nak teruskan perkahwinan kita orang.”
Puan Aimi diam. Rupanya itu yang dibimbangkan oleh anaknya itu.
“Tapi mama tengok, Meera dengan Raykal tak ada masalah apa-apa pun kan?”
Meera diam.
“Kalau..rasa hati ini tidak yakin. Mintalah petunjuk dari Allah. Serahkan seluruh hati kita kepada Allah. In Sha Allah, nanti Meera akan dapat jawapan.”
Tangan Meera diusap dengan lembut. Puan Aimi begitu sayangkan anaknya yang seorang ini. Meera diam lagi, hanya genggaman tangannya itu yang berbalas.
“Meera, mama tanya sikit boleh?”
Meera mengangguk.
“Meera…masih cintakan Amir ke?”
Meera terkejut. Memandang Puan Aimi dengan reaksi yang betul-betul terkejut.
“Kenapa mama cakap macam tu?”
Puan Aimi diam.
“Sebab lima tahun yang lalu, kelakuan Meera macam inilah bila dapat tahu Amir hendak bertunang. Meera hanya diam termenung aje, macam tak ceria aje. Jadi, mama tanya ni. Meera masih lagi cintakan Amir ke?”
*****
Meera tidak tahu mahu beriak macam mana apabila terdapat bungkusan hadiah dan juga sejambak bunga ros di atas meja ketika ini. Bungkusan sederhana besar, siap reben sekali. Sejambak bunga ros itu dicapai dan membelek. Terdapat satu kad, Meera membukanya.
“Happy Birthday Meera. Terima kasih untuk hubungan pertunangan kita ini. J
Meera senyum, ingat juga Raykal dengan hari lahirnya walaupun Raykal sekarang sibuk berurusan di luar negara selama dua minggu. Bunga itu diletak kembali di atas meja. Bungkusan kotak itu dipegang dan dibelek setiap inci kotak itu. Kotak dibuka, terdapat cup cakes sebanyak tiga di dalam kotak itu. Di dalam kotak itu juga terdapat satu kad yang terletak elok di atas cup cakes itu .
“Selamat Hari Lahir Meera a.k.a sahabat aku.”
Meera senyum, Amir macam tahu-tahu sahaja yang sekarang Meera betul-betul teringin nak makan cup cakes. iPhone Meera berbunyi menandakan Whatsapp masuk. Meera buka mesej Whatsapp itu yang dihantar dari Amir.
“Dah rasa dah cup cakes tu? By the way Meera, selamat hari lahir. Dah lima tahun kita berdua lost-contact, sekarang kita berdua bertemu lagi. Walaupun dah lama, tapi aku tetap ingat birthday kau dan hadiah apa yang kau nak setiap kali birthday kau. So, ini aku bagi hadiah cup cakes untuk. Kau kan suka cup cakes. For your information, cup cakes ini aku buat khas untuk kau tau. Jenuh aku belajar buat dari ibu aku. Harap kau suka. Dan lagi, tahniah tak lama lagi kau akan berkahwin.”
Dan entah kenapa, Meera rasa mahu menangis dengan hadiah pemberian dari Amir ini walaupun hanya cup cakes semata-mata. Mungkin sebab atas effort Amir untuk buat cup cakes itu khas untuk Meera, buatkan Meera rasa terharu. Kedua, mungkin sebab Amir masih lagi ingat tarikh hari lahirnya walaupun dah lima tahun. Ketiga, bila Amir ucapkan tahniah untuk perkahwinan Meera.
Semenjak Amir dikejutkan dengan berita ‘pertunangan’ Meera yang lalu. Amir banyak berdiam diri dan menjauhkan dri sebenarnya, tetapi lama-kelamaan hubungan dia orang semakin baik. Baik atas dasar sahabat sebenarnya. Sebab kata Amir, dia rindu dengan Meera yang dulu. Jadi, Meera pun hulurkan kembali persahabatan antara mereka berdua. Sebab Meera rasa  dia orang berdua dah lama bersahabat, jadi tidak perlulah nak menjauhkan diri antara satu sama lain. Lama-kelamaan, ‘pesanan’ Leen pada Meera dulu, Meera tidak ambil peduli. Bukan apa, Meera dengan Amir berkawan sahaja bukan lebih dari itu.
Tetapi, sejak huluran persahabatan Meera dan Amir kembali balik, ada perasaan halus yang datang bertandang dalam hati Meera. Sebenarnya, perasaan itu sudah lama hadir sejak Amir munculkan diri dalam hidupnya balik. Tapi, Meera menafikan sebab kononnya bila dia sudah pun bertunang dengan Raykal, perasaan suka pada Amir sudah lama dibuang dalam hidupnya, tetapi tidak. Kadang-kadang Meera rasa bersalah kepada Raykal, kerana hatinya tidak tetap dan yakin untuk menerima lelaki itu sejak munculnya kembali Amir. Pertunangan mereka dulu pun atas dasar keluarga sahaja.
Meera teringat pertemuan Meera dengan keluarga Amir. Meera akhirnya datang melawat keluarga Amir sehari sebelum keluarga Raykal datang untuk berbincang urusan mereka berdua. Alangkah terkejutnya Meera apabila Puan Maria beritahu perkara yang sebenar pada Meera.
“Dah lama Meera tak datang sini. Hari ni baru Meera datang.”
Meera senyum sambil menyusun cawan diletakkan di atas dulang untuk dihidangkan di ruang tamu.
“Maafkan Meera makcik, sebab Meera selama ni sibuk.”
“Tak apalah, asalkan sekarang Meera datang melawat kami semua.”
Err, mana yang lain?” Meera mencari juga kalau-kalau ada kelibat Leen di dalam rumah itu. Iyalah, mesti Amir dan Leen dah lama berkahwin.
“Yang lain?” Lama juga Puan Maria cuba untuk mentafsir pertanyaan Meera itu sebenarnya. “Err, maksud Meera, Leen ke?” Meera menggangguk.
Puan Maria senyum. “Sebenarnya, Leen dengan Amir dah lama putus tunang. Leen yang minta putus.”
Meera terkejut, jadi selama ini. Selama lima tahun Meera menyepi diri. Amir dengan Leen putus.
“Meera?” Ingatan Meera terus lesap, kini hanya Umairah yang sedang berdiri di pintu untuk masuk ke dalam bilik pejabat Meera. “Kenapa?”
“Kau ni mengelamun aje sekarang. Tahulah, tak lama lagi dah nak kahwin dengan kekasih hati.” Umairah kalau berdua dengan Meera, ada sahaja perkara yang dia nak usik di Meera. Meera pun kadang-kadang dah masak sangat dengan perangai si Umairah. “Kau nak apa sebenarnya ni?”
“Hai, marah ke?”
“Taakkkkk.”
“Ni, Encik Amir bagi surat cinta untuk kau.”
Surat cinta? Gulp.
*****
Meera geram sangat dengan Umairah yang sedang mentertawakan dirinya. “Kau ni kan. Tak habis lagi ke ketawakan aku?”
“Aduh, Meera. Aku baru cakap macam tu aje kau dah terkejut sangat. Nampak sangat kau dengan Encik Amir ni ada apa-apa tak?”
“Mana ada.” Meera berdalih.
“Eleh, ya lah tu.” Umairah terus meletakkan surat di atas meja Meera. “Surat ni untuk kau. Yang penting bukan Encik Amir yang bagi. Jangan riasu.”
Meera mendengus, geram dengan tingkah Umairah yang selalu sangat main-mainkannya. Surat itu diambil dan diletak di dalam laci. Nati-nanti baru Meera akan membaca, buat masa ini nak siapkan kerja dia dulu. Sebelum matanya fokuskan balik kepada kerjanya sempat juga Meera menjeling Umairah yang masih lagi melekat di dalam bilik dia ini. “Kau tak nak keluar ke?”
“Halau aku nampak?”
“Memang halau pun.”
Umairah mencebik, faham sangat kalau Meera macam itu maknanya kerja terlampau banyak sampaikan tiada mood nak melayan orang lain. Perlahan Umairah bangun dan berjalan ke arah pintu. Meera perasan riak wajah kawannya itu. Mimik muka pura-pura sahaja, kenal sangat perangai si Umairah itu. Meera rasa mahu meminta pendapat Umairah pulaa dalam hal dia kali ini. Kadang-kadang Umairah ini selalu juga bagi nasihat yang bernas untuk dia.
“Umairah.”
Umairah terus pusing memandang Meera. “Kenapa?”
Err…aku rasa aku nak putus tunang dengan Raykal lah.”
“Kau, what??”
*****
“Aku rasa Meera sukakan kau.”
“Erk, aku kawan aje dengan dia.”
“Aku tak pernah tengok Meera macam ni. Dulu masa awal pertunangan aku dengan dia, dia selalu juga cerita pasal kau sebenarnya. Mostly, Meera cerita sebab dia tak nak ada apa-apa rahsia antara dia dengan aku. Well, kita orang kenal pun sebab family kita orang rapat. Bertunang pun pada awalnya mana ada dasar cinta antara kita orang berdua. Kita orang bukan macam pasangan lain. Meera lebih suka biasa aje, dia tak suka tunjuk sangat yang dia tu dah bertunang. Aku ikutkan aje, sebab aku pun masih awal lagi nak kenal dengan dia. Tapi, jujur sepanjang Meera bertunang dengan aku, dia ceritakan semua dengan siapa dia pernah suka, siapa kawan-kawan dia. Aku ikutkan aje, sebab aku tahu Meera buat semua tu sebab dia nak belajar kenal diri masing-masing. Sampaikan, aku pun terikut dengan cara Meera. Tapi, sepanjang kita orang bertunang, aku terlampau sibuk dengan kerja sampaikan Meera terabai. Sampaikan urusan untuk kita orang berkahwin pun tertangguh. Meera memang pernah kata dia tak kisah, tapi dia kan perempuan. Mesti nak ada rasa tunang yang selalu ambil berat pasal diri dia. Lama-lama aku sedar, berapa lama kita orang nak bertunang aje. Sampaikan Meera yang sendiri bagitahu aku bila aku nak berbincang urusan kita orang berdua. Masa itu, aku sedar yang sudah masa kita orang kena berkahwin.”
“Tapi, bila aku jumpa kau dekat cafĂ© kawan aku hari tu. Aku perasan riak wajah Meera lain bila dia kenalkan kau pada aku. Jujur, aku pun terkejut bila kau muncul depan dia sebagai rakan sekerja. Sungguh, aku memang terkejut. Bila aku bawa family aku berbincang dengan keluarga Meera. Aku perasan Meera macam tak happy. Mungkin sebab, Meera masih lagi sayangkan kau.”
Amir masih lagi diam, menghadam setiap kata-kata Raykal. Amir rasa bersalah pula kalau disebabkan dia juga, Meera dengan Raykal jadi macam ini. “Aku minta maaf, sebab aku. Kau dengan Meera jadi macam ni.”
Raykal senyum, tidak pula marah dengan Amir sebenarnya. Lebih baik berbincang cara elok-elok. “Bukan salah sesiapa dalam hal ni. Hati dan perasan kita susah nak duga.”
Amir menggangguk. “Tapi, aku perasan kau pun sukakan Meera kan?” Duga Raykal.
Eh?
*****
Meera diam. Terkejut sebenarnya apabila keluarga Raykal datang memberitahu untuk memutuskan pertunangan Raykal dengan Meera. Memang Meera ada bercadang putuskan pertunangannya dengan Raykal bila dia sudah tahu jawapan untuk dia selama ini. Tapi, hasrat Meera belum cakap apa-apa lagi pada Raykal. Tetapi bila Raykal yang sendiri membawa keluarganya datang sekaligus memeranjatkan keluarga Meera.
Raykal hanya menanti bicara dari Meera. Meera pula hanya diam membisu.
Err, kenapa tiba-tiba putus?”
Raykal senyum.
“Sebab awak.”
Err…”
“Tak ada guna kalau saya bertunang dengan awak tapi awak sukakan orang lain.”
Meera diam, tidak tahu nak bereaksi macam mana lagi bila Raykal berkata begitu. Jangan kata….
“Saya tahu awak masih sayangkan Amir. Dulu pun masa awak jujur dengan saya, dengan siapa awak pernah jatuh suka, saya tengok awak sedih sangat bila awak bagitahu yang Amir dah bertunang dengan pilihan hati dia.”
“Meera…”
“Bila Amir muncul balik dalam hidup awak, saya perasan awak dah lain. Mungkin perasaan sayang awak pada Amir itu masih lagi kuat. Saya boleh nampak cara awak pandang Amir masa awak kenalkan Amir pada saya. Bohonglah kalau saya kata tak cemburu, sejujurnya saya cemburu sebab saya dah mula sukakan awak Meera walaupun kita bertunang atas pilihan keluarga. Saya perasan masa dulu saya datang dengan keluarga nak berbincang tentang hal kahwin kita wajah awak muram aje. Macam tak happy.”
“Maafkan Meera. Sebenarnya Meera….”
“Sebenarnya Meera masih sayangkan Amir kan? Emm. Setiap malam saya buat solat istikharah berdoa agar tunjukkan pada saya siapa jodoh saya. Kalau betul awak jodoh saya, permudahkanlah segala urusan kita berdua. Tapi, apa yang saya nampak. Awak bukan jodoh saya, Meera. Sebab itu saya minta putuskan pertunangan ini. Keluarga saya memang kecewa dengan jawapan saya, tapi saya dah terangkan pada mereka yang awak bukan jodoh saya. Awak jodoh dengan orang lain.”
Meera diam lagi. Tapi air mata mula jatuh ke pipi Meera.
“Saya ada tanya mama awak pasal awak, Meera. Mama awak kata yang awak tak happy. Jadi, lebih baik saya undurkan diri.”
“Raykal, saya minta maaf. Sebab saya, awak putuskan pertunangan ni. Saya betul-betul bersalah dengan awak dan keluarga awak.” Air mata Meera sudah membasahi pipinya. Langsung tidak diseka.
“Awak boleh tebus kesalahan awak tu.”
“Macam mana?”
Raykal senyum.
*****
“Awak boleh tebus kesalahan awak tu.”
“Macam mana?”

Disebabkan Meera mahu tebuskan kesalahannya pada Raykal sebab memutuskan pertunangan itu, maka Meera terpaksa berada di sini. Meera sedang mengacau nasi goreng yang berada di dalam kuali itu. Air nescafe dibancuh dan diletakkan di atas meja. Selain daripada nasi goreng, ada juga roti, jem, telur separuh masak untuk juadah sarapan pagi itu. Setelah nasi goreng dimasukkan ke dalam mangkuk bersaiz besar, Meera terus meletakkan di atas meja.
Setelah semua sarapan sudah siap dihidangkan, Meera terus mengemas apa yang patut di dapur. Setelah selesai, Meera naik ke bilik untuk mandi. Tugas sebagai isteri untuk menyediakan makan minum suami pada pagi ini selesai. Sekarang masa untuk mandi sementara menunggu suaminya bangun. Meera melangkah masuk ke dalam bilik dan melihat di atas katilnya itu kosong. Mungkin suaminya berada di dalam bilik air, tanpa membuang masa Meera terus melangkah ke bilik sebelah untuk mandi.
Setelah selesai Meera selesai mandi dan bersiap mengemas dirinya, Meera terus melangkah untuk turun ke bawah. Belum sempat, Meera memijak tangga itu, ada tangan yang menarik Meera ke belakang.
“Kenapa tak kejut?”
“Tadi tengok letih sangat. Tu yang tak kejut tu. Jom sarapan?” Ajak Meera sambil memandang suaminya itu. Suaminya menggangguk dan beriringan menuruni tangga bersama Meera. Setibanya di meja makan, Meera terus menikmati sarapan bersama suami.
“Nak pergi awal ke hari ni?”
“Ha’ah, dah janji dengan mama nak pergi awal.”
“Okey, emm…tak sangka Raykal dah nak kahwin.”
Emm.” Meera tidak pula menyahut, kerana tengah fokuskan kepada makanannya sahaja. Meera kalau makan jangan dikacau.
Well, kalau bukan kerana Raykal juga. Kita berdua tak kahwin kan sayang?” Amir menyoal Meera yang sedang makan itu. Tercuit hati melihat Meera yang menikmati sarapan pagi itu tanpa menoleh kiri dan kanan. Itu yang buat Amir jatuh cinta dengan Meera lepas lima tahun, sikap Meera yang tidak hipokrit di depan matanya sejak zaman belajar lagi. Amir bersyukur kerana dikurniakan isteri sebaik Meera, walaupun dulu dia hanya anggap Meera sebagai sahabat sahaja.
“Makanlah cepat. Lepas ni nanti nak pergi rumah mama.” Meera dah marah dengan Amir yang masih lagi ralit memandangnya makan.
“Okey sayang.” Amir senyum dan terus menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
Ya, akhirnya Raykal bertemu juga dengan jodohnya sendiri. Semasa Raykal yang memutuskan pertunangannya dengan Meera dulu, Meera bersalah sangat-sangat sebab perasaannya pada Amir tidak pernah hilang menyebabkan pertunangan Meera dengan Raykal putus. Raykal tidak marah, malah mengundur diri untuk kebahagiaan Meera sendiri. Perkahwinan antara Meera dan Amir juga atas permintaan Raykal tujuan untuk Meera menebus kembali kesalahannya. Sejujurnya, Meera bahagia dengan apa yang dia ada sekarang ini.
Mempunyai seorang suami yang penyayang, baik hati dan semuanya. Meera juga tidak sangka sebenarnya yang Amir jatuh hati padanya setelah lima tahun terpisah. Mempunyai keluarga yang sentiasa ada dibelakangnya. Mempunyai sahabat seperti Umairah dan juga Raykal. Meera bersyukur sangat atas semua nikmat yang Allah berikan padanya sekarang ini.
“Tapi kan, kalau tak disebabkan ibu juga, kita tak akan kahwin.”
Amir senyum, memahami apa yang Meera katakan. “Ini semua Allah yang berikan untuk kita.” Meera mengangguk bersetuju dengan kata-kata Amir itu. Iya, ini semua Allah yang tentukan untuk setiap hamba-Nya. Mungkin bahagia, kesenangan, kekayaan dan yang lain bukan jadi rezeki kita buat masa sekarang, tetapi In Sha Allah, suatu hari nanti kita akan kecapi semua itu.
Tamat.

Comments

Popular posts from this blog

Hai

Cerpen: Jangan Menangis Lagi, Sayang.

Cerpen: Izinkan Aku