Cerpen: Kasih Alina


Seorang wanita yang sedang mengalunkan Surah Al Fatihah dan membacakan doa pada penghuni kubur itu. Selepas itu, dia menyiramkan air di atas kubur itu. Puan Nadia bangun meninggalkan kawasan perkuburan itu. Berjalan menghampiri kereta yang diparkir di luar sana. Mata sambil melilau mencari anak terunanya. 

"Ibu, dah selesai?" Soal Imran

"Ibu dah selesai. Jom balik." Imran angguk lantas masuk ke dalam kereta. Puan Nadia masih berada di luar kereta sambil matanya melihat kawasan kubur yang baru dia melawat tadi. 

"Ibu? Kenapa tak nak masuk?" Imran panggil Puan Nadia sambil membuka pintu untuk ibunya. "Ya, ibu nak masuk lah ni." Puan Nadia masuk ke dalam perut kereta. Laju sahaja kereta meluncur pergi meninggal kawasan perkuburan itu.

Imran sesekali memerhati Puan Nadia yang banyak mendiamkan diri selepas pulang dari kubur tadi. "Ibu, kenapa diam je? Selalunya ibu mesti cerita tentang anak-anak murid ibu pada Im."

"Tak ada apalah Im. Ibu okay aje. Hmm." Puan Nadia mengeluh. "Tu kenapa mengeluh? Ibu penat? Ke tak sihat?" Imran bertanya lagi. Imran nak memastikan yang Puan Nadia berkeadaan okey. 

"Ibu teringatkan tentang Alina."

Diam. Sepi. 

"Ibu rasa bersalah pada Alina." Puan Nadia berbicara setelah sepi beberapa minit tadi. Air mata menitik-nitik jatuh ke atas paha Puan Nadia. 

"Ibu, perkara dah lepas. Sekarang kita doakan supaya Alina ditempatkan dengan orang orang yang beriman, okey?" Imran menasihati Puan Nadia. Imran tahu Puan Nadia cukup rasa bersalah terhadap arwah, setelah apa yang berlaku sewaktu dahulu. 

"Dah tiga tahun dah Imran. Ibu....Ibu....rasa menyesal. Ibu tak rasa Alina tinggalkan kita semua, ibu tahu Alina masih selamat. Salah ibu, ibu terlampau ikutkan kata hati. Ibu tak nak dengar penjelasan dari Alina. Sampai sekarang, kita semua tak tahu kemana Alina menghilang.  " Imran diam. Dia tidak tahu bagaimana mahu memujuk Puan Nadia lagi. Baginya biarlah Puan Nadia berkeadaan begitu dahulu. Biarlah dia tenang dahulu. 

*****
Imran memberhentikan keretanya di perkarangan rumah banglo yang tersergam indah. "Ibu, kita dah sampai. Jom masuk. Nanti mereka tertanya-tanya kenapa kita lambat sampai." Imran membuka pintu untuk Puan Nadia. Imran hanya memerhati gelagat Puan Nadia. 

"Assalamualaikum." Panggil Puan Nadia. 

"Waalaikumussalam, sampai pun. Ingatkan tak nak datang. Mari masuk." Seorang wanita yang sudah berumur membuka pintu pagar dan menjemput Puan Nadia dan Imran masuk. 

"Assalamualaikum Makcik." Imran menyalam tangan wanita itu. 

"Mari masuk, semua dah ada kat dalam tu. Dah lama tak berkumpul ramai ramai macam ni. Semuanya sibuk." Wanita itu mengatur langkah ke dalam rumahnya itu dan diikuti oleh Puan Nadia dan Imran. 

*****
Imran sedang duduk di beranda sambil menghirup udara yang segar. Dia memerhati Puan Nadia yang sedang bersembang. 'Ibu, kalau ibu sedih dengan kehilangan Alina. Makcik Asma lagi sedih, ibu' Kata hati Imran. 

Setahun yang lalu,

Imran sedang menunggu seseorang di Plan B. Mata Imran melilau melihat keadaan sekeliling. "Tengok siapa tu? Mata dia melilau tengok semua." Imran terkejut dan kemudian Imran senyum. 

"Assalamualaikum?" 

"Hehe, waalaikumusalam. Amboi perli akak." Alina menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya. "Hahaha, lain kali bagi salam dulu ya kak?" Imran berkata lagi. Seolah memerli Alina. 

"Ya lah. Dah dah, kenapa Imran nak jumpa akak ni?" Alina terus membuka bicara. 

"Tak boleh ke? Dulu boleh je jumpa." Imran berkata begitu seolah sedang merajuk. "Bukan macam tu, ish Imran ni kan." Marah Alina. Imran senyum lagi. Suka sangat melihat Alina marah. 

"Imran dah jumpa seseorang yang sesuai untuk menjadi menantu ibu." Imran terus berkata. Tetapi dalam hatinya, perasaan berdebar sedang menghantui. 

Alina tersentak. Kemudian dia senyum. "Ya? Dah jumpa? Wahh bertuahnya orang tu." 

"Memang bertuah."

"Siapa nama dia? Akak nak tahu nama dia."

Imran sudah berpeluh. Saat ini yang dia risaukan. "Nama dia...." Imran berjeda. Mahu melihat reaksi Alina. Alina pula seolah-olah semangat ingin mengetahui siapa gerangannya. 

"Nama dia Alina Binti Azman. Seseorang yang cukup istimewa buat Imran dan Imran tak sabar nak beritahu ibu." 

Alina diam. Terkejut setelah mendengar penjelasan Imran. Dia betul-betul tidak sangka. "Apa yang Imran cakapkan ni? Akak tak faham." Dalih Alina, Alina terkejut. Bagi Alina ini hanya mimpi. 

Imran dah agak ini yang akan terjadi. Dia berharap Alina faham isi hatinya. "Imran cakap yang betul. Akak lah orangnya. Kalau boleh Imran nak masuk meminang akak."

Alina ternyata tidak salah dengar. "Apa yang Imran merepek ni? Imran tahukan apa akan terjadi kalau Ibu Imran tahu hal ini? Mama akak? Imran tak fikir semua tu? Cukuplsh akak dah lalui sebelum ni. Akak tak nak sebab ini hubungan Akak dengan yang lain akan bertambah rumit. Lagipun akak anggap Imran sebagai adik je.  Akak balik dulu, maafkan akak." Lantas Alina meninggalkan Imran di situ dengan terpinga-pinga. 

"Akak!" Jerit Imran. 

"Imran" panggil Puan Asma. Segala memori yang lalu terus lenyap. Imran membetulkan duduknya. Puan Asma terus duduk di hadapan Imran. 

"Mana ibu?" Tanya Imran

"Tu, tengah main dengan budak-budak. Imran kenapa? Senyap je ni? Kenapa tak join dengan abang Adam tu?" Puan Asma memerhati dari raut wajah Imran seolah-olah ada masalah yang sedang menimpa anak muda ini. Walaupun Imran ini anak adik angkatnya. Tetapi Puan Asma dah menganggap Imran macam anaknya sendiri. 

"Imran okey, mungkin penat sebab banyak kerja." Imran senyum mahu mengaburi mata Puan Asma bahawa dia okey sahaja. 

"Imran jangan nak bohong. Dari riak wajah Imran. Mak cik tahu Imran sedang fikirkan sesuatu. Imran fikirkan apa?"

"Imran...Imran fikirkan pasal Kak Alina."

Imran memandang wajah Puan Asma. Berubah muka Puan Asma, mungkin terkejut juga mendengar bicara Imran. "Maafkan Imran. Sebab cakap pasal Kak Alina."

"Tak apa, Imran tak salah. Mak cik dengan yang lain yang bersalah. Dah setahun Alina hilang. Pihak polis pun tak dapat nak kesan dan jejaki dia. Mak cik pun tak tahu dah kat mana nak cari Alina. Agaknya ini balasan yang Allah berikan pada kami setelah apa yang terjadi dulu. Kalau boleh mak cik nak sangat jumpa Alina, peluk dia." Sendu sahaja suara Puan Asma. Sedih dengan kehilangan anak perempuannya itu.

"Mak cik dengan yang lain tak bersalah. Lagipun benda dah jadi, Alina jadi mangsa fitnah musuh dia." 

"Tapi, kalau kami semua tak percaya semua fitnah itu. Mesti Alina ada kat sini." 

Imran diam. Dia tahu semua itu. Kalau boleh dia ingin mengundurkan masa. "Mak cik nak tanya sikit boleh?" Imran angguk. "Imran ada simpan perasaan pada Kak Alina ke?"

"Kenapa mak cik tanya macam tu?" Imran ternyata terkejut. Ketara sangatkah sikap ambil berat dia itu membuatkan Puan Asma tahu?

"Dari gaya Imran, mak cik rasakan Imran suka pada Kak Alina. Betul kan?"

Imran angguk. Puan Asma senyum. Kalau Alina ada di sini, sekarang juga dia ingin menikahkan Imran dengan Alina. "Alina tahu pasal ni?"

"Pasal apa?"

"Mengenai isi hati Imran pada dia?" Soal Puan Asma. Banyak betul persoalan yang diaju oleh Puan Asma. "Ya, kak Alina tahu. Tapi dia tak terima. Dia marah Imran."

"Sebab apa? Takkan pasal ini je Alina marah pada Imran." 

"Dia lebih fikirkan pasal ibu, pasal mak cik. Kak Alina tak nak disebabkan Imran suka pada Kak Alina, semua akan bertambah benci terhadap Kak Alina." 

Puan Asma diam. Air matanya menitik jatuh. Betapa rindunya pada Alina. Kesilapannya yang lalu mempercayai hasutan dan fitnah orang lain telah membuatkan dia kehilangan anaknya. Puan Nadia juga turut menitiskan air matanya mendengar luahan Imran di sebalik pintu. 

*****

Hari ni, Imran ditugaskan untuk melihat kawasan di perkampungan kerana ingin melakukan projek pembinaan di kawasan situ. Imran berhentikan keretanya. Dia ingin merehatkan diri sambil minum air Nescafe di warung itu. Kata penduduk kampung itu, warung itu sentiasa menjadi tumpuan penduduk kampung dan juga orang bandar. 

Imran duduk dan memerhati setiap inci kawasan warung itu. Kemas dan teratur. Mana tak menjadi faktor tumpuan penduduk kampung kerana keadaan warung itu. Imran sedang membelek iPhonenya sementara menunggu pesanannya diambil. 

"Encik nak minum apa?"

"Bagi saya air Nescafe ais satu." Imran mendongakkan kepalanya dan alangkah terkejutnya orang yang berada di hadapan dia ini orang yang dicari oleh Imran selama ini.

"Kak Alina? Kak Alina mana menghilang selama ni?"

"Err maaf. Nama saya bukan Alina. Encik salah orang kot." Gadis itu terus berlalu setelah mengambil pesanan Imran. Imran bungkam. Mana mungkin dia tersilap orang. Dia yakin itu Alina. 

*****

Amira sedang duduk di pangkin di rumahnya itu sambil melihat kanak-kanak yang sedang bermain. Alangkah seronoknya jika dia dapat kembalikan zaman kanak-kanaknya dulu. Tiba-tiba Amira teringat jejaka yang datang ke gerai Uminya tadi. Dari penampilan bukan dari orang kampung, mungkin dari bandar. 

Amira termenung, seolah macam pernah lihat wajah lelaki itu. Amira mengeluh. "Kenapa mengeluh ni sayang?" Umi menghampiri Amira dan duduk di sebelah Amira. 

"Tak ada apalah umi. Mira okey je." Amira berdalih. "Betul ni? Macam ada masalah. Cuba cerita kat umi. Mana tau umi boleh tolong."desak umi. Umi tahu Amira sedang fikirkan sesuatu. 

"Umi ingat lagi lelaki yang datang gerai kita pagi tadi?" Soal Amira. Umi sedang fikirkan sesuatu. Baru dia teringat lelaki yang tadi terkejut melihat Amira. "Ya, umi ingat. Kenapa sayang?" Soal Umi lagi sambil mengusap kepala Amira yang bertudung itu. 

"Dia panggil Mira, Alina. Siapa Alina?" Tanya Amira. Umi diam, kemudian Umi mengeluh. "Sayang, betul Mira tak ingat siapa diri Mira? Dari mana asal usul Mira?" Soal Umi. Amira sudah sedia maklum bahawa sebelum ini, dia mengalami kemalangan yang teruk sehingga menyebabkan dia hilang ingatan.  

Amira geleng. 

"Umi rasa, lelaki itu mesti tahu di mana keluarga Mira." 

"Ya ke? Mira tak percayalah. Takut dia berniat jahat."

"Mira...mulut tu jangan cepat sangat buat andaian. Mana tahu dia tu kawan Mira?" Pujuk Umi. 

Amira diam. Kalau betul lelaki itu tahu asal usulnya, tahu namanya. Maka Amira bersyukur. Tapi entah kenapa dia rasa sedih. "Kalau betul, nanti Mira akan tinggalkan umi. Mira tak nak." Tiba-tiba saja air matanya jatuh. Dia tidak sanggup meninggalkan uminya. Umi yang dengar turut tersentuh, mana mungkin dapat menerima kepergian Amira. Walaupun sudah tiga tahun Amira duduk bersamanya tetapi sudah merasakan bertahun-tahun. 

*****

Alina diam. Tidak mahu bersuara apabila melihat mamanya memarahi dia, menengking. Puan Nadia juga turut berada di situ menyaksikan segalanya. Imran juga berada di situ tanpa pengetahuan yang lain. Imran berada di sebalik pintu. 

"Mama. Ni bukan salah Alina. Alina jadi mangsa keadaan." Ujar Alina mahu membela dirinya. Alina tidak bersalah, dia diperangkap. Mana mungkin dia sanggup lakukan perkara terkutuk itu. 

"Apa?? Kamu nak kata yang kamu tak bersalah?? Tak bersalah apa kalau jantan tu datang jumpa mama mengaku semuanya!" Jerit mama. Alina tersentak. "Mama lebih percayakan Alina atau jantan tu?? Lina anak mama. Lina tak buat semua tu. Siapa yang datang jumpa mama ni?" Jerit Alina. Dengan sepantas kilat, satu tamparan yang padu hinggap di pipi Alina. Alina terkedu, sangkanya Puan Asma yang menampar pipinya rupanya Puan Nadia yang menamparnya. 

"Alina tahu tak Alina bercakap dengan siapa sekarang ni? Alina tahu tak?!" Kali ini Puan Nadia juga menghamburkan kemarahannya kepada Alina. Alina diam, air mata sudah mula bertakung. "Alina minta maaf, tapi betul Alina tak buat perkara tu mama. Alina difitnah." Sendu Alina kedengaran. Imran yang turut dengar juga turut tersentuh. 

"Sampai hati Alina buat macam ni pada mama. Sampai hati Alina. Ya Allah, dugaan apa yang Kau berikan padaku ini Ya Allah." Rintih Puan Asma. Alina diam, hanya kedengaran tangisannya sahaja. Alina bangkit untuk menuju ke biliknya.

"Mama tak nak tengok muka Alina lagi. Alina dah kecewakan hati mama. Lebih baik Alina keluar dari sini." Alina terus berlari mendapatkan Puan Asma sambil memeluk kaki Puan Asma. "Mama, jangan buat macam ni mama. Alina tak nak." Puan Asma terus meninggalkan Alina yang sedang menangis di ruang tamu itu. 

"Mama!" Jerit Alina. 

Imran tersedar dari lamunan yang panjang apabila Puan Nadia menyentuh bahunya. "Jauh termenung anak ibu yang seorang ni. Fikirkan siapa?" Puan Nadia senyum dan duduk menghadap Imran. Air teh yang baru disediakan tadi dihidangkan di hadapan Imran bersama keledek goreng kesukaan Imran. 

"Pasal kerja. Banyak nak kena siapkan." Imran berdalih. Puan Nadia tersenyum. "Bila ibu nak merasa dapat menantu ni? Ibu teringin nak tengok Imran berkahwin. Punya keluarga sendiri." Imran diam. Sudah acapkali Puan Nadia berkata begitu, sehingga Imran naik bosan. Alasannya hanya satu, tiada calon yang sesuai. 

"Ibu, tak ada calon yang sesuai lah ibu." Kata Imran sambil menghirup air teh yang disediakan oleh Puan Asma. "Ibu ada calonnya. Nanti ibu kenalkan nak?" 

Imran geleng. "Biar Imran yang cari sendiri." Imran senyum. 

"Semalam Mak cik Asma call ibu, katanya Rayyan datang jumpa Mak cik Asma." 

"Dia buat apa kat situ?" Keras sekali suara Imran apabila Puan Asma membangkitkan pasal Rayyan. 

"Dia datang minta maaf. Dah berpuluh-puluh kali dia minta maaf pada Mak cik Asma atas perbuatannya yang memfitnah Alina." Sinis sekali senyuman Imran. "Dia tu lahanat, sanggup fitnah Kak Alina kerana disebabkan Kak Alina memalukan dia di hadapan orang ramai. Lagipun Kak Alina bukannya berniat nak memalukan dia tapi Kak Alina dah terlampau geram sangat sampaikan dia marah Rayyan di hadapan orang ramai. Dahlah mempergunakan Kak Alina, kalau Imran pun akan buat macam tu. Semua kerja dia lepas tangan." Imran meluahkan perasaan geram. 

"Orang lelaki, biasalah pantang ego dia dicabar mesti akan balas balik dengan lebih teruk. Kalaulah, semua ni tak terjadi mesti Kak Alina ada." 

"Ibu..."

"Ya, kenapa Imran?"

"Kalau Imran cakap yang Imran jumpa Kak Alina. Ibu percaya tak?" Terpempam Puan Nadia setelah apa yang didengarinya tadi. "Apa yang Imran cakapkan ni?" Soal Puan Nadia. 

"Betul, Imran jumpa Kak Alina."

"Ya Allah."

***** 

Hujan lebat sedang membasahi bumi. Alina duduk sambil memeluk lututnya yang kesejukan. Alina sudah tidak mempunyai wang saku, semua wangnya sudah habis untuk menampung kehidupannya selama sebulan. Alina menunggu kut-kut ada teksi yang berhenti di situ.

Alina sudah tidak tahan lagi, sudah hampir sejam dia menunggu di situ, satu teksi pun tak muncul. Lantas Alina membawa dirinya pergi dari tempat dia berteduh tadi. Hujan masih turun dengan lebatnya. Sesekali kilat sabung-menyabung. 

Alina berjalan sambil memandang jalan tar kerana hujan turun terlampau lebat sehinggakan sakit apabila jatuh di wajahnya. Alina terdengar bunyi bising dari arah belakang, seolah bunyi kereta yang sedang menahan brek. Alina menoleh dan memandang kereta itu yang hampir dengannya. Bunyi hon yang semakin kuat menyebabkan Alina tidak sempat untuk melarikan diri lantas Alina tercampak jatuh ke gaung. 

"Alinaaa!" Puan Asma terkejut dengan mimpinya itu. Berkali-kali istighfar dari mukut Puan Asma. "Ya Allah, mimpi apakah ini Ya Allah? Alina anak mama." Kedengaran tangisan di dalam bilik Puan Asma. 

*****

Amira sedang berjalan sambil menyanyikan lagu kesukaannya. Ungu-Aku tahu. Di tangan kananya terdapat satu plastik bungkusan hadiah dan kek untuk Uminya. Sedang Amira bergembira, tiba-tiba dia terkejut melihat beberapa buah kereta yang berada di rumah umi. Amira mula rasa tidak sedap hati. Amira mengatur kakinya perlahan-lahan untuk masuk ke rumah. 

"Assalamualaikum Umi." 

"Waalaikumussalam, Mira. Mari masuk." Pamit Umi. Amira melihat tetamu yang berada di rumahnya itu. Ada seorang jejaka yang dia kenal. Ya, jejaka yang datang di gerai uminya itu tempoh hari. Dan ada dua wanita yang berumur turut bersamanya. Yang hairannya dua wanita itu terkejut memandang Amira. 

"Alina?" Tanya Puan Asma. Puan Asma bangun lantas memeluk Alina dengan erat sekali. "Ya Allah, Alina. Mana sayang pergi selama ini? Tiga tahun kami mencari Alina sayang. Mana sayang pergi?" Alina kaget, hairan dengan sikap wanita itu. 

"Nama saya Amira, bukan Alina." Puan Asma tidak mempedulikan kata-kata Amira. Dia yakin bahwa itu anaknya. Anak yang dicari selama ini. "Umi?" Soal Amira sambil memandang wajah Umi meminta penjelasan. 

"Mari sini sayang. Duduk di sini." Amira melepaskan pelukan Puan Asma dan berjalan menghampiri uminya. Amira duduk di sebelah umi sambil meminta penjelasan. "Mira, ni lah keluarga kandung Mira sebelum Mira hilang ingatan selama ini." Amira diam.

"Mira? Kenapa senyap sayang?"

"Kalau Mira dah jumpa keluarga Mira. Mira akan tinggalkan umi nanti." Sayu suara Amira. Puan Asma dan Puan Nadia juga turut tersentuh. 

"Tak, Mira takkan tinggalkan umi. Dalam hati Mira sentiasa ada umi. Sekarang ni salam tangan mereka Mira." Amira pandang wajah dua wanita itu. Amira cuba nak ingatkan kembali memorinya itu tetapi Amira tidak mampu. Amira menghampiri mereka dan menyalami tangan mereka. Lagi sekali Amira menjadi mangsa pelukan Puan Asma dan juga Puan Nadia. 

"Alina sayang."

*****

Kini Alina menetap di rumah keluarga kandungnya. Pada mulanya, dia memberontak kerana Alina tidah mahu meninggalkan uminya di kampung. Dia lebih sukakan suasana di kampung berbanding di bandar. 

Tetapi atas desakan uminya juga dia berada di sini. "Ini keluarga Mira. Keluarga kandung Mira. Dan sekarang ni Mira tinggal dengan mereka. Okey sayang? Dan nama Mira bukan lagi Mira sekarang ni. Sekarang ni nama Mira ialah Alina. Alina binti Azman. Ingat sayang?" Itulah pesanan uminya itu sebelum dia meninggalkan uminya di kampung. 

Ada juga Puan Asma menawarkan uminya untuk menetap sekali bersama mereka tetapi ditolak dengan lembut oleh umi. Dengan alasan, dia tidak mahu menganggu kehidupan keluarga Puan Asma. Walaupun begitu, sesekali umi akan datang melawat Alina di rumah banglo Puan Asma. Itu pun, Imran yang membawa umi ke rumah Puan Asma. 

Alina pula sudah boleh menerima keadaan dirinya bersama keluarga kandungnya. Walaupun dia tidak ingat satu perkara sekalipun tetapi dia tetap cuba untuk mengingat kembali memori dulu.  

Hubungan Alina dengan Imran juga semakin rapat setelah tiga tahun terputus hubungan. Boleh dikatakan Imran selalu sangat datang membawa umi dan Puan Nadia agar dapat dia bertemu dengan Alina. 

Imran sedang melihat gambarnya bersama Alina dahulu. Berbeza Alina yang dulu dengan yang sekarang. Alina yang sekarang sungguh lain, bertudung labuh. Menutup auratnya dengan sempurna. Sejuk hati memandang. 

"Amboi anak ibu. Senyum bukan main. Kenapa ni?" Puan Nadia mengusik. Bukan dia tidak tahu pasal Imran dengan Alina. 

"Tak ada ibu. Saja senyum." Dalih Imran. Puan Nadia senyum. Macam-macam alasan yang diberi. "Kalau ibu nak masuk meminang Alina untuk Imran. Imran okey?" Soalan cepumas Puan Nadia. Imran terkejut, macam nak melompat pun ada tapi masih dapat dikawalkan lagi. "Ibu tak kisah? Lagipun Kak Alina tua dua tahun dari Imran."

"Tak, ibu tak kisah. Asalkan itu yang boleh membahagiakan Imran. Ibu bersyukur sangat. Jodoh semua ditangan Allah, kalau ditakdirkan Imran dengan Alina, ibu betul betul bersyukur. Dan ibu rasa Mak cik Asma juga setuju."

"Tapi kak Alina tak tahu lagi."

"Ibu yakin dia akan terima. Alina seorang anak yang baik. Ibu yakin tu."

*****

Ternyata betul kata Puan Nadia. Akhirnya Alina bersetuju juga dengan pinangan Puan Nadia untuk Imran. Hari ni hari bersejarah buat Imran dan Alina. Majlis pernikahan Imran dan Alina. Umi Alina juga turut dijemput menghadiri majlis itu.

Imran sudah berpeluh, berdebar. Saat ini yang mendebarkannya. Dia melihat Alina di belakang yang sedang duduk bersimpuh dengan sopan. Dengan pakaiannya yang sungguh cantik menambahkan lagi seri di wajah Alina. 

"Dah bersedia?" Soal Tok Kadi. 

Imran angguk. "Saya goncang tangan, kamu terus lafazkan ya?" Imran angguk lagi. Suara tidak mahu keluar ketika itu. 

"Aku nikahkan kau dengan Alina Binti Azman dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai." Tok Kadi menggoncang tangan Imran.

Imran menarik nafas dan terus melafazkannya "aku terima nikahnya dengan Alina Binti Azman dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah."

"Sah?"

"Sah."

"Alhamdulillah." Lantas Tok Kadi membacakan doa. "Sekarang pergi sarungkan cincin pada pengantin perempuan."

Imran menghampiri Alina yang sedang tunduk itu. Perlahan tanggannya menyentuh tangan Alina. Sebentuk cincin yang bertakhtakan belian itu disarungkan ke jari manis Alina. Alina juga turut menyarungkan cincinnya ke jari Imran. Kemudian, Alina menyalam tangan Imran sebagai tanda hormat sebagai suami. Puan Asma, Puan Nadia dan juga umi turut tersenyum melihat pasangan itu. Pelbagai gambar yang menarik dirakam buat kenangan. Tergambar perasaan gembira dua mempelai itu. 

*****

Kini, Imran dan Alina sedang bercuti berbulan madu di Makkah. Sekali juga turut menunaikan umrah bersama. Puan Asma, Puan Nadia dan Umi juga turut menunaikan umrah bersama. Kata Alina inilah tempat yang seronok sekali apabila berbulan madu.

Alina sedang duduk di birai katil sambil melihat gambar-gambar yang diambil sepanjang berada di Madinah. Bunyi deruan air di dalam bilik mandi menandakan Imran sedang mandi. Senyum Alina melihat semua gambar-gambar itu. 

"Senyum sorang-sorang. Senyum pasal apa?" Soal Imran sambil duduk di birai katil. Tangannya mengusap rambut Alina yang panjang mengurai. Cantik sekali rambut Alina apabila dilepaskan begitu. "Saja, tengok gambar-gambar ni semua." Kata Alina.

"Lawa kan? Abang rasa seronok kita berbulan madu kat sini." Ujar Imran sambil mencium ubun-ubun Alina. Alina diam. "Abang tak rasa menyesal kahwin dengan Alina." Klise ayat persoalan yang diaju oleh Alina. Imran pandang wajah Alina sambil mengusap wajah Alina.

"Tak, tak pernah menyesal. Malah bersyukur. Kenapa cakap macam tu?" Soal Imran. "Ya lah, Alina kan tua dari abang. Lagipun Alina ni dahlah hilang ingatan. Kut la abang...." Terhenti percakapan Alina apabila Imran meletakkan jari telunjuknya di bibir Alina. "Kenapa cakap macam tu? Abang tak pernah menyesal. Walaupun umur kita berdua berbeza. Alah, lagipun sayang abang muda dua tahun je pun. Apa yang nak dimenyesalkan sangat. Ini semua dah takdir Allah. Sayang hilang ingatan sekali pun, abang tak kisah. Sebab Allah dah kembali Alina Binti Azman pada kami semua. Walaupun Allah menemukan abang, ibu, mama dengan Alina dengan cara macam ni. Abang tetap bersyukur. Tiga tahun kami kehilangan sayang. Sampaikan mama dah berputus asa. Sampaikan mama dah anggap yang sayang tinggalkan semua. Tapi ternyata apa yang berlaku semua ini ada hikmahnya. Mungkin Allah tarik ingatan sayang sebab tak nak sayang ingat balik apa yang pernah berlaku dulu. Allah itu Maha Adil. Semuanya yang terjadi ada sebabnya. Semua yang terjadi Allah nak menguji hambanya. Dan sekarang abang tak nak sayang tanya soalan itu lagi boleh? Abang nak sayang hidup bahagia sambil mencari jalan keredaan Allah ya sayang?" Lantas Alina peluk Imran dengan sekuat hati. Air matanya terhambur keluar di dada suaminya itu. Imran mengusap lembut belakang Alina. "Dan abang lebih suka Alina yang sekarang ini." Bisik Imran di telinga Alina. 

'Ya Allah, maka Kau kekalkanlah hubungan kami ini Ya Allah' doa Imran di dalam hati. Moga, Alina berasa bahagia di samping suaminya dan keluarganya. 


Comments

Popular posts from this blog

Hai

Cerpen: Jangan Menangis Lagi, Sayang.

Cerpen: Izinkan Aku