Cerpen: Izinkan Aku
Daun-daun yang berguguran di atas tanah itu disapu dan
dikumpulkan di satu tempat untuk dibakar. Peluh yang sudah membasahi wajah
dilap dengan kain yang terletak di tengkuk. Sesekali mata memerhati rumah
kampung yang masih lagi sunyi itu.
"Ibu tak bangun lagi kot." Bisik hati Acik,
pagi tadi sarapan pagi sudah siap dimasak dan disediakan di atas meja. Sekejap
lagi, mahu menyediakan makanan untuk tengah hari.
"Apa yang kau buat tu ha? Sapu aje lah, tak
perlu nak termenung sangat lah." Suara ibu menjerit mengejutkan Acik. Acik
mengurut dada, sememangnya terkejut dengan jerkahan ibu.
Daun-daun yang sudah dikumpulkan terus dibakar. Acik
meletakkan penyapu lidi di dalam stor dan terus melangkah masuk ke dalam rumah.
"Ha,
kau ada duit tak? Bagi aku pinjam duit kau. Aku nak keluar lepas ni." Acik
diam memandang ibunya. Henda dikatakan tidak, nanti kena jerkahannya, tetapi
buat masa sekarang memang Acik tiada duit nak diberi pada ibunya.
"Err...buat
masa sekarang, Acik tak ada duit lah ibu.” Ibu sudah mencebik bibirnya dengar
jawapan Acik. “Aku bukan pinjam banyak pun, lima ratus aje. Aku nak beli lauk ni. Nanti Along, Angah dengan Alang semua
nak balik hari ni.”
“Kalau nak beli lauk pun ibu. Tak perlulah sampai lima
ratus. Lauk kat dalam peti ais tu pun banyak lagi. Ibu cakap aje, Acik masakkan untuk ibu nanti.”
“Lauk tu semua dah lama, aku nak beli yang
segar-bugar. Nanti mereka balik mesti suka lauk semua yang segar aje.” Acik mengeluh memandang ibunya.
Perlahan melangkah ke dalam bilik, kemudian keluar balik menghampiri ibunya.
“Acik ada dua ratus aje ibu. Ini yang Acik boleh bagi.”
Duit yang masih lagi ditangan Acik, dirampas oleh ibu.
“Kedekut sangat kau ni. Duit banyak tak nak bagi. Menyusahkan hidup aku betul.”
Bebel ibu semasa menuruni tangga untuk keluar dari rumah itu.
Acik diam, memandang ibunya yang sudah hilang dari
pandangan mata.
*****
Riuh rendah suara semua adik beradik yang rancak
berbual dengan ibu. Along, Angah dan Alang yang balik untuk bercuti. Along
sudahpun berkerja di syarikat arkitek yang terkenal di Kuala lumpur. Angah pula
baru sahaja menamatkan pengajian sarjana mudanya. Alang pula masih lagi tinggal
setahun belajar di peingkat sarjana mudanya. Kesemua adik beradik itu perempuan
kecuali Alang, dia seorang sahaja lelaki di dalam rumah ini.
Acik diam sahaja dari tadi, malas nak menyampuk
perbualan mereka berempat. Tengah hari tadi pun, Acik sempat lagi memasak lauk
untuk tengah hari sebelum ibunya pulang. Bertambah lagi terkejut apabila ibunya
pulang bersama-sama dengan bungkusan lauk-lauk basah yang dibeli di pasar.
Sudah lah dimarahi oleh ibunya lagi.
“Aku dah kata, aku pergi beli lauk kan? Yang kau masak
lauk-lauk ni semua kenapa?”
“Acik tunggu ibu lama tadi, takut Along semua balik
sebelum ibu sampai. Itu yang Acik masak apa yang ada ni. Lauk yang ibu beli
ini, kita masak esoklah ibu.”
“Ish, kau ni tak pernahlah nak menyenangkan aku.
Kenapalah dari kecil lagi kau tak mampus aje.
Menyusahkan aku.” Bebel ibu sambil meletakkan semua lauk-lauk basah itu di atas
meja. Tanpa dikemas, terus sahaja ibu masuk ke dalam bilik.
Lamunan Acik terhenti apabila Alang menegurnya. “Acik
buat apa kat sini? Marilah ke depan, sembang sama-sama.”
Acik senyum memandang Alang. Dalam rumah ini, hanya
Alang sahaja yang mahu dekat dengannya. “Tak apalah Alang. Acik nak tidur awal
malam ni. Esok kerja.”
Alang angguk. “Acik masih kerja lagi dekat stesen
minyak tu ke?”
“Emm.”
“Sampai bila Acik? Acik sepatutnya dah boleh sambung
belajar lagi ini.”
“Buat apa sambung belajar kalau diri sendiri tu dah
bodoh. Belajar pun tak habis, tak payah berangan tinggi sangat.” Suara ibu
menyekat Alang.
“Ibu…” Suara Alang menegur ibunya. Alang tak berapa
suka dengan ibunya yang selalu sahaja mencari kesalahan Acik. Bukan ke Acik pun
anak ibunya juga? Kenapa perlu dilayan sampai begitu sekali.
“Betullah kata ibu tu, Alang. Buat nak belajar kalau
diri tu dah bodoh.” Angah pula masuk campur, Acik diam sahaja. Air mata sudah
mula bergelinangan. Belum apa-apa lagi, Acik terus meluru masuk ke dalam bilik.
Berlama di luar nanti, tak pasal-pasal macam-macam yang didengarnya nanti.
*****
Acik kadang hairan, kenapa dirinya tidak pernah
dianggap sebagai keluarga di dalam rumah ini. Ibunya yang seolah-olah benci
dengannya, adik-beradiknya pun ada sahaja yang tidak kena dengan Acik. Harapkan
Alang seorang sahaja yang mahu melayannya dengan baik. Mungkin kerana, Acik ini
anak arwah uminya. Arwah uminya yang merupakan madu ibunya. Itu yang membuatkan
ibunya itu marah dengan kehadirannya itu.
Selepas sahaja arwah umi dah abahnya meninggal lima
tahun yang lepas akibat kemalangan, Acik dijaga pula dengan ibunya. Waktu itu,
Acik baru sahaja berumur 10 tahun. Masih sekecil itu sudah kehilangan umi dan
abah tersayang. Tetapi Acik tetap bersyukur kerana masih ada ibu yang mahu
mengambilnya dan menjaganya. Walaupun layanan itu tidaklah indah apa yang Acik
harapkan. Baginya, ada tempat untuk Acik berteduh sudah cukup baik.
Tok! Tok! Acik bangkit dan membuka pintu biliknya itu.
Terjengul wajah ibunya.
“Dah bangun?” Tanya ibu dengan tangannya memeluk raga
yang penuh dengan kain.
“Ibu nak apa?” Mata Acik memandang raga itu.
Ibu terus menolak raga itu ke Acik tanpa dipinta. “Ni,
kau pergi basuh baju ni semua. Along dengan Angah tak nak kau basuh dengan mesin.
Basuh dengan tangan. Faham?”
Acik angguk, malas nak membantah. Nanti lain jadinya.
Perlahan Acik membawa raga yang dipenuhi dengan kain masuk ke dalam bilik air.
*****
“Along nak kahwin.”
Itulah berita yang paling gembira dalam keluarganya
itu. Ibu lagilah bertambah gembira, anak sulungnya akan berumah tangga tidak
lama lagi. “Dengan siapa Along?” Alang bersuara, Alang pun gembira juga kerana
akan mendapat abang ipar.
“Adalah, tadi dia call
along. Dia kata, dia akan datang ke rumah kita hujung minggu ni.”
“Tak sangka anak ibu dah nak kahwin.”
“Assalamualaikum.” Suara Acik memberi salam setelah
pulang dari kerja. Acik memandang raut wajah adik-beradiknya dan juga ibu.
Kenapa? Semua memandang Acik. Serba tidak kena pula Acik dibuatnya.
“Ha, Along.
Nanti dah kahwin jaga suami tu elok-elok. Jangan sampai suami tu cari lain
pula. Selalunya, orang ketiga ni mesti nak merampas aje kerjanya. Macam kerja uminya dulu.”
Acik sudah bernanah telinga mendengar ejekan dari
ibunya, sehinggakan arwah uminya sekali di sebut-sebut. “Arwah umi tak bersalah
dalam hal ini, ibu.” Ibu yang ketika itu mendengar balasan dari Acik mula naik
marah. “Apa kau cakap? Tak bersalah? Hey,
umi kau tu juga yang merampas kebahagian keluarga ni kau tahu tak.” Ibu sudah
bangun dari duduk dan mencapai rotan yang diletakkan di belakang televisyen
itu.
“Disebabkan umi kau tu juga, anak aku yang bongsu
mati.” Ibu sudah naik angin dengan tangannya sudah mahu memukul Acik. Belum
sempat apa-apa, satu libasan hinggap di betis Acik. “Dan sebabkan umi kau juga,
laki aku mati tahu!” Ibu sudah seperti dirasuk memukul Acik tidak henti-henti
dengan rotan. Along, Angah dan Alang terkejut, Alang menghalang ibunya, tetapi
ibunya masih lagi memukul Acik.
“Sakit ibu. Sakit.” Suara Acik menangis meminta
simpati untuk pukulan itu dihentikan.
“Ibu.” Suara alang bergema di dalam rumah itu
sekaligus perlakuan ibu terus terhenti. “Ibu sedar tak, Acik ni anak ibu juga.
Ibu tak patut pukul Acik macam tu.”
“Dia bukan anak aku. Dia anak perempuan sial tu!”
Jerit ibu lantas mencampakkan rotan itu ke arah Acik.
*****
Dengan perlahan Acik menyapu ubat gamat di setiap luka
di betisnya akibat dirotan oleh ibu. Setiap kali disapu, air matanya tidak
berhenti mengalir. “Umi, Far rindu umi. Abah, Far rindu abah.” Hati Acik sudah
tidak tahan lagi sebenarnya hidup di rumah ini. Setiap kali dimarah, dimaki,
dikutuk. “Kenapa umi dan abah tinggalkan Far seorang diri di sini. Far dah tak
sanggup. Ibu benci Far.” Akhirnya, Acik terlena bersama tangisan.
Esok pagi, Acik masih lagi di dalam bilik. Badannya
lemah sangat, sudah berkali-kali Acik cuba bangun tetapi kudratnya tidak kuat.
Pandangan Acik juga berpinar-pinar, hanya mampu pejamkan sahaja matanya itu.
Ibu yang sudah bangun awal hairan kerana satu apa
hidangan pun tidak tersedia di atas meja. “Dah melampau budak ini. Aku dah bagi
kau duduk sini, dah cukup bagus dah.” Ibu terus menuju ke bilik Acik.
Diketuknya pintu Acik berkali-kali.
“Hey!!
Keluar dari bilik ni cepat.” Ibu masih lagi mengetuk pintu Acik. Acik di dalam
bilik berusaha untuk bangun, tetapi kudratnya tiada. Badannya betul-betul
lemah, Acik gagahkan juga bangun, perlahan-lahan kakinya melangkah. Apabila
pintu biliknya dibuka, terus pipinya dijadikan sasaran.
“Aku dah kata kan? Setiap pagi bangun buat sarapan. Ni
kenapa tak keluar lagi dari bilik.” Ibu dah mula menunjal-nunjal jarinya di
kepala Acik. Pipi Acik yang sakit ditampar itu masih lagi tidak hilang merahnya
itu. “Ibu, apa kecoh-kecoh ni?” Suara Along menghampiri di telinga Acik. “Ni,
perempuan ni. Tak keluar dari bilik, sarapan satu apa tak ada.”
“Ibu…stoplah
ibu. Janganlah buat Acik macam ni.” Alang terus jadi penyelamat Acik yang sudah
jatuh akibat ditampar tadi. Semasa Alang cuba membantu Acik untuk bangun, Alang
dapat rasa badan Acik berbahang. Disentuhnya dahi Acik. Panas.
“Acik demam ni. Along pinjam kereta along. Kita bawa
dia ke klinik.” Jerit Alang. Along terus berlari ke dalam bilik mencapai kunci.
“Nak buat apa? Tak perlu nak hantar dia ke klinik, biar dia uruskan diri dia tu
sendiri.” Suara ibu menghalang tindakan Along.
“Ibu, Along tengok teruk tu muka Acik.”
“Along Alang, kalau kamu berdua keluar juga dari rumah
ni hantar budak sial ni ke klinik. Kamu bukan lagi anak ibu. Faham!”
“Ibu!” Suara Along dan Alang bergema. Acik diam,
badannya masih lagi lemah. Tangan Alang yang masih memegang bahunya diturunkan.
“Tak apa, Acik demam sikit aje ni.
Lepas ni Acik makan Panadol aje.
Jangan risau.”
“Mana boleh, badan Acik panas.”
“Kau ni kan? Dengan umi kau dulu dah rampas laki aku,
sekarang kau nak rampas anak aku pula? Perempuan jenis apa kau ni? Memang jenis
suka jadi perampas ke?” Marah ibu lagi. Bagi ibu, selagi Acik ada di depan
matanya, dia akan terus-menerus menyusahkan hidup Acik.
Acik sudah tidak terdaya lagi apabila arwah uminya
masih lagi dihina. Uminya itu sudah lama meninggalkan Acik, tidak perlulah nak
diungkit perkara yang lepas. “Ibu, terpulanglah ibu nak cakap apa pun pada
Acik, tapi ibu jangan sesekali hina arwah umi. Arwah umi tak bersalah dalam hal
ini. Acik minta maaf, sebab Acik ni selalu menyusahkan ibu dengan yang lain.
Kalau bukan kerana wasiat abah, Acik takkan sesekali menyusahkan hidup ibu dan
yang lain.” Lirih sekali suara Acik bersuara. Ibu masih lagi masam mencuka.
Menyampah lagi ada, “Ibu, ibu. Aku tak pernah suruh kau panggil aku ibu. Tapi
kau ni, tak faham Bahasa kan? Bernanah telinga aku ni dengar kau panggil aku
ibu. Kau tu bukan anak aku, dan takkan sesekali jadi anak aku. Faham?!”
Jerkahan ibu sudah meninggi. Along dan Alang terus tidak bersuara.
“Kau orang dua, kalau bawa dia ke klinik juga. Siap
aku kerjakan nanti.”
*****
Sudah dua hari, Along, Angah dan Alang akan pulang ke
tempat masing-masing. Along akan kembali ke Kuala Lumpur untuk kerja. Angah
akan ke Shah Alam untuk menemu duga bagi pekerjaannya, Alang pula sudah habis
cuti pertengahannya jadi kena pulang ke USM. Jadi, rumah kampung itu akan
tinggallah dua orang. Acik dan ibu.
Sejak peristiwa Acik dimarahi ibunya, sejak itu Acik
sudah tidak banyak cakap. Kes yang Acik demam pun dia tidak ke klinik, tidak
mahu Along dan Alang jadi mangsa pula. Sudahlah Acik hanyalah menumpang di
situ, jadi Acik tidak mahu hanya disebabkan Acik, orang lain jadi mangsa. Along
pula tidak lama lagi akan berkahwin, masih ingat lagi di telinga Acik.
Kata-kata ibunya yang menghina arwah uminya.
Di rumah itu hanya selalu kedengaran suara ibu
mengarahkan Acik untuk berbuat itu dan ini, Acik yang sememangnya sudah serik
dengan perlakuan ibunya terhadap dirinya hanya menerima sahaja arahan tanpa
bantahan. Sejujurnya, Acik ingin berasa bebas. Ingin menyambung pelajarannya
lagi, ingin mendapatkan kasih sayang dari seorang ibu dan juga adik beradiknya.
Acik ketika ini tengah mengemas rumahnya. Hari ni
kerjanya pada sebelah petang, jadi waktu pagi digunakan untuk mengemas rumah
dan juga menyediakan makanan untuk ibunya. Acik semakin pelik apabila jam sudah
menginjak ke waktu 10 pagi dan ibunya tidak keluar-keluar lagi dari bilik.
Bilik ibu dihampiri Acik, ingin diketuk takut
dijerkahnya nanti. Lama juga Acik berdiri di luar bilik ibu. Hatinya tidak
sedap memikirkan tentang ibu, tanpa berlengah lagi terus pintu bilik diketuk.
Tiada suara kedengaran. Diketuknya lagi bilik ibu. Masih lagi sunyi. Acik terus
sahaja membuka pintu ibu, dilihatnya keadaan ibu yang masih lagi baring. Katil
ibu dihampiri.
Ibu masih lagi tidur tetapi mukanya berpeluh, tangan
Acik perlahan singgah ke dahi ibu. Panas sangat, terus Acik keluar dari bilik
dan mengambil satu besen dipenuhi air dan tuala kecil. Tuala kecil yang sudah
dibasahi dengan air dilap di wajah ibunya.
Acik mahu kejutkan ibunya, tetapi takut nanti ibunya
marah. Acik kejutkan juga, perlahan tubuh ibunya digoyangkan. “Ibu bangun,
Ibu.” Tubuh ibu digoncang dengan lembut, tidak mahu ibunya melenting pula
nanti. Mata ibu dibuka perlahan, silau yang terlampau terang membuatkan ibu
memejamkan matanya balik. Bila rasakan ada tangan yang menyentuh dahinya, ibu
membuka balik matanya. Tetapi apabila wajah Acik yang menjamah pandangan ketika
itu, terus menyentap tangan Acik dari mengelap wajah ibu.
“Apa kau buat ni? Siapa izinkan kau masuk bilik aku?”
Suara Ibu sudah meninggi. Ibu gagahkan juga untuk bangun, tetapi kudratnya
hilang. “Ibu demam. Sebab tu Acik masuk bilik ibu. Kita ke klinik ya ibu?”
“Kau keluar sekarang! Jangan sampai aku pukul kau
nanti! Aku tak nak pergi klinik, lebih baik kau keluar sekarang.” Ibu tidak
pedulikan tekaknya yang sakit, badannya yang lemah. Yang penting ibu tidak mahu
melihat wajah itu. Acik diam memandang bawah, perlahan bangun meninggalkan
ibunya keseorangan.
Acik keluar dari
bilik terus mahu menghubungi Alang untuk memberitahu keadaan ibu.
“Hello, assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam. Kenapa Acik?”
“Ibu demam ni.”
“Demam? Bawa ibu pergi klinik. Hujung minggu ni Alang
balik rumah.”
“Tapi..ibu tak nak.”
Dari hujung telefon boleh dengar suara keluhan Alang
yang memikirkan ibu yang keras kepala.
“Nanti, Alang telefon ibu pujuk ibu supaya pergi ke
klinik. Acik jangan risau.”
“Err…Alang?”
“Ya, kenapa?”
“Terima kasih….terima kasih sebab…sebab terima Acik
dalam keluarga ini.”
Alang diam, tidak tahu mahu balas apa. Acik boleh
katakan selalu cakap perkara yang sama. Selalu ucapkan terima kasih. Bagi
Alang, Acik itu memang sudah dianggap seperti adik beradiknya sendiri. “Berapa
kali Alang cakap, tak perlu ucap terima kasih tu semua.”
Acik ketawa. “Sebab Acik orang luar, jadi Acik kena
sentiasa ingatkan tentang diri Acik.”
Alang terkedu.
*****
Ibu berdiam diri di dalam bilik, lama juga ibu demam
sehinggakan Along dan Alang balik ke kampung untuk melihat keadaan ibu.
Sepanjang ibu demam, Acik tidak pernah sama sekali mengabaikan tanggungjawabnya
sebagai seorang ‘anak’ untuk menyediakan makan minum ibunya. Setiap apa yang
disuruh, setiap apa yang diperintah semua dipatuhi oleh Acik. Ibu mula
menyedari walaupun layanan kasar ibu terhadap Acik, tetapi Acik tidak pernah
marah. “Apa benda ni, asyik bagi aku makan bubur aje. Pergilah masak benda lain. Aku dah jemu.”
“Ibu kan demam, Acik masak bubur aje untuk ibu. Kalau ibu dah sembuh, nanti Acik masakkan lauk lain
untuk ibu.”
“Ish,
menyusahkan hidup aku. Kau keluar lah perempuan, aku tak nak tengok muka kau.”
“Ibu, izinkan Acik suap ibu. Acik dah lama teringin
nak suapkan ibu.”
Ibu mula naik angin, geram dengan Acik yang masih
tidak faham Bahasa. Tanpa semena, ibu terus menolak pinggan dan sudu yang masih
dipegang oleh Acik. Habis semua bubur tertumpah di atas katil dan juga lantai.
Bubur yang masih bersisa di atas katil diambil dan ditonyoh di muka Acik.
“Ha, kau nak
sangatkan suap aku. Ha, meh aku bagi.
Makan semua ni.” Muka Acik ditolak-tolaknya dengan kasar. Merah muka Acik
apabila diperlakukan sebegitu.
“Ibu.” Jerit Alang. Alang terus menarik Acik daripada
menjadi mangsa ibu. “Bawa mengucap ibu. Ibu tak baik buat pada Acik macam ni.
Acik Cuma bagi ibu makan aje. Tak
perlu sampai macam tu sekali ibu.”
“Alang, kau diam. Jangan sampai dengan kau sekali aku
humban nanti.”
“Ya Allah ibu, ibu tahu tak Acik ni anak ibu juga.
Amanah arwah abah suruh ibu jagakan Acik, tengokkan Acik. Ibu tak patut buat
macam tu.”
“Dia anak aku?”
“Dia anak perempuan sial tu. Hey, kalau bukan kerana
umi dia tu. Anak aku yang bongsu mesti hidup lagi tahu!”
Angah sudah penat, penat untuk memujuk ibu. “Acik, jom
keluar. Biar ibu reda dulu.” Acik diam dan melangkah keluar dari bilik.
****
Hari ini di rumah mengadakan majlis doa selamat untuk
Angah yang baru mendapat kerja baru. Meriah sekali majlsinya walaupun buat
kecil-kecilan sahaja. Sanak-saudara semua mengunjung ke rumah untuk menghadiri
majlis itu. Along dan Angah sibuk menguruskan juadah-juadah untuk tetamu. Alang
pula sibuk melayan tetamu yang hadir, sebelum bacaan dimulakan. Wajah ibu
berseri, kerana Angah mendapat kerja yang tetap. Along pula tidak lama lagi akan
berkahwin.
Acik dari pagi sampailah sekarang, tidak henti-henti
membuat kerja. Macam-macam yang disuruh oleh Angah dan juga ibu. Mak Long
sekeluarga pun turut hadir ke rumah. Sedikit sebanyak, terubat sikit rindu ibu
pada adik-beradiknya. Alhamdulillah majlis doa selamat berlangsung dengan baik.
Setelah tetamu mula berkurangan, Acik mengemas apa yang patut di ruang tamu.
Mak Long yang menyedari Acik dari tadi membuat kerja
ditegur. “Nak kemana laju-laju mengemas ni Acik. Duduk dulu, sembang sama-sama.
Sikit lagi kita kemas sama-sama.”
Acik senyum memandang Mak Long dan juga ibunya yang
duduk bersebelahan dengan Mak Long. “Acik nak cepat ni Mak Long. Acik lepas ni
nak pergi kerja. Masuk malam.”
“Waktu macam ni pun kerja? Kamu tak ambil cuti ke
Acik?”
“Bukan macam tu Mak Long. Acik hari ni overtime, jadi kena masuk awal. Kawan
pula tak ada. Jadi Acik kena ganti dia malam ni.”
“Emm, kalau
macam tu. Biar aje lah pinggan tu
semua. Kamu pergi bersiap nak pergi kerja. Nanti lewat pula.”
Acik senyum, pinggan yang masih dipegang terus dibawa
ke dapur. Kemudian, Acik terus masuk ke bilik untuk menukar baju kerjanya.
Selesai siap, Mak Long dan ibu dihampiri. Acik menghulurkan tangan untuk
bersalam dengan Mak Long, apabila huluran tangan Acik beralih ke arah ibu. Ibu
tidak menyambut. “Dah lah, pergi lah terus. Menyemak mata aku aje kau ni.”
“Mah.” Tegur Mak long.
“Acik pergi dulu. Assalamualaikum.” Acik melangkah
turun dan terus mencapai basikal usangnya itu. Basikal ini lah yang banyak
berbakti dengannya.
*****
“Kak Long tengok kamu ni Mah, asyik nak marah aje si Acik tu. Kenapa?”
“Kak, dia tu bukan anak aku. Anak perempuan sial tu.
Memang patut pun aku marah dia. Umi dia tu dahlah perampas. Ish, kenapalah dia tak mampus juga ikut
umi dia tu.”
“Bawa mengucap Mah, kamu ni sedar tak apa yang kamu
cakapkan ni!”
“Sebab sedarlah.”
“Acik tu anak akmu, arwah Husin kan dah amanahkan pada
kamu supaya jada dia.”
“Jangan disebutlah nama laki tu. Benci aku dengarnya.
Disebabkan dia juga, anak bongsu aku mati!”
Mak Long sudah menggelengkan kepalanya. ‘Kenapa hati
Mah keras sangat.’ Alang ketika itu yang baru hendak masuk ke dalam rumah terus
terhenti langkahnya, Alang hanya duduk di tangga. Malas mahu untuk masuk
campur. Mak Long diam, berfikir sama ada mahu atau tidak menceritakan perkara
yang sebenar pada adiknya seorang ini.
“Tak baik cakap macam tu, Mah. Arwah dah tak ada.
Lebih baik kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.”
Ibu mendengus geram. “Akak rasa sudah tiba masanya
kamu tahu perkara yang sebenarnya Mah.”
“Perkara apa pula ni?”
“Perkara apa pula ni?”
“Along, Angah, Alang. Mari sini.”
Alang yang sememangnya berada di tangga terus
melangkah naik. Along dan Alang yang berada di ruang tamu kedua juga turut
menghampiri ibu dan Mak Long.
“Kenapa Mak Long.”
“Duduk dulu. Ada benda yang Mak Long nak cakap.”
“Mah, ni depan anak-anak kamu ni Mah. Mereka jadi
saksi apa yang akan akak cakapkan nanti.”
Ibu diam menanti bicara Mak Long.
“Sebenarnya, anak bongsu kamu Mah tak mati. Dia masih
hidup.”
Ibu tekejut. Along, Angah dan Alang juga terkedu. “Apa
akak cakapkan ni?”
“Betul. Anak bongsu kamu masih lagi hidup. Arwah Husin
yang bagitahu pada akak.”
“Tu si Acik tu, Nur Farina tu anak kandung kau. Dia
anak bongsu kau selama ni.”
“Ish, akak dia tu anak perempuan sial tu lah.”
“Perempuan sial mana? Arwah madu kau tu Cuma bela aje
si Acik dari kecil. Kau tu dulu lepas aje bersalinkan si Acik, meroyan.
Sebabnya masa mengandung kau marahkan si Husin kahwin lagi seorang. Kau dengan
Husin mana pernah berbaik, asyik bergaduh aje. Lepas aje Acik lahir, kau
terlampau stress sampaikan meroyan. Acik
tu kau langsung tak bagi dia susu. Sampaikan sekali tu depan mata aku, kau
marahkan sangat si Husin sampaikan kau hampir nak bunuh Acik.”
“Akak jangan main-mainlah.”
“Akak tak main-main. Acik memang anak kandung kau
sendiri. Sebab kau tak pernah kisah masa Acik kecil dulu aku suruh Husin bawa
Acik. Sebab tu, Acik dijaga oleh umi dia. Lagipun arwah madu kau tu memang tak
ada anak. Dia yang jaga Acik sampai budak tu besar. Kamu Mah pernah ambik kisah
pasal anak bongsu kamu tu? Asyik pandang muka dia aje marah, mengamuk. Kalau ya pun marahkan suami kamu kahwin lain
jangan sampai anak kamu tu jadi mangsa. Sebab tu, akak yang sendiri cakap anak
bongsu kamu dulu mati supaya kamu rasa puas, supaya kamu tak marah lagi kalau
sebut nama anak kamu tu.”
“Sekarang ni, bila arwah Husin dan arwah madu kamu
meninggal, mereka amanahkan pada kamu supaya jaga Acik. Acik tu memang darah
daging kamu sendiri. Faham?” Mak Long sudah tidak sanggup menahan sabar dengan
perangai ibu. Ingatkan bila sudah sembuh dari meroyannya dulu, perangai
barannya hilang rupanya tidak.
Ibu pula sudah terkedu. Along, Angah dan Alang juga
sama. “Betul ke ni Mak Long?” Suara Alang meminta kepastian.
“Acik tahu ke hal ni Mak Long?”
Mak Long gelengkan kepalanya. “Acik tak tahu lagi hal
ni. Arwah bapa kamu amanahkan supaya bagitahu Acik bila usia dia sudah 21
tahun.”
“Allah!!” Meraung ibu. Sungguh ibu terkejut dengan
berita dari Mak Long. Air mata ibu merembes keluar. Terbayang di matanya,
setiap perlakuannya kepada Acik. Kata-kata yang kesat, merotan tubuh badan Acik
tanpa menghiraukan tangisan Acik. “Alang, cari Acik. Ibu nak cium dia, nak
peluk dia. Ya Allah apa yang aku dah buat ni.”
Alang bangkit untuk mencari Acik di tempat kerjanya.
Belum sempat Alang menuruni anak tangga. Ada suara yang memberi salam.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam Pak Idris. Kenapa?” Along menjawab.
“Pak Idris dari pekan. Ni Acik, adik kamu ni
kemalangan. Tu yang Pak Idris datang sini.”
“Ibu!!!” Jerit Along dan terus berlari mendapatkan
ibunya. “Kenapa Long?” Tanya Mak Long.
“Acik kemalangan.”
Dan ibu terus meraung.
*****
Ibu meraung dan meratapi jenazah yang dihadapan
matanya. Ibu masih tidak percaya Acik meninggalkannya tanpa sebarang ciuman,
pelukan. Sungguh ibu menyesal sangat dengan perlakuannya selama ini. Apabila
Pak Idris mengkhabarkan Acik kemalangan. Ibu sekeluarga terus menuju ke
hospital. Tetapi dikejutkan dengan berita Acik meninggal ketika dalam
perjalanan ke hospital. Acik dilanggar kereta, kecederaan di kepalanya sungguh
terus. Acik juga kehilangan banyak darah.
Sewaktu ibu melihat wajah Acik yang telah selesai
dikafankan, ibu mencium dahi Acik, lama. Seolah-olah tidak mahu melepaskannya.
Wajah pucat Acik diusap. Wajah inilah yang kena ditonyoh oleh ibu, wajah ini
jugalah yang kepalanya ditunjal-tunjal oleh ibunya. Wajah ini juga, yang
meraung, menangis meminta hentikan dirinya dari dirotan. Ibu menangis
esak-esak. “Ibu minta maaf pada Acik. Ibu jahat, ibu selalu marah Acik. Ya
Allah. Maafkan aku Ya Allah kerana mengabaikan tanggungjawab aku selama ini.”
Ibu tidak henti-henti merintih. Along sempat cium dahi Acik untuk kali
terakhir. Sejuk, dan wangi. Angah juga turut berbuat perkara yang sama. Angah
juga menangis tidak henti-henti, kesal dengan sikapnya dulu.
“Maafkan ibu, nak.” Bicara ibu sebelum pengsan.
Manusia, akan mula menghargai apabila kita
kehilangannya. Manusia akan mula menyesal atas perbuatannya setelah berlakunya
sesuatu. Setiap apa yang terjadi, semuanya berlaku dengan kehendak-Nya. Izinkan
aku pergi.
Tamat.
Comments
Post a Comment