Cerpen: Jangan Menangis Lagi, Sayang.


Prolog
Semua mata memandang Ira. Ira senyap seribu bahasa. "Kenapa Ira? Senyap je saya tengok?"
Genggaman Ira makin kuat, Ira memerlukan kekuatan untuk berbicara tentang hal ini. Dirinya takut akan penerimaan semua. "Ira?"

Ira memandang. "Ira nak cakap pasal Nisa boleh?"

Semua diam, Puan Atirah, Puan Maria merangkap cikgu mereka sewaktu sekolah, Imran dan juga Darwish.

"Kenapa dengan dia?" Suara Puan Atirah sudah mula berubah nada.

"Ira...Ira nak minta maaf."                                    
                                                               
Puan Atirah mengerut dahi. "Kenapa ni Ira?"

"Selama ni bukan salah Nisa, semua salah Ira."
*
Nisa memejamkan matanya, sesekali dia memerlukan rehat yang secukupnya. Sudah hampir seminggu dia tidak tidur dengan secukupnya demi menyiapkan kerja yang banyak. Sudah 10 tahun dia menetap di London, cari rezeki di kota London, bermakna dah 10 tahun Nisa menyambut ketibaan Ramadan dan Syawal seorang diri di London.

Bunyi ketukan di pintu membuatkan mata Nisa terbuka. "Come in?"

"Sorry for disturb you Nisa. But aku nak tanya ni, kau dah makan belum?"

Nisa senyum dan angguk menandakan dia sudah makan. "Why?"

"Aku risau lah, ish dia ni. Kau tu nanti tak makan tiba-tiba kau pengsan kan susah. By the way, minggu depan dah masuk 1 Ramadan. Aku akan balik ke Malaysia untuk sambut Ramadan dengan family aku. Kau tak nak ikut?" Linda bertanyakan pada Nisa.

Nisa diam. Dah 10 tahun dia tidak pernah jejakkan kaki ke Malaysia. "Tak apalah Lin, macam biasa. Aku berpuasa di sini aje."

Linda diam, dalam hatinya berharap sangat Nisa dapat pulang ke Malaysia dan berpuasa bersamanya di Malaysia. Bukan apa, Linda sangat risaukan keadaan Nisa. Sejak peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup Nisa. Nisa seolah-olah menjarakkan hubungan dari semua orang, lebih banyak bersendirian.

"Jomlah Nisa. Umi dengan Abah aku nak sangat jumpa kau."

"Aku..." Belum sempat Nisa berkata Linda mencelah.

"Kau takut nanti terjumpa dengan family kau ke? Sampai bila Nisa? Takkan kau langsung taknak balik jumpa semua?"

Nisa diam. Linda membalas lagi.

"Kau tak sayang mereka ke Nisa?" Linda sangat takut nak bercakap soal peribadi Nisa di hadapan Nisa. Dia takut Nisa akan sedih.

"Diorang pun dah buang aku Lin. Buat apa aku nak balik sana lagi."

Linda pula diam. Ya, dia sendiri tahu keluarga Nisa yang putuskan hubungannya dengan Nisa sehinggakan sanggup buang Nisa. Linda beralah, malas nak memujuk Nisa untuk pulang ke Malaysia.

"Tak apalah Nisa. Aku minta maaf tanya pasal hal ni. Aku tahu kau tak bersedia lagi. Aku cuma nak cakap pasal tu je. Aku balik dulu tau."

Nisa mengangguk dan memandang kelibat Linda yang meninggalkan pejabat. Nisa mengeluh, tangannya menarik laci dan mengeluarkan sesuatu. Gambar dirinya ketika 10 tahun yang lalu. Gambarnya bersama dengan Ira, Aina dan Imran. Dibeleknya lagi gambar dirinya bersama keluarga ketika Syawal 10 tahun yang lalu. Ketika Nisa berumur 22 tahun. Sekarang sudah 10 tahun Nisa tidak berjumpa dengan keluarganya. Apatah lagi, kini dia sudah pun menetap di London hampir 9 tahun.

"Nisa janji, Nisa takkan jumpa dan ganggu semua."

Gambar yang dipegangnya itu diletakkan kembali di dalam laci. Nisa mengeluarkan satu sampul berisi surat. Surat itu dibuka dan dibacanya lagi sekali. 'Ya, Nisa akan pergi jauh lepas ni.'

*

"Apa maksud Ira ni? Kami tak faham."

"Ira bersalah. Sebab Ira, Nisa kena buang kolej di sinj. Ira buat kenyataan palsu ketika Ira dipanggil sebagai saksi. Bukan Nisa yang penyebab Ira jatuh ketika dulu, malah Nisa pernah cuba untuk selamatkan Ira dari jatuh. Ira...Ira minta maaf. Ira takde keberanian nak beritahu perkara yang sebenar."

Puan Atirah bungkam sehinggakan terduduk mendengar pengakuan Ira, Puan Maria terkejut.

"Tapi kenapa Ira buat macam ni? Kenapa Ira tipu kami? Kenapa Ira? Bukan ke Ira dulu berkawan rapat dengan Nisa?"

Ira menangis, tidak mampu menjawab pertanyaan Puan Atirah. Dirinya rasa berdosa kerana perbuatannya membuatkan Nisa 'kehilangan' keluarganya.

"Ira cemburu dengan Nisa. Sebab Ira rasa Nisa terlampau sempurna ketika dulu sedangkan Ira takde apa-apa yang nak dibanggakan. Nisa ada segalanya, keluarga, kecantikan, kekayaan. Ira...Ira takde sesiapa."

"Astagh-Firullah-Al Azim, bawak mengucap Ira. Kami dah anggap Ira macam keluarga kami sendiri. Nisa tak pernah sekalipun layan Ira dengan buruk. Kenapa macam ni Ira? Dah 10 tahun Ira. 10 tahun. Kami sampai tergamak buang Nisa dalam hidup kami .Ya Allah." Menangis Puan Atirah apabila mendengar penjelasan dari Ira. Apa yang difikirkan dalam fikirannya sekarang ialah tentang Nisa. Sudah 10 tahun tak berjumpa dengan Nisa.

'Nisa ada kat mana sekarang?'

*

Matanya dibuka perlahan-lahan. Melihat sekeliling suasana biliknya.

'Alhamdulillah aku masih lagi bernafas untuk hari ni' Bisik Nisa dalam hati. Saban hari, hari demi hari. Itulah perkara yang sering membuatkan Nisa takut. Takut sekiranya nyawanya dijemput ketika dalam tidur. Nisa tahu penyakit yang dialaminya ini makin parah, sudahpun sampai ke peringkat akhir. Apa yang Nisa harapkan dia dapat berjumpa dengan keluarganya buat kali terakhir.  Tapi peristiwa yang telah terjadi telah menyebabkan dirinya takut untuk pulang ke Malaysia.

Tiada siapa pun tahu yang Nisa berada di London. Linda ialah kawan sekuliah ketika Nisa di Unversiti. Linda pun tidak tahu menahu tentang siapa keluarga Nisa. Siapa adik beradik Nisa. Sebab Nisa jarang untuk bercerita tentang keluarganya.

Nisa mengapai gapai telefon bimbit yang diletakkan di bawah bantal. Telefon dicapai.

'Assalamualaikum Nisa. Selamat pagi, hari ni kau sahur apa? Lagi 4 hari aku balik London. Aku tahu kau rindukan aku kan?'

Nisa senyum, Linda tak pernah lupa untuk hantar pesanan ringkas setiap hari untuk bertanyakan khabar. Kalaulah Linda tahu mengenai kesihatan Nisa, mesti Linda orang yang paling risau. Kesihatan Nisa tidak diketahui oleh sesiapa pun. Sejak peristiwa dulu, Nisa sudah banyak berubah. Nisa lebih suka menyendiri.

"Ibu, lagi 4 hari Lin kena balik London balik. Nanti Lin akan balik seminggu awal untuk raya."

"Tiket dah beli?"

"Dah Ibu.. Ibu jangan risau."

"Ibu nak tanya ni, kawan kamu Nisa? Dia taknak balik sini beraya di rumah kita ke?" Puan Alia bertanyakan perihal Nisa. Sudah lama tak dengar khabar berita tentang Nisa.

"Dah pujuk dia, dia taknak Ibu. Lin taknak paksa dia." Kedengaran telefon berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Linda terus mencapai telefon bimbitnya nak menjawab panggilan itu. Puan Alia hanya memerhati sahaja.

Lima minit kemudian, panggilan diputus. Puan Alia masih memandang Linda. Linda menoleh memandang ibunya.

"Nisa call, dia kata Lin tak perlu balik London. Urusan kerja semua dah selesai." Puan Alia senyum bermakna Linda akan berada di sisinya sehingga raya.

"Habis tiket semua dah beli kan?"

"Boleh letgo sekiranya ada yang nak beli. Nisa kirim salam pada Ibu."

"Waalaikumusalam. Eh kejap Linda. Kalau kamu dah cuti sekarang ni, jadi nanti Nisa seorang diri lah kat sana?" Puan Alia sesekali risau juga dengan Nisa dan anak daranya seorang itu yang bekerja di London. Dunia orang, tempat orang tak sama macam Malaysia.

Linda diam dan angguk. 

"Ibu kesian dengan dia. Dah lama dia tak beraya di Malaysia. Family dia langsung tak nak jumpa dia ke Lin?"

Linda masih lagi diam. Tidak tahu untuk beri respon yang macam mana. Linda risau juga dengan keadaan Nisa. Makin lama makin banyak berdiam diri.

"Nanti Lin cuba pujuk dia, lagi sekali. Lin tahu dia Nisa mesti akan dengar kata Lin kali ni."

*
Beg luggage ditarik. Selama 12 jam penerbangan dari London ke KLIA, cukup membuatkan Nisa jetlag. Nisa memandang sekeliling, suasana di KLIA. Dalam hatinya berkata 'welcome back Nisa'. Nisa melihat ramai yang menunggu ketibaan-ketibaan para penumpang yang baru sahaja mendarat di KLIA.

'Kan best kalau ada yang jemput aku.'

Nisa terus menarik beg luggage dan keluar di lapangan terbang itu. Entah kenapa tiba-tiba Nisa terasa ada orang yang menarik dirinya untuk menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya Nisa apabila memandang wajah itu. Puan Maria. Ya, Puan Maria. Kawan baik ibunya sendiri.

"Nisa ke ni? Ya Allah Nisa." lengan Nisa digenggam. Puan Maria dapat rasakan Nisa dah banyak berubah.

Nisa masih lagi terkejut. Wajah yang pertama dia lihat hari ini sejak pulang ke Malaysia ialah Puan Maria. "Err, ya saya Nisa."

"Ya Allah Nisa. Lama dah saya cari awak Nisa? Mana Nisa pergi?" Puan Maria terus memeluk Nisa. Sungguh, dia rindukan Nisa. Apatah lagi ibunya, mesti amat merindukannya.

Nisa diam. Tidak tahu hendak bereaksi macam mana lagi. Dirinya sangat sangat terkejut dengan pertemuan yang tidak diduga ini.

"Nisa, Nisa dah lain sekarang." Puan Maria terlampau seronok, sedih dan teruja dapat berjumpa dengan Nisa setelah 10 tahun.

"Nisa, temankan saya di sini boleh?" Puan Maria cuba untuk mengajak Nisa berbual dengannya. Dia dapat rasakan Nisa cuba mengelak. Nisa diam lagi, dirinya tiada pilihan lain selain mengikut pelawaan Puan Maria.

"Nisa!!"

Ada satu jeritan yang membuatkan Nisa terpandang ke arah belakang. Lega rasanya apabila memandang Linda menghampiri dirinya. Puan Maria hanya melihat.

"Nisa! Balik juga kau ke sini. Akhirnya, termakbul juga doa aku supaya kau balik sini." Linda terus memeluk Nisa. Erat.

Puan Maria masih lagi diam dan memerhati, sangkaanya ini mungkin kawan Nisa. Linda melepaskan pelukan dan memandang muka Nisa.

"Tahun ni, raya dengan aku ya? Hei, tak sabarnya!" Saat itu baru Linda terpandang Puan Maria yang hanya diam berdiri di sebelah Nisa.

"Er, yang ni siapa?" Linda pula menyoal Puan Maria.

Nisa diam, walaupun mereka berdua dah berkawan lama, tetapi Nisa tidak pernah menunjukkan gambar keluarganya pada Linda.

"Saya Puan Maria. Kawan kepada Ibu Nisa." Puan Maria memperkenalkan diri.

"Saya Linda, kawan Nisa. Oh, Puan ni kiranya memang kenal lah family dengan Nisa ni?" Linda menyoal lagi.

"Ya, saya memang kenal. Kenapa?"

"Saya teringin nak jumpa family Nisa. Dia tak pernah tunjuk gambar family dia pada saya pun." Linda berkata.

Belum apa-apa Nisa memotong percakapan Linda. "Err, saya minta maaf Puan. Kawan saya ni suka cakap merepek. Saya pergi dulu, assalamualaikum." Tangan Linda ditarik Nisa laju meninggalkan Puan Maria.

Puan Maria hanya memandang sepi melihat Nisa berlalu pergi. 'Nisa dah balik, Ya Allah terima kasih telah makbulkan doa kami. Ya Allah'

*
"Kau balik sini sebab nak jumpa family kau kan Nisa? Ya Allah akhirnya Allah makbulkan juga doa aku supaya kau balik raya tahun ni." Linda berkata sambil tolong kemaskan baju-baju Nisa. Nisa menetap sekejap di rumah kedua Linda, setelah Linda memaksa Nisa untuk tinggal di situ buat sementara waktu.

Nisa diam. Dia teringat pertemuan dengan Puan Maria di KLIA semalam. Nisa masih tidak bersedia untuk berjumpa dengan Puan Maria dan juga keluarganya sendiri. Apa yang pernah berlaku terhadap dirinya sudah memberikan luka yang cukup dalam.

Linda tiba-tiba berhenti bercakap apabila Nisa diam tidak bereaksi. Bahu Nisa disentuh lembut. "Nisa, kau okay ke ni? Kenapa diam aje ni?"

Nisa bagaikan tersedar sesuatu. "Aku okay Lin."

"Kenapa bibir kau pucat Nisa? Kau betul okay ke ni?" makin bertambah risau lagi Linda. Nisa anggukkan kepala, perlahan-lahan Nisa bangun untuk ke bilik air. Baru satu dua langkah, Nisa merasakan kepalanya berat. Belum sempat apa-apa, Nisa terus jatuh pengsan.

"Nisa, Ya Allah Nisa bangun Nisa!"

Nisa dapat rasakan kedengaran suara Linda menjerit tetapi dirinya tidak berdaya.

*

Linda diam hanya memandang Nisa yang masih belum lagi sedar. Tangan Nisa digosok-gosok supaya Nisa dapat rasakan kehangatan tangan Linda. Linda terus teringat kembali kata-kata yang pernah Nisa cakap sewaktu di London.

"Kau tak sayang mereka ke Nisa?"

"Diorang pun dah buang aku Lin. Buat apa aku nak balik sana lagi."

"Keputusan dari ujian darah, MRI dan juga CT Scan kami dah dapat. Cik Nisa mengalami kanser hati. Kami juga dapat tahu dia merupakan pesakit di The Royal Hospital di London. Kami juga sudah menghubungi di pihak sana. Cik Nisa menerima rawatan di sana. Cumanya, saya dapati tiga bulan yang terakhir Cik Nisa tidak menerima satu rawatan kemoterapi. Ini yang menyebabkan kesihatannya makin parah."

'Kenapa kau tanggung seorang diri Nisa? Aku kan ada.  Allah, aku susah nak percaya Nisa'

Tangan Nisa sudah mula bergerak-gerak. Mata Linda laju menatap wajah Nisa. Perlahan-lahan Nisa membuka kelopak matanya. Terasa cahaya silau tajam ke menusuk ke dalam matanya.

"Aku kat mana ni?" Nisa memandang kiri dan kanan untuk mengamati tempat yang asing buat dirinya.

"Linda?"

Tangan Nisa digenggam erat oleh Linda. Linda memejamkan matanya sebelum bersuara.

"Sampai hati kau Nisa, kenapa kau tak pernah beritahu pada aku yang kau sakit selama ni?? Kenapa Nisa? Aku ingat kita ni kawan baik, susah senang bersama-sama. Sampai hati kau buat aku macam ni." Linda terus menangis teresak-esak.

Nisa terkaku. Perlahan-lahan Nisa gagahkan diri untuk bangun dan lantas memeluk Linda yang teresak-esak menangis. Belakang Linda diusap perlahan bagi meredakan tangisan Linda.

"Maafkan aku Linda."

Tangisan Linda sudahpun reda. "Aku bawa kau jumpa keluarga kau ya, kita bincang sama-sama hal ni Nisa."

Nisa diam. "Boleh kan Nisa? Biar aku yang beritahu pada mereka sendiri hal ni."

"Jangan Lin. Aku tak nak dia orang tahu hal ni. Aku taknak."

"Tapi Nisa, Mereka tu ahli keluarga kau sendiri. Baik buruk kau, mereka patut terima. Sakit sihat kau, mereka patut tahu."

Nisa genggam erat tangan Linda sambil gelengkan kepalanya. Air mata Nisa jatuh. "Aku tak kuat Lin. Aku tak kuat nak berdepan dengan mereka."

"Tapi Nisa..."

"Apa yang pernah berlaku sebelum ni buat aku sedar siapa diri aku pada mereka. Aku selalu sangat menyusahkan mereka dulu. Biarlah kali ni, sakit aku aku yang tanggung. Lagipun, aku hanyalah anak angkat saja Lin. Apa yang dah jadi sebelum ni telah banyak melukakan hati mereka."

Linda terkejut. Selama ini, dirinya tidak pernah tahu pun bahawa Nisa hanyalah anak angkat.

"Sakit aku ni Lin memang susah nak jumpa penderma yang sesuai untuk aku. Darah yang jenis macam aku susah nak dijumpai. Sebab aku hanyalah anak angkat sahaja dan asal usul aku pun aku tiada sesiapa Lin. Aku balik sini sebab aku nak merasa Hari Raya sebelum aku pergi. Masa aku tak lama mana pun Lin."

Linda diam. Memikirkan nasib yang dihadapi oleh Nisa selama ini. Sungguh Linda tidak pernah tahu pun selama ini Nisa hanyalah anak angkat.

"Kau Raya dengan aku tahun ni ya Nisa. Aku sayang kau." Lantas Linda memeluk Nisa erat bagaikan tidak mahu lepas langsung.

*

Puan Atirah baru pulang dari membeli barang dapur di Pasaraya AEON. Hari ini sudah masuk 20 Ramadhan. Nazim memasuki kawasan dapur dengan plastik yang penuh.

"Ibu nak masak apa untuk berbuka hari ni?" Soal Darwish.

"Lauk kegemaran Awish ayam masak merah, kangkung belacan dan gulai lemak jantung pisang."
Darwish senyum. Ibunya Puan Atirah mesti akan masuk lauk kegermarannya itu.

"Ibu jemput Aunty Maria sekali untuk berbuka dengan kita hari ni. Aunty Maria kamu tu kan baru balik dari USA semalam."

Darwish mengangguk, faham sangat. Puan Atirah selalu sangat jemput kawan baik ibunya.

"Abah mana ibu? Awish tak nampak abah."

"Abah ada meeting kat Universiti tu, sikit lagi balik lah tu. Awish tolong ibu potong sayur tu."

"Okay ibu."

*

Puan Maria dan Puan Atirah berjalan perlahan-lahan meninggalkan perkarangan Masjid Ubudiah. Selesai sahaja berbuka puasa tadi, mereka terus menyiapkan diri untuk solat Tarawih secara berjemaah.

"Sebelum aku bertolak ke USA dua minggu lepas. Aku terserempak dengan Nisa."

Terus terhenti langkah Puan Atirah, memandang wajah rakannya itu. Tidak lama selepas itu, Puan Atirah melangkah pergi.

"Kalau Nisa rasa diri dia tak bersalah, kenapa sampai sekarang dia tak pernah datang tunjukkan muka?" Soal Puan Atirah membelakangkan Puan Maria.

Puan Maria diam. Dirinya faham, kalau betul Nisa rasa tidak bersalah, kenapa selama 10 tahun Nisa tak pernah munculkan diri.

"Mana tahu nanti Nisa akan datang munculkan diri dia?"

*

Puan Maria leka membelek satu persatu jubah raya di butik busana StarVillion. Tiba-tiba telinganya kedengaran suara budak yang sedang menangis. Matanya memandang ke arah luar kedai itu, melihat seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 4 tahun.

Nisa yang kebetulan sedang membeli barang-barang untuk memasak juadah berbuka di pasaraya itu juga turut dengar budak lelaki itu menangis. Nisa mencari dan menghampiri budak lelaki itu. 

"Adik siapa nama? Mana ibu ayah adik?"

Budak itu yang sedang menangis teresak-esak mula beransur tangisannya.

"Mama dengan papa hilang." Jawab budak itu.

Nisa senyum, kesian Nisa tengok budak itu menangis-menangis dia tengah-tengah pusat membeli-belah. "Mari, kakak tolong cari mama dengan papa adik ya?" Nisa dah menghulurkan tangan untuk menggapai tangan budak itu. "Mama kata jangan cakap dengan orang yang tak kenal."

Nisa senyum dan diam. Matanya memandang sekeliling, sekiranya ada pasangan suami isteri yang sedang berlari-lari mencari anaknya.

"Kakak bukan orang jahat, siapa nama adik? Kakak betul nak tolong adik ni"

"Danish."

"Mari Danish, kakak tolong carikan ya?"

Tangan Danish digenggam untuk membawa Danish mencari mama dan papanya. Baru beberapa langkah meninggalkan di tengah Shopping Complex. Ada suara yang memanggil nama Danish.
"Danish!"

Nisa mula memperlahankan langkah kakinya. Lantas memalingkan wajahnya untuk melihat gerangan yang memanggil nama Danish itu. Barangkali, itu mungkin ibu dan ayah Danish. Nisa lega, jika betul itulah yang disangkanya.

Satu saat. Dua saat. Tiga saat.

Nisa mendongak untuk memandang wajah ibu dan ayah Danish itu. Nisa terdiam, Nisa tidak menyangka 'mama dan papa' yang Danish maksudkan itu ialah Ira dan juga Imran.

Ira. Ya, Nur Syahira

Dan, Imran. Imran Aiman

"Mari sini sayang, nasib baik mama dan papa dah jumpa Danish." Ira mendepakan tangannya untuk menyambut Danish. Danish lantas melepaskan tangan dari genggaman Nisa dan terus mendapatkan Ira.

Imran diam, lama sangat dia tidak berjumpa dengan Nisa. Lama, sejak peristiwa yang lalu membuatkan hubungan mereka bertiga musnah. Ira pula yang sedang memeluk Danish terus bangun.

"Terima kasih Nisa, sebab jumpa Danish."

Senyap. Nisa masih lagi terkejut sebab boleh berjumpa dengan mereka di sini.

"Nisa?"

Ada suara yang memanggil. Nisa memandang ke kiri, manakala Ira dan Imran menoleh ke kanan ke arah yang Nisa pandang.

Puan Maria tidak menyangka dapat berjumpa dengan mereka. Anak-anak ini yang telah menjadi sebagai anaknya sendiri. "Dah dua kali Aunty jumpa Nisa sejak Nisa balik Malaysia. Nisa sihat? Dah lama tak bercakap dengan Nisa." Ira dan Imran diam dan lebih kepada terkejut sebenarnya. Jadi, selama ini Nisa menghilangkan diri dari mereka semua di Luar Negara.

Puan Maria memandang Ira dan Imran dan silih berganti ke arah Nisa.

"Dah lama, cikgu tak nampak kamu bertiga bersama-sama. Bila cikgu nampak kamu bertiga di sini. Cikgu terus datang dekat dengan kamu semua. Nisa? Kenapa bawa diri sampai jauh dan lama sangat?"

Ira dan Imran diam. Nisa pula hanya diam tidak berkutik.

Puan Maria menghampiri Nisa dan memeluk Nisa. Tangan kanannya mengusap belakang Nisa.
"Syukur sangat, Allah dah makbulkan doa aunty, doa semua orang supaya Nisa pulang. Nisa, kita pulang ya?"

Nisa cuba sebaik mungkin menahan sebak. Dirinya belum cukup bersedia nak berjumpa dengan semua. Dengan perlahan-lahan Nisa meloloskan diri dari pelukan Puan Maria. Nisa melangkah ke belakang, Nisa perasan orang ramai mula memandang ke arah mereka. Nisa memandang Puan Maria, Ira, Imran dan Danish.

"Err..saya minta maaf Puan. Saya gerak dulu. Assalamualaikum."

*

Linda menyiapkan beberapa lagi baki biskut raya untuk dibakar. Sikit lagi dah masuk pukul 10 pagi. Lepas sahaja sahur dan subuh, Linda terus menolong ibunya di dapur untuk menyiapkan biskut raya. Berbaki lagi seminggu, persiapan raya sudah pun bermula. Baju tempahan untuk raya sudah pun siap, langsir sudah pun tukar. Biskut-biskut raya, balang-balang biskut raya pun semua dah tersedia. Walaupun lagi seminggu, yang penting persiapan itu biarlah cepat.

Linda tersenyum, lagi sekali dapat beraya bersama keluarganya di sisi, dan yang membuat Linda bahagia. Nisa juga turut beraya bersama mereka di sini. Jam di dinding dikerling seketika. Sudahpun pukul 10 30 pagi, selalunya waktu begini, Nisa sudah bangun.

Sejak Nisa pengsan di rumah kedua milik keluarga Linda. Linda tidak benarkan Nisa tinggal di sana seorang diri, dia risaukan kesihatan dan keadaan Nisa. Itu pun, sudah puas memujuk dan lebih tepat memaksa Nisa untuk tinggal bersama mereka. Kalau tidak, Linda sudah bagi amaran untuk memberitahu pada yang lain berkenaan kesihatan Nisa.

"Kau kalau tak nak aku bagitahu keluarga angkat kau pasal penyakit kau ni. Baik kau duduk dengan aku."

"Lin..sampai hati kau."

"Aku buat semua ni sebab sayangkan kau Nisa, duduk dengan aku ya?"

Dan disebabkan itu, sudahpun dua minggu Nisa duduk dan tinggal bersama dengan Linda sekeluarga. "Ibu, Lin nak naik atas kejap. Kejutkan Nisa ya?"

"Lin, sini kejap. Ibu nak cakap sesuatu." Belum sempat Linda berlalu pergi, Puan Alia menarik lembut tangan Linda. "Ibu tengok, Nisa tu setiap hari muka dia pucat. Nisa tu okey ke Lin? Ibu risau tengok Nisa."

Linda diam. Puan Alia belum tahu lagi mengenai sakit Nisa. Itu pun, Nisa tidak bagi Linda memberitahu ibunya.

"Nisa okey je Ibu. Ibu jangan risau ya?" Linda mengusap lembut tangan Puan Alia.

Puan Alia diam membiarkan Linda berlalu pergi.

*

Nisa memandang tangannya yang sedang berdarah. Dek kerana pagi ni, dadanya terasa sakit. Nisa pantas mencari ubatnya tetapi tangannya belum sempat apa-apa sudah menepis gelas kaca itu sehingga jatuh. Bunyinya agak kuat, tetapi mungkin biliknya agak jauh menyebabkan tiada sesiapa kedengaran bunyi gelas itu pecah.

Nisa mencapai satu persatu serpihan kaca itu untuk mengutip. Tidak pasal, tapak tangannya terkena serpihan kaca itu. Dengan dadanya yang sajit, melihatkan lagi dengan keadaan tangannya yang berdarah. Pada bila-bila masa sahaja Nisa akan pitam.

"Nisa...kau dah bangun ke? Ya Allah Nisa! Kenapa ni?"

Linda masuk dan matanya melirik ke arah Nisa. Lantas menghampiri Nisa dan memegang lengan Nisa. "Ya Allah Nisa. Kenapa sampai macam ni? Aku tak dengar pun bunyi kau jatuh."

Mata Nisa makin kuyu, darah yang mengalir keluar membuatkan Nisa lemah. Kepala Nisa terus melurut jatuh ke bahu Linda. "Lin...kenapa aku..aku rasa macam masa aku dah sampai." Linda menggelengkan kepalanya. Menafikan ayat penyata yang keluar dari mulut Nisa.

"Tak, takde. InShaAllah kau tak apa-apa Nisa. Kejap, aku panggil Ibu aku."

Nisa dengar suara Linda yang menjerit memanggil Puan Alia. Seminit selepas itu, Nisa tidak sedar apa yang jadi.

*

"Kenapa baru nak bagitahu sekarang? Kenapa Lin?"

Diam. Linda hanya diam. Dirinya tahu Puan Alia mesti memarahi dirinya kerana merahsiakan hal ini. Puan Atirah menunduk, walaupun Nisa itu hanyalah anak angkat sahaja. Tetapi percayalah, kasih dan sayang untuk Nisa tidak pernah padam.

Entah kenapa, di saat Linda menelefon dirinya memberitahu keadaan Nisa. Hidupnya tidak tenang, memang betul Nisa hanyalah anak angkat yang dibela dari kecil. Tetapi, bila dapat tahu akan Nisa sebenarnya sakit. Dirinya seolah-olah merasakan ini ialah balasan buat mereka atas perbuatan mereka yang tidak pernah ambil tahu tentang Nisa.

Linda memandang Ira yang berada di dalan pelukan Imran. Ira rasa bersalah, baginya ini semua atas sebab perbuatan dia.

"Nisa tak izinkan saya bagitahu pada yang lain." Linda menunduk. Sedih dengan keadaan Nisa sekarang.

"Linda....." Panjang meleret panggilan Puan Alia. "Maaf Ibu, sebab rahsiakan hal ni dari Ibu."

Puan Maria yang sedang duduk menanti keputusan doktor itu hanya termenung jauh. Sungguh banyak dugaan yang dihadapi oleh Nisa.

Doktor yang baru melangkah keluar dari memeriksa Nisa. Linda pantas hampiri Doktor.

"Dr. Macam mana dengan keadaan kawan saya?".

"Dia dah stabil sekarang, luka di tapak tangannya kami dah balut. Kami terpaksa menahan dia buat sementara waktu. Dia harus menjalani rawatan kemoterapi. Kesihatannya makin parah. Buat masa sekarang, hanya satu sahaja cara dengan kemoterapi, sementara menunggu penderma yang sesuai buat hatinya.

Suasana di ruangan menunggu itu semuanya senyap. Linda diam. Sedih dengan keadaan Nisa.

"Sekarang kami boleh melawat Nisa?"

"Yeah, sure. Kalau dia dah sedar, panggil kami."

*

Puan Maria memandang sahabat baiknya itu Puan Atirah. Puan Atirah yang tidak berenggang dari katil Nisa. Sudah 8 jam Nisa masih belum membukakan matanya.

"Tirah, dah nak masuk waktu berbuka ni. Mari kita berbuka."

"Kau pergi dulu, aku berbuka air je nanti."

Linda masuk ke dalam wad Nisa, tangannya membawa tiga bungkus nasi untuk dijamah ketika berbuka.

"Saya ada bawak nasi ni, kita berbuka sama-sama dekat sini."

Linda menguntum senyum.


Selesai sahaja berbuka tadi, mereka terus menunaikan solat Maghrib bersama-sama di dalam wad Nisa. Nisa masih lagi belum sedarkan diri. Linda hanya memerhati Puan Atirah yang dari tadi mengusap lembut tangan dan wajah Nisa.

"Nisa kat London dulu, baik-baik je kan? Puan Atirah memandang Linda. Mengharapkan jawapan dari Linda.

"Yes, Nisa okey je kan sana. Syarikat dia pun okey je kat sana. Alhamdulillah."

"Syarikat?" "Ya, Nisa ada syarikat di sana. Tak adalah besar mana. Tapi..."

"Ibu tak sangka Nisa berjaya bangunkan syarikat sendiri."Linda terus diam, apabila Puan Atirah berkata begitu. Puan Atirah mengusap lembut tangan Nisa dan sesekali mencium tangan Nisa.

"Ibu minta maaf, sebab ibu tak pernah percayakan Nisa dari dulu lagi. Maafkan ibu sayang. Ibu gagal jadi ibu yang baik untuk Nisa seperti arwah mama Nisa yang pernah amanahkan untuk ibu jaga Nisa. 10 tahun Ibu pekakkan diri, butakan hati untuk memaafkan Nisa."

Linda diam, air matanya sesekali menitis juga.

Bebola mata Nisa sudah mula bergerak. Perlahan-lahan Nisa membukakan matanya. Memandang sekeliling. Mengamatai tempat baru baginya. Tempat yang paling dirinya tidak suka.

"Nisa? Alhamdulillah dah sedar dah Nisa."

*

Nisa memerhati bunga-bunga yang terdapat di ruang taman di hospital. Sesekali, jururawat sibuk juga memapah pesakit yang ingin ke taman itu. Nisa diam, membelek tangannya yang berbalut.

"Ibu minta maaf, sebab ibu tak pernah percayakan Nisa dari dulu lagi. Maafkan ibu sayang. Ibu gagal jadi ibu yang baik untuk Nisa seperti arwah mama Nisa yang pernah amanahkan untuk ibu jaga Nisa. 10 tahun Ibu pekakkan diri, butakan hati untuk memaafkan Nisa."

Kata-kata Puan Atirah masih lagi terngiang-ngiang di dalam fikirannya. Nisa sebenarnya dengar apa yang Puan Atirah katakan. Selepas sahaja Nisa sedar, Nisa meminta yang lain semua untuk pulang.

"Lin, aku okey sekarang ni. Balik lah dulu."

"Nisa, bagi lah kami teman kau kat sini."

"It's okay, kau balik lah dulu. Hmm, kau tolong hantarkan ibu balik rumah sekali."

Puan Atirah terkejut. Sangkaannya Nisa mahu berjumpa dan bercakap dengannya, tetapi dari gaya Nisa menyuruh Linda menghantarnya balik ini membuatkan Puan Atirah sedih.

Sebelum Puan Atirah dan Linda melangkah meninggalkan Nisa. Nisa sempat berkata,'

"I'm not your good daughter. Nisa tahu Nisa hanya anak angkat dalam keluarga Ibu. Tapi buat masa sekarang...bagi Nisa masa dulu."

Nisa mengeluh bila mengingatkan balik kata-katanya terhadap Puan Atirah. Nisa rasa seperti berdosa berkata begitu.

"Apa aku nak buat sekarang ni?"

"Haa, cakap dengan siapa tu?"

"Kau buat apa kat sini Lin?"

"Aku datang sini, sebab ada orang nak jumpa kau!"

"Siapa?"

*

Hari ni Nisa dibenarkan balik buat sementara waktu, itupun selepas ini kena sentiasa datang ke hospital untuk menerima rawatan Kemoterapi. Nisa terpaksa pulang ke rumah keluarga angkatnya. Itupun atas semua permintaan dari Linda, Puan Maria dan keluarganya sendiri.

Nisa memerhati suasana biliknya itu. Sudah lama meninggalkan rumah ini, dalam 10 tahun. Setiap ruang di setiap bilik diamati oleh Nisa. Gambar keluarga angkatnya bersama Nisa.

Gambar itu ditatap lama. Dirinya bersama Puan Atirah, Encik Hassan, abang angkatnya Danial dan bersama kakak angkatnya Dania dan Darwish.

Nisa selalu sahaja berhubung dengan abang dan kakak angkatnya untuk bertanya khabar sepanjang Nisa di London walaupun layanan mereka juga agak kurang dengan Nisa kerana apa yang telah jadi dahulu membuatkan mereka semua meninggalkan Nisa.

Pintu bilik dibuka dari luar, muncul figura Puan Atirah di sebalik pintu. Puan Atirah senyum memandang Nisa.

"Nisa okey? Ibu nak masak untuk juadah waktu berbuka ni. Nisa nak apa-apa?"

"Tak apalah, Nisa makan je nanti apa-apa."

Puan Atirah melangkah masuk dan mendekati Nisa, itu sahaja cara untuk mendekati Nisa. Tangan Nisa dicapai dan diusap.

"Ibu tahu, Nisa masih terkejut dengan semua ni. Ibu tahu Nisa masih memerlukan masa dengan Ibu,  Ayah dan Along dan Angah. Ibu tahu tu. Cuma kali ni, bagi Ibu masa untuk tebus kesalahan Ibu? Boleh?"

Nisa diam. Tidak berganjak walau seinci.

"Walaupun Nisa tak dapat hidup lama?"

Puan Atirah diam, soalan yang dituju dari Nisa sedikit sebanyak memukul dirinya.

"Nisa bukan anak yang baik untuk Ibu dan Ayah. Ibu tak perlu rasa bersalah sebab Ibu gagal nak besarkan Nisa seperti yang arwah Mama amanahkan untuk Ibu. Tapi Nisa nak ucap terima kasih sebab sudi untuk menjaga dan membesarkan Nisa sehingga sekarang."

Tangan Puan Atirah dicium lama. Kemudian, Nisa terus meninggalkan Puan Atirah di dalam bilik itu keseorangan.

*

Juadah berbuka terhidang di atas meja. Dengan gulai lemak ikan keli, sambal udang dan petai, ayam goreng tepung, kuih-muih yang dibeli dari bazar. Air sirap dan juga air sarsi yang mampu memikat anak tekak.

Nisa baru sahaja turun dari biliknya setelah selesai mandi. Nisa menghampiri meja makan, melihat juadah berbuka itu, tidak ada satu pun yang mampu memikat seleranya. Sejak Nisa jatuh sakit, selera makannya makin berkurang. Setiap kali makan, Nisa akan rasa mual dan mengeluarkan segala isi dalam perutnya.

"Nisa, mari duduk sini. Hari ni Ibu jemput semua datang untuk berbuka bersama-sama."

Nisa memerhati sekeliling. Ya, benarlah. Semuanya Puan Atirah jemput termasuklah Linda keluarganya, Ira sekeluarga dan juga Adam.

"Adam?"

Nisa memandang Adam. Meminta penjelasan mengapa Adam boleh berada di sini.

"Hai, tak boleh ke saya ada di sini? Nak jumpa bakal mertua saya."

"Ehem, ehem."

Nisa mengetap bibir. Belum apa-apa, Nisa terus duduk di atas kerusi. Puan Atirah dan Encik Hassan hanya senyum memandang Nisa.

Azan maghrib berkumandang menandakan waktu berbuka. Semua menadah tangan, berdoa dan mengaminkan bacaan. Semua mengambil gelas yang penuh berisi air sirap dan sarsi. Nisa hanya memandang juadah yang terhidang di depan mata.

"Makanlah Nisa. Nisa tak elok biar perut kosong."

Nisa mengambil kuih murtabak dan menyuapkan ke dalam mulut. Belum sampai lima miniti, Nisa terus bangun dan berlari ke dapur.

Linda memandang dan terus berlari mengikut Nisa. Belakang badan Nisa diusap lembut bagi mengeluarkan segala isi yang baru dijamah tadi.

"Kau ni, dah tau mual janganlah makan murtabak. Baik kau makan buah je."

Nisa diam, tangannya genggam erat. Sakit untuk mengeluarkan segala isi perut yang dimakannya tadi.

"Lin...uwekk."

Puan Atirah dan Puan Maria hanya mampu menjenguk di balik pintu dapur.  Puan Atirah mahu mendekati Nisa, tetapi dihalang oleh Encik Hassan.

"Irah, kita bagi Nisa masa dulu. Saya taknak kita nanti membuatkan Nisa rasa tak selesa."

"Tapi abang..."

"Kita kena faham, Nisa tengah sakit. Dia bukan macam dulu lagi. Irah kena ingat tu!"

*

Nisa memerhati bintang-bintang di langit. Sewaktu berbuka tadi, Nisa hanya menghabiskan masa dengan makan buah sahaja. Nisa fikirkan balik apa yang perbincangan yang dibincang ketika berbuka tadi.

"Ibu dah kenal Adam macam mana. Ibu rasa Adam mungkin boleh jaga Nisa. Kan Nisa?"

Nisa bungkam. Saat ini, ketika ini mereka hanya memikirkan pasal untuk menyatukan hubungannya dengan Adam. Memang benar, Nisa dan Adam sudah berkawam lama semenjak di London lagi. Adam seorang pereka dalaman. Nisa pula seorang pereka grafik, tetapi Nisa tidak pernah mengharapkan apa-apa hubungan selain dari kawan.

Ya, itupun sejak Nisa tahu dirinya sakit. Nisa mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari semua ini.

"Kalau Nisa tak setuju boleh?"

"Tapi kenapa?"

"Tapi kenapa apa Adam? Adam pun tahu kan Nisa sakit. Kanser hati Adam. Tu pun belum tentu Nisa akan sembuh dengan sakit ni."

"Nisa...." Encik Hassan menegur cara Nisa bercakap.

Nisa mengeluh. Nisa bangun dari kerusi dan melangkah meninggalkan yang lain. Sebelum sempat Nisa menuju ke anak tangga. Ira menegur Nisa.

"Nisa...aku tahu siapa aku. Tapi aku tak rasa benda ni akan selesai. Lebih baik kita duduk berbincang selesaikan hal ni?"

Terhenti langkah Nisa. Nisa sudah mula hilang sabar, apatah lagi apabila Ira yang berani menegurnya. Sejak apa yang pernah berlaku, Nisa meletakkan jurang antara dirinya dan juga Ira.

Nisa masih lagi kaku berdiri, Nisa dapat rasa tangannya menggigil. Giginya diketap. Dada Nisa berombak turun naik. Linda perasan akan hal itu, automatik Linda bangun dan mendekati Nisa.

"Nisa...kau okey tak ni? Tangan kau menggigil ni."

Nisa memandang Linda dan berkata dengan nada yang sayu.

"Aku tak kuat Lin. Aku tak ku....at.." dan akhirnya Nisa rebah.

*

Pintu bilik diketuk, Nisa terus tersedar ke alam nyata dan terus membuka pintu. Di sebalik pintu itu, wajah Puan Maria yang setia berdiri di pintu. Puan Maria senyum melihat Nisa dan terus melangkah masuk.

Puan Maria melangkah masuk dan duduk di birai katil. Kemudian, Nisa pun Menghampiri Puan Maria dan duduk di atas sofa berhadapan Puan Maria. Puan Maria menguntum senyum. Mungkin tahu, Nisa masih lagi mengelakkan diri.

Puan Maria menarik nafas panjang sebelum mula bicara. Nisa masih lagi diam menantikan dari Puan Maria.

"Aunty tahu Nisa masih lagi marah dan terkejut dengan apa yang telah berlaku. Ira dah ceritakan pada kami semua dan dah minta maaf pada kami semua dengan apa yang berlaku. Ira mengaku salah dirinya sendiri. Aunty minta maaf sangat Nisa, salah kami juga sebab menuduh Nisa tanpa bukti yang kukuh. Sehinggakan Nisa kena buang dari kolej, kena turun naik mahkamah untuk membersihkan nama Nisa. Tapi, kami tidak pernah berada di belakang Nisa sepanjang Nisa lalui semua itu malah kami marah dan menuduh Nisa. Sehinggalah Nisa tinggalkan semua dan bawa diri ke London. Sungguh, kami tidak tahu kemana Nisa menghilang. Sehingga Nisa balik ke Malaysia Ramadan ni. Aunty terkejut jumpa Nisa di KLIA hari itu. Hmm, aunty faham Nisa masih memerlukan masa."

Puan Maria berhenti sekejap sebelum sambung lagi.

"Kami terkejut bila Linda telefon bagitahu yang Nisa pengsan dan dimasukkan ke wad kecemasan. Dan ketika itu jugalah, Linda memberitahu mengenai kesihatan Nisa. Jangan pernah salahkan dan marahkan Linda."

Air mata sudah mula mengalir. Nisa masih lagi kaku duduk di hadapan Puan Maria. Puan Maria bangun dan duduk di sebelah Nisa. Tangan Nisa dicapai dan diusap.

"Nisa sukakan Adam?"

Nisa angkat wajahnya dan memandang Puan Maria.

"Aunty tanya ni, Nisa sukakan Adam?"

Nisa menganggukkan kepalanya.

"Jadi, kenapa Nisa tak setuju bila ibu Nisa nak satukan kalian berdua?"

Nisa masih lagi diam, dibiarkan air matanya mengalir.

"Nisa..kan sakit. Sakit Nisa ni belum tentu Nisa akan sembuh, dan mungkin bila-bila masa sahaja Nisa akan pergi."

"Nisa.....aunty tak suka Nisa bercakap macam tu. Ajal dan maut ketentuan Allah. Selagi Nisa masih hidup, kita kena teruskan hidup dan lalui kehidupan seperti biasa Nisa. Ingat tu. Tak salah Nisa kalau Nisa terima Adam. Adam baik orangnya, pandai memikat hati kami semua.  Mungkin itu sebab Nisa boleh jatuh cinta dengan Adam?"

"Adam tak pernah tahu pasal isi hati Nisa. Sebab..bila Nisa dapat tahu Nisa sakit, Nisa jauhkan dari dia. Nisa takut...sekiranya Adam tahu Nisa sakit, Adam akan tinggalkan Nisa. Sebab..Nisa dah cukup takut dan trauma bila orang yang Nisa sayang tinggalkan Nisa terkapai macam tu sahaja. Nisa sedar siapa Nisa dalam keluarga ini. Nisa hanya anak angkat sahaja, Nisa tahu tapi Nisa tak kuat bila semua orang nak menyalahkan Nisa."

Terhenti usapan dari Puan Maria. Kali ni, Puan Maria yang pula mula menitiskan air mata.

"Ya Allah, dah macam-macam Nisa lalui. Maafkan Aunty Nisa, maafkan kami semua. Aunty tahu, dengan maaf ni, belum tentu dapat mengubat hati Nisa yang luka. Tapi, percayalah Nisa. Kami semua rindukan Nisa. Kami baru tahu yang selama ini, Nisa selalu juga berhubung dengan Danial dan Dania kan?"

"Ya, tapi dia orang pun dulu nak taknak juga layan Nisa."

"Angah dah terima Nisa, Nisa jangan risau ya? Along pun sama. Kami minta maaf kalau layan Nisa dulu dengan tak elok." Suara Dania yang berdiri di balik pintu itu masuk melangkah dan melutut di hadapan Nisa.

"Angah minta maaf, sebab layan Nisa acuh tak acuh je sebelum ni. Itu pun, selepas angah kena marah dengan laki angah sendiri, baru angah sedar. Angah minta maaf ya?"

Lantas tubuh Nisa dipeluk erat. Nisa yang masih terkejut terus membalas pelukan itu dan menangis teresak-esak. Puan Atirah pun turun mengalir air mata melihat Nisa yang sedang menangis itu. Puan Atirah hanya memerhati dari luar bilik sahaja.

"Nisa terima Adam kan?"

"Tapi..."

"Nisa. Kami tahu Adam boleh bahagiakan Nisa."

"Angah setuju, Adam tu handsome apa."

Akhirnya satu bilik kedengaran ketawa gembira. Puan Atirah juga melihat ada sinar baru buat Nisa.

*

Lagi tiga hari untuk menjelang hari raya. Di rumah kediaman Encik Hassan dan Puan Atirah beria menyiapkan persiapan hari raya dan juga persiapan untuk majlis pernikahan Nisa dan Adam yg juga jatuh pada hari hari raya pertama. Nisa sudahpun boleh menerima keluarga angkatnya ni boleh untuk berdendam terhadap yang lain, kerana mereka semua juga yang menerima dirinya kembali. Adam pula makin lama makin berseri apabila akhirnya Nisa bersetuju untuk bernikah.

Nisa termenung di balkoni, sesekali matanya melirik pada kawan baiknya ketika dahulu. Ira dan Imran. Nisa masih tidak tahu mengapa keluarga angkatnya masih boleh menerima Ira. Sehingga sekarang, Nisa masih belum terbuka hatinya untuk berbaik dengan Ira. Apa yang pernah berlaku padanya seketika dulu sudah cukup membuat Nisa mengambil langkah berjaga-jaga dalam hubungan persahabatan. Bertahun-tahun Nisa membawa diri di negara orang. Itu sudah cukup membuat Nisa semakin jauh dari semua orang. Nisa mengeluh, terasa tubuhnya sejuk dengan alunan angin pada malam itu. Lantas Nisa masuk ke dalam biliknya.

Ira perasan yang dirinya sering diperhatikan oleh Nisa. Ira diam memandang suaminya yang tidak henti-henti bersembang dengan Darwish.

'Maafkan aku Nisa. Aku akan buat apa sahaja asalkan kau maafkan aku'

Nisa mencapai telefon bimbitnya apabila mendengar bunyi mesej dari aplikasi Whatsapp masuk ke dalam notification. Senyuman terukir di bibir Nisa apabila Adam yang menghantar mesej padanya.

“Tak sabar nak tunggu hari bersejarah buat kita berdua. Adam rasa seronok sangat.”

Senyuman di bibir Nisa tidak lekang dari tadi. Laju sahaja jari Nisa menaip untuk membalas pada Adam.

“Oh ya ke?  Nisa pun rasa macam tu. Cuma...Adam maafkan Nisa sebab Nisa tak sempurna....”

Walaupun hakikatnya Nisa gembira tetapi di dalam hatinya tiada sesiapa pun tahu tentang perasaan takutnya, perasaan sedihnya. Nisa sedar dirinya tidak sempurna, malah masa Nisa pun bukannya lama.

Itu yang membuatkan Nisa berhati-hati untuk memilih Adam. Setiap hari Nisa berdoa agar dapat penderma yang sesuai untuk Nisa. Nisa berdarah O-, darah yang susah untuk dijumpai di Malaysia. Tanda notification masuk lagi.

“Kita akan cuba sama-sama untuk cari penderma buat Nisa. Okey sayang? Jangan sedih-sedih, nanti buatkan Adam nak datang dari Johor ni jumpa Nisa terus. “

“Terima kasih sudi terima Nisa. Dan lewat ni, selamat malam bakal suamiku, Adam.”

Adam yang hujung jauh di Johor sana sudah berbunga-bunga dengan balasan dari Nisa. Adam nekad, dia akan sama-sama berusaha untuk mencari penderma yang sesuai buat buah hatinya, Nisa.

'Adam sayang Nisa sangat-sangat'

Nisa diam, tiada lagi balas dari Adam. Nisa melangkah ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk. Kemudian, Nisa membentangkan sejadahnya dan memakai telekung. Setiap malam, Nisa akan sentiasa melakukan solat hajat, solat sunat taubat. Bagi Nisa, masanya tidak lama sahaja. Bila-bila sahaja Nisa boleh meninggalkan semua, sebab itu Nisa sentiasa melakukan solat sunat taubat demi meminta ampun pada Allah.

Puan Atirah setiap malam akan menyinggah ke bilik Nisa untuk memastikan Nisa sentiasa sudah makan ubat. Sejak Nisa pulang kembali ke rumah ini, Puan Atirah tidak pernah terlupa untuk menjenguk ke bilik Nisa. Pintu tombol dibuka perlahan, selalunya waktu-waktu macam ni, Nisa belum tidur lagi. Terhenti perbuatan Puan Atirah apabila mendengar luahan dan rintihan Nisa.

"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Ya Allah Ya Tuhanku. Dengan rasa rendah diri, aku memohon keampunan dari-Mu Ya Allah. Ya Allah, aku banyak berdosa Ya Allah. Aku berdosa kepada kedua ibu-bapaku yang sudah lama menjaga dan membesarkan aku. Aku lari, menjauhkan diri dari semua selama 10 tahun. Tidak pernah sekali pun, aku pulang untuk menjenguk mereka Ya Allah. Ampunkan aku Ya Allah. Ya Allah, kau ampun kedua ibu-bapaku Ya Allah. Mereka sudah banyak menjaga dan membesarkan aku dengan baik, Ya Allah. Kau ampunkan dosa arwah emak. Lapangkan dan luaskan kubur arwah emak, Ya Allah. Ya Allah, kau lindungilah setiap ahli keluarga dari benda-benda yang jahat, Ya Allah. Kau lindungi lah Puan Maria, Puan Alia, Linda, Syahira dan juga Imran, Ya Allah. Kau berikanlah kekuatan buatku untuk menerima dan memaafkan Syahira, Ya Allah. Aku masih lagi tidak kuat untuk menerima dan memaafkan Syahira. Kau berikan aku kekuatan, Ya Allah. Semoga, sebelum aku pejam mata aku dapat memaafkan Syahira, Ya Allah...."

Puan Atirah dengar rintihan doa dari Nisa. Puan Atirah diam, dirinya masih belum lagi berganjak untuk meninggalkan bilik Nisa.

"Terima kasih Ya Allah, kerana kau makbulkan doaku untuk beraya di sini, Ya Allah. Terima kasih kerana aku tunaikan permintaan aku untuk pulang kembali ke pangkuan keluarga angkat aku, Ya Allah. Ya Allah, kau permudahkan segala urusan pernikahan aku dan juga Adam, Ya Allah. Ya Allah, kau berikan aku sedikit masa untuk berbakti kepada bakal suamiku, keluargaku dan juga semua yang aku sayang, Ya Allah. Ya Allah, aku tahu masa aku sudah tidak lama lagi, Ya Allah. Aku memohon kepada-Mu, semoga aku dapat bahagiakan mereka semua sebelum aku pergi buat selama-selamanya. Ya Allah, aku mohon kepada-Mu, Kau makbulkan doaku ini, Ya Allah. Aamiin Aamiin Ya Rabbal Aalamiin."

Nisa masih lagi tidak sedar yang Puan Atirah mendengar segala doa dan rintihannya. Perlahan-lahan Puan Atirah menutup kembali pintu bilik Nisa. Puan Atirah sebenarnya sebak mendengar rintihan doa dari Nisa. Sungguh, semakin menebal dan rasa bersalah Puan Atirah terhadap Nisa.

'Ya Allah, aku memohon kepada-Mu Ya Allah, kau berikan kebahagiaan buat Nisa, Ya Allah.'

*

Nisa hanya memerhati jari dan tangannya yang sudah dihiasi dengan inai. Hari ni, ramadan terakhir buat semua umat Islam, kiranya esok merupakan raya pertama Aidilifitri dan juga hari bersejarah buat Nisa dan Adam.

Nisa tidak lepas-lepas matanya dari memandang jarinya yang sudah merah dihiasi inai. Dalam hati Nisa, berdebar-debar nak menunggu hari pernikahan buat mereka berdua. Dalam masa yang sama juga, Nisa risau sekiranya dirinya tidak sempat mengecapi waktu-waktu yang bahagia itu.

"Dah-dah lah tu pandang tangan tu Nisa oi. Lagi beberapa jam je ni, sikit lagi nanti jadi isteri orang." Usik Dania. Dania dan Linda yang berusaha menghiasi jari dan tapak tangan Nisa dengan Inai. Atas permintaan Nisa, Nisa tidak mahu buat besar-besaran. Baginya cukuplah kecil-kecilan sahaja.

Esok pagi Syawal, Nisa akan bergelar isteri buat Adam Harraz dan sekaligus terus dengan majlis persandingan. Baginya, cukuplah buat semua sekali pada hari yang sama. Nisa tidak, mahu besar-besaran dan gah sangat.

Nisa malu, diam menunduk. Sejak Nisa ingin bergelar isteri ini. Nisa sering diusik oleh Dania dan Linda. Puan Atirah hanya tersenyum melihat anak-anaknya bergelak ketawa mengusik Nisa. Dalam hati Puan Atirah bersyukur kerana Allah masih panjangkan lagi usia Nisa. Puan Atirah menghampiri Nisa, terus duduk di sebelah Nisa. Tangan Nisa dicapai dan diusap lembut penuh kasih.

"Anak ibu ni dah nak jadi isteri orang dah. Tahniah sayang." ucap Puan Atirah lantas mencium dahi Nisa. Lama. Nisa memejamkan mata disaat dahinya dicium. Dania dan Linda hanya tersenyum melihat adegan itu.

'Semoga Nisa bahagia ya Nisa' Ucap Dania dalam hati.

*

"Aku terima nikahnya Nur Hanisa Binti Naufal dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai." Sekali lafas dan sekali nafas sahaja Adam melafazkan akad itu.

"Sah?"
"Sah."
"Sah?"
"Sah."

"Alhamdulillah." Lantas Tok Kadi dan semua menadah tangan untuk membacakan doa. Sesekali mata Adam melirik ke arah Nisa yang dari tadi hanya menunduk. Di sebelah Nisa didampingi dengan Linda, Puan Atirah, Puas Asmah dan Dania. Adam senyum memandang Nisa. Nisa ketika itu mengangkat wajah dan tidak sengaja terus memandang Adam yang sedang senyum memerhatinya. Lantas Nisa tunduk dari memandang Adam.

Selesai sahaja solat sunat, Adam menghampiri Nisa untuk upacara pembatalan air sembahyang. Dengan perlahan-lahan Adam mendekati Nisa yang dari tadi hanya tunduk memandang bawah.
'Ada apa kat lantai tu, tak taulah. Taknak tengok muka suami awak ke Nisa'

Adam mengambil cincin dan menyarungkan ke jari manis Nisa. Kemudian Nisa juga mengambil cincin dan menyarungkan ke jari manis. Dengan malu-malu, Nisa mencium tangan Adam buat kali pertama. Kemudian, Adam terus mencium dahi Nisa. Lama. Nisa dapat rasakan jantung Adam berdetak kuat, Nisa memejamkan mata disaat ini. Ingin merasakan nikmat bersuami-isteri sebelum matanya dipejam buat selamanya.

Disaat ini, Nisa menyalam dan memeluk semua yang hadir dalam majlis pernikahan Nisa dan Adam. Nisa mendekati Puan Asmah. Nisa menyalam dan memeluk Puan Asmah merangkap ibu mertuanya.
"Maafkan Nisa, kalau Nisa bukan calon menantu yang baik buat Mak. Nisa tahu, Nisa tidak sempurna buat Adam. Terima kasih sebab Mak restukan pernikahan kami berdua." Ucap Nisa. Nisa risau sebenarnya, dia sedar siapa dirinya. Hanya manusia biasa, yang tidak mempunyai sesiapa saudara kandungnya, yang hanya sakit dan menunggu masanya sahaja.

Puan Asmah terus memeluk Nisa. Puan Asmah sudah tahu semuanya dari mulut Adam. Sungguh Puan Asmah tidak menyangka sebegitu berat ujian yang menimpa pada menantu seorangnya ini, Nisa. Puan Asmah yakin, Nisa mampu untuk membahagiakan satu-satunya anak tunggalnya, Adam Harraz.

"Jangan menangis lagi Nisa. Mak dah lama restu kalian berdua. Semoga kalian berdua bahagia di dunia dan di akhirat." Puan Asmah terus mencium dahi Nisa. Hari ini sahaja, dahi Nisa jadi mangsa buat semua orang.

Adam hanya memerhati dan tersenyum melihat adegan itu, Adam tahu ramai yang menyayangi Nisa, isteri yang dikasihinya itu. Adam terus mendekati Nisa dan Puan Asmah. Lantas tangan Nisa digenggam erat. Nisa terkejut dengan perbuatan Adam yang tanpa memberi amaran itu. Sesekali dijelingnya wajah Adam itu. Puan Asmah senyum dan terus berlalu untuk melayan tetamu-tetamu yang datang.

*

Nisa melangkah masuk ke biliknya. Dari tadi sewaktu makan malam, tidak henti-henti semua mengusik Nisa. Pintu bilik ditutup, dan melangkah ke almari baju untuk mengeluarkan tuala dan bajunya. Baru nak melangkah ke bilik air, pintu bilik air dibuka dari dalam. Nisa terkejut kerana sangkanya Adam sedang bersembang dengan ahli keluarga yang lain di bawah.

Adam senyum memandang Nisa. Adam terus melangkah ke arah Nisa dan menarik tangan Nisa untuk membawa ke arah katil.

"Err... Adam? Nisa nak mandi ni."

"Tahu, tapi ada benda yang Adam nak cakap."

Nisa terus diam. Diam menanti dari mulut Adam. Tangan Nisa masih lagi dalam genggaman Adam. Sesekali Adam mengusap tangan isterinya itu.

"Nisa. Thank you sangat sebab akhirnya Nisa sudi terima Adam untuk jadi suami Nisa. Jangan pernah lari lagi lepas ni, jangan menangis lagi sayang. Adam tahu, selama ni Nisa menjauhkan diri dari Adam semasa di London sebab Nisa taknak Adam tahu mengenai kesihatan Nisa."

Nisa di sambil menunduk ke bawah. Usapan tangan dari Adam membuatkan sesekali Nisa membalasnya.

"Maafkan Nisa, sebab Nisa tidak sempurna seperti wanita lain. Maafkan Nisa, Adam. Terima kasih sebab Adam sudi terima Nisa sebagai isteri untuk Adam."

Adam senyum, lantas menyeka air mata yang jatuh di pipi Nisa. Wajah Nisa semakin hari, semakin pucat. Tetapi Adam tidak kisah, asalkan dia dapat bersama Nisa. Itu janjinya, untuk bersama-sama mencari penderma yang sesuai buat Nisa.

"Jangan menangis lagi, sayang."

"Okey, tak menangis dah."

Adam senyum. Terlintas di fikiran untuk bertanyakan sesuatu pada Nisa.

"Adam nak tanya sesuatu boleh?"

"Apa dia?"

"Adam ni cinta pertama Nisa kan?"

Nisa diam. Berkira-kira mahu memberitahu, tetapi takutnya suaminya cemburu pula. Tetapi, bagi Nisa. Biarlah semuanya diluah dan diceritakan pada suaminya, Adam.

"Bukan.."

Adam diam. Menanti lagi jawapan dari mulut Nisa.

"Cinta pertama Nisa...Imran."

"Imran yang suami Ira tu ke?"

Nisa angguk. Adam mula rasa cemburu. Tiba-tiba terasa pipinya dipegang kedua-dua tangan Nisa.
"Tapi.. Itu dulu, sewaktu zaman Diploma. Tak lama mana pun hubungan kami sehingga Nisa lari bawa diri ke London. Sampailah Nisa jumpa Adam. Nisa jatuh cinta balik pada Adam. Sampailah Nisa dapat tahu Nisa sakit, Nisa jauhkan diri dari Adam."

Adam senyum. Lantas pipi Nisa diciumnya. Tergamam Nisa "Terima kasih lagi sekali. Adam janji akan jaga Nisa sehabis baik. Kita akan sama-sama cari penderma yang sesuai untuk Nisa. Kan sayang?"

Terharu Nisa. Disaat ini, Nisa rasa seolah-olah doanya dimakbulkan oleh Allah kerana dianugerahkan suami yang baik seperti Adam. Lantas tubuh Adam dipeluk Nisa. Lama, Adam terasa bahunya basah dengan air mata Nisa.

"Jangan menangis lagi sayang."

Adam terus mengusap belakang Nisa.

*

4 bulan kemudian...

Puan Maria sedang memilih barang-barang keperluan untuk memasak. Hari ni, Puan Maria menjemput kawan baiknya Puan Atirah sekeluarga untuk datang ke rumah.  Puan Maria cadang untuk buat makan-makan secara kecil-kecilan. Anak daranya Nadia rajin menolongnya untuk memasak bersama-sama.

Tujuan Puan Maria buat makan-makan ni pun lebih nak meraikan hari lahir Nisa sebenarnya. Setelah berbual panjang dengan Puan Atirah malam tadi, diri sendiri yang rela dan mengusahakan untuk menyediakan persiapan dan juga juadah.

Bagi Puan Maria, sudah lama sangat mereka semua tidak menyambut hari lahir Nisa. Sejak Nisa sudah berkahwin, hidup Nisa lebih ceria dan gembira berbanding sebelum ni. Sebab itu, Puan Maria mahu membuat makan-makan ini. Lebih untuk mengeratkan lagi hubungan mereka.

*

Nisa sesekali memandang telefon bimbitnya yang sedari dari tadi asyik berbunyi tanda mesej masuk. Tetapi, nombor yang tidak dikenali. Seolah-olah Spam Message dari sesiapa sahaja. Nisa malas nak layan. Dirinya lebih fokuskan terhadap kerjanya ini. Sejak berkahwin dengan Adam, Nisa terus pindah syarikatnya dari London ke Shah Alam.

Atas permintaan suaminya, Adam dan ahli keluarganya yang lain. Nisa ikutkan sahaja. Bagi Nisa, berbaki lagi masa yang ada, biarlah dia dapat bersama dengan orang yang Nisa sayangi.

Prengnancy Test Kit dipandang seketika di atas meja. Balik dari klinik semalam, Nisa dapat tahu dirinya disahkan mengandung 3 minggu. Nisa rasa inilah satu hadiah yang tidak ternilai buat Nisa dan Adam. Nisa ingin memberitahu suaminya, Adam.

Telefon bimbit dicapai untuk memberitahu suaminya. Nombor Adam didail dan diletakkan telefon bimbit di telinga. "Assalamualaikum sayang." Laju sahaja Adam menjawab panggilan. Nisa belum sempat hendak memberi salam.

"Waalaikumusalam."

"Baru cadang nak call sayang, tapi sayang dah call dulu."

"Kenapa?"

"Ni, Aunty Maria ajak kita sekeluarga datang ke rumahnya malam ni. Ada makan-makan katanya. Kita pergi ya?"

Nisa diam memikirkan cadangan Adam. Tujuan Nisa telefon lebih kepada untuk memberitahu berita gembiranya itu. Tetapi suaminya terlebih dahulu menyampaikan berita membuat Nisa terlepas untuk memberitahu mengenai kandungannya itu.

"Sayang, kita pergi ya? Semua dah asyik call ajak sayang sekali datang. Ibu ayah semua ada sekali. Okeylah sayang. Adam tengah meeting ni. Lepas Maghrib kita pergi. Assalamualaikum sayang, I love you so much."

"Love you too. Waalaikumusalam."

Nisa mengeluh, terlepas peluang untuk memberitahu berita gembira. Tiba-tiba bibir Nisa menguntum senyum. "Malam nanti aje lah aku bagitahu."

*

Nisa hanya mengenakan blouse dan seluar slack dengan selendang berwarna biru. Nisa dan Adam melangkah masuk ke perkarangan rumah Puan Maria. Dilihat dari luar, kereta Linda juga ada. Macam meriah sangat makan-makannya pun.

Linda yang perasan dengan kelibat Nisa dari luar rumah terus berlari masuk ke dalam memberitahu kedatangan Nisa. "Cepat, get ready tau?" Tanya Linda pada yang lain. Mereka inginkan Nisa seronok dengan kejutan mereka ni.

Nisa yang mula perasaan keadaan di dalam gelap gelita. Tiba-tiba Nisa memberhentikan langkahnya.

"Kenapa gelap je kat dalam tu?"

Adam diam dan memandang ke arah rumah Puan Maria.

"Blackout kot. Tu yang gelap"

"Tak sedap hati la."

"Tak ada apa sayang, kereta semua ada kat luar. Mari masuk. Adam ada."

Disaat kaki Nisa dan Adam menapak ke dalam rumah, terdengar bunyi laungan orang menyanyi. "Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Nur Hanisa. Allah selamatkan kamu."

Nisa terkejut, reaksi mukanya terkejut. Dengan Linda yang memegang kek. Puan Maria, Puan Atirah, Encik Hassan, Puan Alia, Dania sekeluarga, Danial dan Danish juga turut ada.

Sungguh, Nisa memang terkejut. Tetapi lebih kepada terharu sebenarnya, tidak sangka ini rancangan mereka.

"Selamat hari lahir sayang." Ucap Adam lantas memeluk pinggang Nisa. Wajah Adam dipandang seketika, menghadiahkan senyuman buat suami tercinta.

"So, this was your plan?"

Adam geleng. "Bukan, ni semua rancangan Linda dengan yang lain."

"Tipu."

Adam gelak apabila Nisa mencubit perutnya. Puan Atirah terus memeluk Nisa. "Selamat hari lahir sayang. Ibu seronok dapat sambut hari lahir Nisa." Nisa lantas membalas pelukan Puan Atirah.

Puan Maria mendekati Nisa dan menarik Nisa ke dalam pelukan. "Selamat hari lahir Nisa, mari masuk. Kita makan ramai-ramai."

Tangan Nisa ditarik ke dalam, sebelum tu sempat lagi Nisa tarik tangan suaminya, Adam.

*

Ketika ini semua tengah rancak bersembang di halaman rumah Puan Maria. Meriah betul, dah macam buat kenduri pun ada. Yang penting, juadah yang disediakan tadi mampu membuatkan Nisa makin bertambah-tambah seleranya. Sudah lama selera makannya tidak sesedap seperti ini.

Nisa dari tadi hanya duduk di gazebo bertemankan Puan Maria, Puan Atirah dan Dania. Tiba-tiba Nisa terasa matanya ditutup oleh seseorang. Tergamam Nisa, tetapi Nisa boleh agak siapa. Dengan laju sahaja tangan Nisa menarik tangan itu dari matanya. Adam tersenyum lantas mencium pipi Nisa di hadapan Puan Maria, Puan Atirah dan Dania. Dania hanya tersengih melihatnya.

Nisa pantas mengalihkan mukanya dari dicium lagi dari Adam.

"Malu lah sikit depan Angah, Ibu ni."

"Bukan selalu Adam buat macam tu, kan Adam?" Dania makin galak mengusik.

Nisa menjeling Dania. Adam hanya ketawa mendengarnya. Adam terus duduk di sebelah Nisa. Tangan Nisa dipegang dan diusap, menzahirkan perasaan kasih dan sayang pada Nisa.

"Ada hadiah untuk Nisa, sempena birthday ni."

"Oh ya? Apa dia? Banyak sangat kejutan dari semua hari ni."

Adam memandang Puan Atirah untuk meminta Puan Atirah yang memberitahu pada Nisa. Puan Atirah terus mencapai tangan kiri Nisa dan berbuat perkara yang sama seperti Adam.

Kini Nisa pula memandang Puan Atirah.

"Kenapa ibu?"

"Kami dah jumpa penderma yang sesuai untuk hati Nisa."

Nisa tergamam. Tiga puluh saat Nisa hanya berdiam, menghadam apa yang Puan Atirah katakan. Nisa memandang Adam, meminta kepastian. Adam mengangguk lantas memeluk bahu Nisa.

"Alhamdulillah, Ya Allah." Terus Nisa menangis dengan berita gembira itu.

Adam terus memujuk Nisa. "Jangan menangis lagi, sayang. Dah janji kan?"

Nisa hanya menggeleng. "Okey, janji tak menangis lagi. Nisa pun ada hadiah juga."

"Oh, really? Apa dia?" Adam makin teruja mendengarnya.

"Ni."

Adam diam, memandang alat yang berada di tangan Nisa. Puan Atirah, Puan Maria dan juga Dania sudah berseronok apabila melihat alat pregnancy test itu.

"Ni maksudnya, Adam akan jadi seorang ayah?" Adam memandang Nisa meminta kepastian.
Angguk.

Adam pula yang tergamam, lantas memeluk Nisa erat. "Terima kasih sayang untuk hadiah ini."

*

Nisa diam. Memandang keadaan di biliknya. Sejam lagi dia akan berada di dalam Operation Theater Room. Dalam hatinya gelisah, risau dan berdebar menunggu masa untuk melakukan pembedahan. Baginya, jikalau pembedahan itu tidak berjaya. Dia redha, kerana baginya dia sudah cukup bahagia sekarang dengan adanya keluarga di sisi.

Tangan Adam yang diletakkan di atas lengan Nisa ditariknya dan dipegang. Genggam erat.

"Adam, kalau ditakdirkan Nisa akan pergi. Nisa mohon, minta ampun dan maafkan Nisa dari hujung rambut hingga ke hujung kaki."

"Kenapa cakap macam tu? In Sha Allah, sayang akan selamat. Jangan risau ya?"

Nisa memandang Adam. Lama. Ingin memberitahu atau lebih bertanyakan sesuatu. Adam yang perasan Nisa memandang dirinya lama. Lantas bersuara. "Kenapa Nisa? Pandang muka Adam macam tu."

Tangan Adam dicapai dan diusap. "Adam, kenapa tak bagitahu Nisa yang....yang Ira penderma untuk Nisa?" sungguh Nisa tidak mengetahui hal itu setelah dia terdengar dari perbualan Adam, Puan Maria dan Puan Atirah.

Adam serba salah jadinya. Tidak memberitahu perkara sebenar pada Nisa. Usapan tangan Nisa sesekali dibalas. Bukan kerana dirinya tidak mahu, tapi atas permintaan Puan Atirah menyebabkan dia terpaksa akur.

"Am I not important to you guys? Sampaikan Nisa tak tahu langsung hal ni." Ada rasa kecil hati dalam diri Nisa. Kenapa perkara penting ini tidak memberitahunya? Sudahlah tu, Nisa pula selalu mengelak diri dari berjumpa dengan Ira sejak peristiwa hitam itu. Jika dia tahu, tidaklah dia masih lagi mengelak dari Ira.

Sudah lama Nisa ingin berjumpa dengan Ira. Meminta maaf dan sebagainya, tapi hatinya belum kuat untuk berhadapan dengan Ira. Nisa mengakui, kadang-kadang egonya tinggi juga.

"Bukan macam tu sayang. Adam..." Adam tidak sempat meneruskan bicara kerana doktor dan beberapa orang jujurawat telah pun masuk ke dalam bilik Nisa.

"Kami akan bawa Puan Nisa ke bilik bedah sekarang."

"Err, doktor. Boleh saya nak bercakap berdua dulu dengan isteri saya? 3 minit je, boleh?"

Doktor itu angguk. "Boleh, kami tunggu kat luar."

Disaat doktor dan beberapa orang jujurawat melangkah keluar dari bilik Nisa. Lantas Adam mencapai tangan Nisa mencium lembut tangan isterinya.

"Sayang kuatkan semangat ya? Adam tunggu sayang sampai sayang selesai pembedahan. Kami semua akan tunggu Nisa. Jaga anak kita elok-elok. Walau apapun yang jadi, Adam sayang Nisa. Sangat-sangat." Lantas dahi Nisa dicium. Lama. Seolah-olah menzahirkan perasaan sayangnya pada Nisa.

Nisa diam, memikirkan kata-kata Adam. Nisa memandang Adam sebelum dirinya dibawa masuk ke bilik bedah. “Nisa sayang Adam, doakan Nisa supaya Nisa kuat didalam sana. Nisa nak jaga anak kita, sama-sama dengan Adam.”

Adam senyum lagi, lantas dahi itu dikucup lagi.

*

Hampir 5 jam pembedahan dilakukan di atas Nisa. Semua ahli keluarga Nisa, keluarga Puan Maria, keluarga Adam dan juga Linda sekeluarga turut berada di ruangan menunggu itu. Sepanjang menunggu, Adam tidak henti-henti berdoa agar Nisa kuat dan dapat bertahan.

Adam memandang segenap di ruangan menunggu itu, Adam nampak Imran juga turut berada di situ menunggu bersama anaknya, Danish. Adam melangkah menghampiri Imran, baginya Imran dan juga Ira sudah berkorban untuk Nisa. Itu sahaja tidak tergambar perasaan bersyukur. Langkah kaki diatur, lantas mengambil tempat di sebelah Imran.

Imran yang sedar, lantas menoleh ke arah Adam. Menghadiahkan sebuah senyuman buat Adam, lantas berkata pada Danish. “Danish, salam uncle ni.” Danish hanya menurut kata Imran.

“Terima kasih. Aku tak tahu nak cakap macam mana, tapi keizinan kau untuk beri izin pada Ira untuk dermakan sebahagian hatinya untuk Nisa dah cukup buat aku bersyukur.” Jeda. Adam hanya memandang hadapan tanpa menoleh.

Imran senyum, dia tahu tentang itu. “Itu keputusan Ira. Dia yang nak sangat dermakan sebahagian hatinya untuk Nisa. Itu yang mampu kami buat untuk tebus balik kesalahan kami pada Nisa.”

Adam tahu tentang itu, semuanya pernah diceritakan dari Nisa sendiri. Adam berharap Nisa kuatkan semangat dan mampu bertahan. “Aku dengar, Nisa mengandung? Tahniah bro.” Adam mengangguk dan tersenyum. Senyum Bahagia. Sungguh, Adam sangat bahagia dengan Nisa sekarang.
*

Puan Atirah sibuk dengan melayan tetamu yang hadir pada majlis doa selamat di rumahnya ini. Bermacam-macam juadah yang disediakan untuk majlis doa selamat ini. Nasi putih berlaukkan gulai lemak jantung pisang, ayam masak merah, daging masak hitam, jelatah, ikan masin, ulam-ulaman dan sambal belacan. Tidak lupa juga, pulut kuning dan rendang ayam. Semua juadah itu mampu membuatkan Nisa kecur lidah.

Nisa menghampiri khemah yang menempatkan semua juadah-juadah. Nisa sudah berasa lapar, lama sangat bersembang dengan Linda, Ira, Dania membuatkan dia lupa untuk makan tengah hari.

Ira. Ya.

Selepas Nisa berjaya mengharungi pembedahan untuk hatinya sebulan yang lalu. Orang pertama yang Nisa nak sangat jumpa dan meminta maaf ialah Ira. Saat celiknya mata Nisa, Ira lah orang yang dicari Nisa. Lama juga, sesi Nisa dan Ira menangis, meminta maaf dan berpelukan.

“Nisa, aku minta maaf sangat.”

“Ira, aku pun..Kau maafkan aku juga ya? Aku tak sangka kau sanggup dermakan untuk aku.”

Lantas Ira memeluk Nisa. Erat. Lama mereka berkeadaan begitu. Menangis, bercerita dan macam-macam lagi.

Nisa baru sahaja untuk menyenduk nasi ke dalam pinggan. Lantas ada tangan yang memegang lengannya. Nisa menoleh, memandang wajah itu. Nisa menghadiahkan senyuman. “nak makan ke?”

“Ya, lapar sangat ni.”

“Jom, Adam dah isi dah nasi untuk Nisa. Mari kita makan berdua.”

Nisa memandang suaminya. “Belum makan lagi ke?”

Adam geleng. “Belum, tunggu isteri tercinta lah. Lama sangat bersembng di dalam. Tahulah geng-geng sayang ada kat dalam.” Terus Nisa mencubit perut Adam. “Mengada ya?” Adam ketawa, bahu Nisa dipeluk. “Jomlah makan, lapar sangat ni. Baby kat dalam ni mesti lapar tunggu ibu dia lama sangat.”

Nisa senyum, sejak berbadan dua ni. Adam terlebih-lebih manjanya, kemana-mana nak berkepit. Mujurlah ketika Nisa mengandungkan anak sulung mereka ini. Kurang sikit alahan yang dia alami. “Jom, lepas makan nak sambung sembang balik ni.”

Ha,tengok tu. Tinggal suami macam tu je? Merajuk lah macam ni.”

“Nak makan ke tak? Kalau taknak Nisa makan dengan Linda semua.” Nisa memberi amaran pada Adam. Amaran manja-manja. Adam ketawa lepas, Bahagia bila Nisa mengenakan dirinya balik. Dengan lajunya Adam mencium pipi Nisa. Nisa terkejut. Memandang Adam dengan tidak berkelip.

Ish, malaslah nak layan Adam. Makan sorang-sorang je la.” Terus Nisa menapak ke arah meja yang sudah dihidangkan dua pinggan nasi dan lauk-lauk. Merah padam muka Nisa. Malu betul, boleh pula Adam mencium di tengah-tengah khemah ini? Nasib baik ketika itu, tetamu sudah berkurangan.
Adam yang perasan Nisa meninggalkan dirinya. Lantas mengejar Nisa sambil ketawa.

*

Epilog

Jam di dinding dikerling. Pukul 3.30 pagi. Nisa sudahpun bangun untuk mengerjakan solat Sunat Taubat, Solat Sunat Hajat dan Solat Tahajud. Hari ni, Nisa sengaja tidak mahu mengejut Adam. Nisa tahu, Adam penat. Penat baru pulang dari Johor atas urusan kerja. Sejadah dibentang, takbir diangkat dah dimulakan dengan doa Iftitah.

Lama Nisa berteleku di atas sejadah. Perlahan-lahan tangan diangkat. “Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Aku memohon kepada Mu, Ya Allah. Engkau ampunkanlah dosaku, Ya Allah. Ampunkan dosa suamiku, doa keluargakun doa saudara-maraku. Ya Allah Ya Tuhanku, terima kasih Ya Allah, Engkau makbulkan doaku. Alhamdulillah, aku bersyukur Ya Allah, kerana aku dikurniakan seorang suami yang baik dan amat menyayangi ku, keluarga angkatku dan semua saudara-maraku. Ya Allah, aku bersyukur Ya Allah, kerana akhirnya aku dipertemukan dengan penderma yang sesuai untuk aku. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau peliharalah Ira dan Imran sekeluarga. Biiarlah mereka sekeluarga sentiasa berada di bawah lindunganMu, Ya Allah. Aamiin, Ya Rabbal Alaamiin.” Selesai sahaja Nisa bangkit untuk melipat sejadah dan kain telekungnya.

“Kenapa tak kejut Adam?” Berderau Nisa kerana sangkanya Adam tidur. “Maaf kalau Nisa buat Adam terjaga.” Kain telekung dan sejadah diletakkan di atas kabinet. Nisa terus menghampiri Adam yang masih lagi mamai.

“Kenapa tak kejut? Kalau tak boleh berjemaah bersama-sama.” Nisa senyum, faham sangat perangai si Adam ni. Perutnya yang sudah membuncit itu diusap perlahan. “Adam kan tidur tadi, penat kan. Tu yang tak kejut. Lain kali kita jemaah sekali.”

Hmm.

Tangan Adam dicapai, mengusap lembut tangan Adam. Adam masih lagi mamai lagi tu. Sekarang baru pukul 4.15 pagi. Awal lagi nak tunggu waktu subuh. “Adam.”

“Kenapa?” Adam memandang Nisa. Sesekali usapan dari Nisa dibalas.

“Terima kasih. Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup Nisa. Jadi suami yang baik buat Nisa.” Adam senyum, lantas dia menarik Nisa ke dalam pelukan. “Thank you, Sayang for giving chances for me to prove that I’m really love you.”

Nisa senyum, perlahan-lahan pelukan dilepaskan. Kedua-dua pipi Adam dipegang. Perlahan-lahan Nisa mendekatkan wajahnya ke wajah Adam. Perlahan-lahan pipi Adam dicium Nisa. Lama.

“Hadiah untuk Adam sebab sudi sayangkan Nisa.” Ketika itu, Nisa sudah mula berasa terharu dengan semua layanan Adam pada dia. Tiba-tiba tuber mata Nisa sudahpun bertakung. Bila-bila masa sahaja air matanya boleh jatuh. Adam perasan air mata Nisa sudah mula bertaung lantas diusap perlahan.

“Sayang dah janjikan? Jangan pernah menangis lagi. Apa yang pernah berlaku sebelum ini semuanya ada hikmah kan sayang? Tengok sekarang? Nisa ada Adam, ada anak kita, keluarga angkat Nisa, keluarga Adam semua ada disisi Nisa. Kalau dulu Nisa pernah rasa Nisa keseorangan, tapi sekarang tak lagi. Ingat tu. Sampai akhir nafas Adam sekalipun, Adam akan tetap sayangkan Nisa dan Adam akan cuba jadi suami yang terbaik buat Nisa dan ayah yang terbaik buat anak kita. Ya? Kita akan besarkan anak kita sama-sama. I love you, sayang.”

Tanpa dipaksa, tubuh Adam terus dipeluk. Erat.

I love you too, Sayang.”

Dan Adam turut membalas pelukan Nisa.

Semoga kebahagian sentiasa ada buat Nisa dan sekeluarga.

Tamat.



Comments

Popular posts from this blog

Hai

Cerpen: Izinkan Aku